Bab 7

1.6K 186 4
                                    

Votelah duluuuu ;)

Pada pagi esoknya, Hana tidak bertemu dengan sesiapa pun. Hana juga tidak bersalaman dengan ibu dan ayahnya. Dia masih marah. Ibu dan ayah hanya melihat dia ditampar dan dimarahi oleh angah tanpa menghalang perbuatan angah. Sakit hati!

Mujur saja hari ini Arin sampai awal di rumahnya. Jika tidak, dia perlu hadap orang yang selalu menyakitkan hatinya.

Sebaik sahaja Hana masuk ke dalam kereta, Arin menarik wajah Hana memandangnya.

"Weh, Hana! Bibir kau kenapa lebam ni?"

Ya. Bibirnya berdarah akibat angah menampar dirinya semalam. Tangan askar kut yang tampar tu. Sekarang, kesan lembam ada di bibir Hana.

"Aku kena tampar dengan angah semalam."

Membulat mata Arin apabila mendengar kenyataan Hana.

"Angah kau dah balik? Asal dia tampar kau? Meh sini aku nak tumbuk dia!"

Arin sudah menyinsing lengannya dan membuka pintu pemandu untuk keluar dari kereta namun sempat Hana menghalangnya.

"Weh! Janganlah. Aku nak pergi kerjalah. Jom."

"Kepala hotak kau nak pergi kerja dalam keadaan muka kau macam ni! Aku tak bagi izin! Dah sekarang ni, aku nak kita pergi klinik, ambil MC."

"Weh! Kalau ambil MC, aku kena duduk rumah. Aku tak naklah!"

Arin mulakan pemanduannya menuju ke klinik. Ey minah ni! Degil betul!

"Kau jangan risau. Aku akan ambil kau hari-hari macam biasa. Lepastu aku tinggal kau dekat mall. Kau lepaklah sana."

Hana memandang Arin. Apa dia cakap?

"Kau serius ke?"

"Yelah. Lebam tu akan surut dalam masa seminggu tau. So, seminggulah kau akan lepak."

Hana tersenyum lebar mendengar rancangan Arin. Hana tidak sabar mahu menghabiskan masanya di pusat beli-belah. Bukan untuk membeli-belah tetapi sekadar mencuci mata untuk menghilangkan stress.

Selepas Hana mendapatkan cuti sakit di klinik, Hana meminta Arin untuk singgah di tadika sebentar. Dia perlu menghantar surat cuti sakit ini kepada Puan Asma. Disebabkan Hana tidak mahu salah faham timbul, dia memakai topeng muka.

"Assalamualaikum, puan."

"Waalaikumusalam. Ha kenapa ni?"

Hana menghulurkan surat cuti sakitnya itu.

"Saya tak berapa sihat. Jadi, itu surat cuti sakit saya."

"Hrm, okaylah kalau macam tu. Rest well, ya."

"Terima kasih, puan."

Hana keluar dari pejabat. Dapat dia lihat kanak-kanak sedang makan. Ketika Hana mahu keluar dari bangunan tadika, Dhia memeluknya dari belakang. Hana melutut supaya ketinggiannya dan Dhia sama.

"Kenapa teacher Hana tak masuk kelas harini? Kenapa teacher pakai mask? Teacher sakit ke?"

Tangan kecil itu dengan pantas menurunkan topeng muka Hana ke bawah dan Dhia dapat lihat bibirnya yang lebam itu.

"Teacher! Kenapa bibir teacher? Teacher jatuh ke?"

Dengan pantas Hana menaikan semula topeng muka itu.

"Haah, Dhia. Teacher jatuh semalam. Ni teacher nak balik rehat. Dhia belajar rajin-rajin tau."

"Teacher cepat sihat tau. Nanti Dhia rindu teacher."

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now