Bab 19

1.4K 167 16
                                    

Votelah duluuuu ;)

Hana melihat badannya yang berbirat akibat dipukul oleh angahnya. Air matanya menitis lagi. Sudah berapa hari dia hanya minum air putih sahaja. Sekurang-kurangnya dia minum. Hana tidak mampu untuk bergerak pun kerana tubuhnya yang masih sakit itu. Hana melihat ke luar tingkap. Air hujan yang turun itu seiringan dengan air matanya. Saat ini, dia merasakan hatinya benar-benar mati. Mati kerana keluarganya sendiri.

"Kenapa aku..."

Air matanya mengalir untuk kesekian kalinya. Dia seperti mayat di dalam rumah itu. Tiada sesiapa yang mengambil kisah tentang dirinya yang berkurung itu. Silap-silap hari bulan, kalau dia mati pun tiada siapa akan sedar.

"Ya allah. Mampu ke hati aku pulih? Aku terlalu sakit saat ini."

Tangisannya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Esakkannya memenuhi ruang biliknya. Hatinya sudah hancur.

Ketika itu, telefonnya berdering. Hana menjawab panggilan itu dengan tangisan.

"Hana! Ya Allah, angkat pun kau."

Selepas tiga hari Arin menelefon Hana, baru hari ini sahabatnya itu menjawab panggilan itu.

"Sakit, Arin. Sakit..."

Air matanya mengalir semakin lebat apabila mendengar suara Arin.

"Hana, kau boleh cerita dekat aku apa yang jadi sebenarnya?"

"Kawan-kawan ibu hantar gambar aku keluar dengan Nuh berdua. Kawan-kawan ibu cakap aku ni murah sebab sanggup jual diri untuk lelaki kaya. Ibu percaya cakap kawan-kawan dia, Rin. Angah pukul aku lagi. Sakit, Arin."

Arin jadi tak senang duduk. Kalau diikutkan, mahu saja dia menyumpah seranah orang-orang yang buat Hana sedih. Tapi apakan daya. Orang itu adalah keluarga Hana sendiri.

"Kau ada telefon Nuh?"

"Macam mana aku nak berhadapan dengan dia dalam keadaan aku macam ni, Arin. aku malu. Aku tak nak Nuh rasa bersalah."

Arin rasa bersalah kerana membuka topik tentang Nuh. Sekarang ini, hanya ada satu cara saja agar Hana mampu keluar daripada neraka yang tidak diminta ini.

***

"The number you have dialled is not reachable."

Nuh mendengus perlahan. Dah tiga hari Hana tidak menjawab panggilanya. Whatsapp pun single tick je.

"Hana, mana awak? Kenapa hilang macam tu je?"

Walaupun mereka berjiran, Nuh sudah lama tidak nampak Hana keluar daripada rumahnya. Nuh mengeluh lagi. Jujur dia merisaukan gadis comel itu.

Ketika itu, pintu pejabatnya dibuka luas.

"Maaf tuan. Saya dah suruh cik ni jangan masuk tapi dia masuk juga."

Kamilia mula cuak apabila perempuan ini tiba-tiba menyerbu masuk bilik Nuh.

"Takpe. Awak boleh keluar."

Pintu bilik pejabat Nuh ditutup.

"Ada apa awak datang sini, Arin?"

Arin terus duduk di hadapan Nuh.

"Saya datang ni sebab saya nak minta jasa baik Encik Nuh untuk jadikan Hana isteri encik dan bawa dia keluar daripada neraka dunia yang dia tak minta ni."

Nuh yang mendengar kenyataan Arin menjadi bingung.

"Hah? Apa maksud awak?"

"Saya tahu Encik Nuh sayangkan Hana lebih dari seorang kawan. Sebab tu saya minta Encik Nuh masuk meminang Hana dengan segera."

Nuh masih lagi buntu.

"Apa yang awak cuba sampaikan ni?"

"Hana kena pukul dengan abang dia baru-baru ni sebab ada orang hantar gambar kalian berdua-duaan!"

Nuh terdiam dengan khabar berita yang Arin sampaikan.

"Sebab tu dia tak angkat call Encik Nuh sebab dia tak nak Encik Nuh salahkan diri sendiri atas apa yang menimpa dia. Bukan salah kalian pun. Semua ni salah keluarga dia yang terlalu baran dan terlalu percayakan orang luar daripada darah daging sendiri. Hana dah cukup terseksa, Encik Nuh. Selama tiga belas tahun ni, dia dilayan macam orang takde perasaan. Jadi, tolong. Keluarkan dia daripada derita ni."

Nuh terkedu lagi. Hana dipukul? Dengan abang sendiri pula tu. Wajah Arin dipandangnya.

"Terima kasih Arin sebab bagitahu perkara ni. Saya pergi dulu."

Nuh meluru keluar untuk pergi ke rumah Hana. Apabila mengetahui berita itu, jantung Nuh bagaikan direntap keluar. Bagaimana keadaan Hana sekarang? Baik-baikkah dia?

***

Pintu bilik Hana dibuka kasar. Angah berdiri di hadapan pintu itu.

"Kau pergi buang sampah dekat dapur tu! Busuk kau tau tak. Setakat kena pukul macam tu dah nak berkurung. Lembik."

Angahnya berlalu tanpa rasa bersalah. Hana cuba gagahkan diri untuk berjalan. Kakinya yang masih mempunyai kesan berbirat itu membuatkan kakinya terasa sakit sekiranya berjalan.

Hana mengambil tudung sarung yang tergantung di almari. Ketika itu, Hana melihat pantulan dirinya di cermin panjang itu. Wajahnya yang putih susu itu dipenuhi dengan lebam. Hana cuba untuk menahan dirinya daripada menangis lagi. Dia cukup penat menangis selama tiga hari ini.

Tong sampah dibuka untuk membuang sisa makanan yang sudah penuh itu. Kerana kakinya yang sengal, Hana hampir terjatuh menyembah bumi namun sempat disambut oleh seseorang.

"Nuh?"

"Yes, love bug. Ni saya."

Lamunan Hana mati apabila pergelangan tangannya yang Nuh pegang itu terasa sakit.

"Aduh!"

Nuh melepaskan pergelangan tangan itu sebelum dia mengangkat sedikit lengan baju Hana untuk dia lihat kesan lebam di pergelangan tangan gadis itu. Hana tidak menolak sebaliknya hanya mengalirkan air mata. Nuh rasa sakit hati melihat gadis di hadapannya dalam keadaan begini. Wajah putih susu itu sudah tiada serinya kerana lebam yang ada pada bibir dan mata bulat itu. Hana di hadapannya ini bukan seperti Hana yang dia jumpa selama ini.

"Hana!"

Hana terkejut apabila melihat ayahnya. Cepat-cepat pegangan Nuh itu dileraikan.

"Tak tahu malu punya perempuan! Kau masuk sekarang!"

Ketika ayahnya menarik kasar lengan Hana, Nuh laju menghalang.

"Maaf, pakcik. Tapi pakcik tak patut buat macam ni pada anak pakcik."

"Kau siapa nak ajar aku hah? Ni anak aku. Suka hati akulah nak ajar dia macam mana sekalipun."

Nuh tidak sanggup melihat Hana ditarik sebegitu. Lalu, Nuh berkata sesuatu yang agak gila.

"Saya nak kawin dengan Hana."

XXX

dont forget to join my telegram channel and group chat for more news about my story!!! Link dekat description profile. Just tekan and join!🎯

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now