Bab 40

1.7K 158 0
                                    

Vote and komen tau ;)

Nuh melihat wajah isterinya yang sedang duduk bersembang dengan Puan Sri Diyana di laman. Jujur, Nuh terlalu kagum dengan sifat sayang dan kasih yang ada pada isterinya. Walaupun ibu dan abangnya mahu menjualnya, Hana tetap menyimpan rahsia ini agar keluarganya itu tidak disakiti. Ayahnya juga dirahsiakan daripada hal ini kerana tidak rasa bersalah. Allahu.

Hati awak terlalu mulia, sayang.

"Iyan, termenung apa tu?"

Lamunan Nuh mati apabila Noah menegurnya.

"Takde apalah, bang. Erm, bang. Iyan nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Apa yang abang Yan akan buat asalkan orang yang abang Yan sayang tu tak menangis dan tak sedih lagi?"

Noah mengerutkan dahinya.

"Kenapa orang yang Abang Yan sayang tu sedih pula?"

"Dia sedih sebab teringatkan perkara yang belum diketahui orang. Kiranya macam orang kesayangan Abang Yan tu ada simpan satu rahsia yang dia sorang je tahu. Dia rahsiakan perkara tu sebab tak nak lukakan hati orang yang dia sayang. Faham ke eh?"

Noah tertawa kecil dengan soalan adiknya itu.

"Hana ada rahsiakan sesuatu ke daripada Iyan?"

"Bukan Iyan tapi family dia."

Kejap!

"Abang Yan!"

Noah mengekek ketawa apabila Nuh termakan dengan umpannya.

"Tak baiklah perangkap orang macam tu."

Noah memandang adiknya selepas habis ketawa. Bahu Nuh diusap kejap.

"Iyan ada apa-apa ke nak share dengan Abang Yan?"

Nuh meghela nafas berat sebelum mula bercerita.

"Tak boleh nak share semua sebab ni pasal aib keluarga mertua Iyan. Jadi, apa yang Iyan boleh cerita adalah Hana ada rahsiakan sesuatu daripada family dia and Hana rahsiakan perkara tu sebab dia tak nak sakitkan hati ibu dan ayah."

Noah mendiamkan diri kejap.

"Erm, Iyan tahu tak pasal rahsia tu?"

Nuh mengangukkan kepalanya.

"Then? Apa yang Iyan rasa? Iyan rasa Hana patut jujur tak dengan keluarga pasal rahsia tu? Iyan nampak tak jalan penyelesaian kalau Hana bagitahu family dia pasal rahsia ni?"

Nuh mendiamkan diri kejap.

"Entahlah, bang. Iyan pun tak tahu."

"Hrm, macam ni. Abang Yan rasa ada baiknya Iyan dengan Hana jujur dengan family belah sana. Rahsia kalau simpan lama macam mana sekalipun, akan terbongkar juga. Lebih baik kita yang atur sendiri bila kita nak pecahkan daripada rahsia tu pecah secara tiba-tiba. Perkara yang tiba-tiba tu selalunya lebih menyakitkan daripada perancangan."

Nuh mengerti maksud Noah. Betullah tu. Sekurang-kurangnya, apabila semua orang tahu perkara yang sebenar dalam keadaan yang bersedia, tidaklah terkejut sangat.

"Thank you, bang. Iyan faham. Lepas ni, Iyan cuba bincang dengan Hana macam mana."

"Good. Abang Yan tak nak Iyan dengan Hana pendam masalah ni lama-lama. Cuba selesaikan sebaik mungkin. Abang Yan yakin yang keluarga Hana akan faham. Takkanlah mereka kejam sangat sampai tak boleh faham kenapa rahsia tu dirahsiakan."

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now