Bab 17

1.4K 180 5
                                    

Votelah duluuuu ;)

"Hana, jom! Haus siak. Bapaklah lama duduk dalam bank tu. Kejung badan aku."

Hana dan Arin bergerak menuju ke TPF di pusat beli-belah. Hari ini Hana cuti kerana mahu membeli nombor pin untuk daftar UPU. Selesai memesan, mereka berdua membincangkan tentang kursus yang mereka mahu sambung.

"Hana, aku nak sambung akaun lagi lah. Kau? pendidikan awal kanak-kanak?"

Laju saja Hana menganggukkan kepalanya. Arin tahu benar apa yang sahabatnya ini minat.

"Aku tak kisah kalau kursus kita berbeza, tapi universiti wajib sama!"

"Ya. Aku pun tak nak berpisah dengan kau. jomlah cari universiti mana yang ada dua kursus tu."

Mereka melakukan carian sepantas yang mungkin dan ketika itu juga pesanan mereka tiba.

"Weh! UNITAR nampak menarik."

Arin menunjukkan kursus yang ditawarkan.

"Weh kursus kita adalah! Tapi, UNITAR kan mahal weh. Mana nak aku cekup duit?"

"Hana, kau pelajar cemerlang. Mesti akan ada yang nak taja kau. nanti bila permohonan biasiswa dibuka, kau mohonlah. On tak on?"

Hana berfikir kejap.

"Okaylah. Aku ikut je."

Mereka berdua mengisi pemohonan UPU itu bersama-sama. Setiap pilihan universiti adalah sama. Harap-haraplah mereka tidak akan dipisahkan.

***

"Encik Hariz. Any explaination?"

Hariz hanya memandang lantai. Tahu apa-apa sahaja alasannya kini akan membuatkan majikannya mengamuk.

"Muka saya ada dekat lantai ke?"

Hariz mengangkat wajahnya. Tiada secalit pun senyuman di wajah majikannya itu. Majikannya itu tersenyum senget apabila Hariz masih mendiamkan diri.

"Dua bulan. Cukup?"

Hariz naik hairan dengan kata putus yang tiba-tiba daripada majikannya.

"Dua bulan? Untuk apa, Tuan Nuh?"

"Untuk awak buktikan pada saya yang awak masih layak bekerja di sini."

Hariz terkedu. Ni kalau dia menjawab pun, mahu macam gali kubur sendiri. Singa dekat depan dia ni paling pantang orang buat kerja macam guna kaki!

"Baik, Tuan Nuh."

"Out."

Hariz keluar dari bilik itu. Penumbuknya dikepal. Dia naik benci pada Nuh yang asyik point kesalahannya dalam menguruskan kafe hotel. Nuh juga bukan saja-saja mahu panggil Hariz masuk ke dalam pejabatnya. Dah kalau hari-hari memberi aduan yang tak sepatutnya, mana dia tidak hangin?

Nuh bersandar kejap. Penatlah macam ni. Management hotel dan kafe dua-dua berantakan. Nuh melihat ke arah jam di tangan. Sekarang dah masuk lunch hour. Nuh mengambil kotnya dan keluar untuk makan sekali gus menenangkan fikiran.

***

"Weh! Kau tengok tu! Lawa nya!"

Arin dah kalau jumpa kedai kasut memang tak ingat dunia. Hana diheret sekali masuk ke dalam kedai Adidas itu.

"Hana, cantik tak?"

Kasut Adidas berwarna putih itu ditunjukkan kepada Hana.

"Cantik tapi putih."

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now