Bab 6

1.6K 203 6
                                    

Votelah dulu;)

Nuh masuk ke dalam pejabatnya selepas mesyuarat pada petang itu selesai. Kepalanya itu diurut perlahan. Fikirannya melayang kepada adegan tengah hari tadi.

"Aku ada salah cakap ke? Kenapa Hana lari macam tu je? Dan yang paling pelik, dia menangis"

Fikirannya melayang kepada Hana. Nuh tidak tahu apa yang salah dengan percakapannya sehingga wanita itu melarikan diri begitu sahaja. Tambahan pula, wanita itu menangis.

Nuh meraup wajahnya berkali-kali sebelum telefonnya menjerit lagu photograph yang dinyanyikan oleh Ed Sheeran.

Nuh mengangkat panggilan itu.

"Kau nak apa?"

Nuh mulakan perbualan antara dia dan sepupunya itu.

"Wei, garangnya kau ni. Aku nak minta tolong ni."

"Apa?"

"Tolong ambil anak aku pukul 5.30 dekat tadika depan hotel kau tu. Pembantu aku cuti hari ni."

Nuh menghela nafasnya.

"Yelah. Nanti aku ambil dia."

"Thanks."

Panggilan itu dimatikan. Jam di tangan dilihat. Sudah pukul 5.15 petang. Lagi lima belas minit.

Nuh mengemas mejanya dan terus bergerak ke tadika untuk mengambil anak sepupunya itu.

***

Hana menyuruh kanak-kanak tadika dan taska beratur sebelum keluar dari tadika. Pelajar kelas KAFA akan keluar selepas kanak-kanak ini keluar.

Hana keluar terlebih dahulu sebelum pintu dibuka luas dan kanak-kanak ribena ini keluar dari bangunan tadika. Ada yang sudah berlari ke arah ibu masing-masing. Selang beberapa minit, barulah pelajar kelas KAFA keluar. Hana melihat Dhia yang sedang duduk di tepi pintu. Hana mendekati Dhia.

"Mana kakak yang selalu ambil Dhia?"

"Belum sampai."

Hana tidak memaksa. Hana tahu apa yang Dhia rasakan sekarang. Masalah Dhia lebih kurang sama dengan Hazim cuma ibu bapa Dhia masih bersama manakala ibu bapa Hazim tidak.

"Hana. Jom balik."

Arin mendekati Hana yang sedang duduk di sebelah Dhia. Hana mendongak memandang Arin sebelum kembali memandang Dhia.

"Dhia tunggu sini tau."

Dhia tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya.

Belum sempat Hana mahu beredar, namanya dipanggil.

"Hana!"

Kak Wani datang mendekatinya.

"Ya, kak? Ada apa-apa ke?"

"Akak nak minta awak gantikan akak tunggu budak-budak ni boleh? Akak kena balik cepat. Ada kecemasan dekat rumah."

Hana yang melihat muka gelisah Kak Wani tidak sanggup untuk menolak. Hana memandang Arin. Kesian pula Arin harus tunggu dirinya.

"Arin, kalau kau nak balik dulu, aku..."

Kata-katanya dipotong sebelum dia menghabiskan ayatnya.

"Aku tunggu kau. Lagipun kau datang kerja dengan aku. So, aku yang akan hantar kau balik."

"Thanks."

Hana memandang Kak Wani. Wajahnya terpampang gembira selepas mendengar apa yang Arin kata.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now