Bab 8

1.5K 192 2
                                    

Votelah dulu ;)

Nuh menunggu Dhia di hadapan tadikanya. Sejak dia tahu Hana bekerja di tadika Dhia, Nuh menawarkan dirinya untuk mengambil Dhia setiap hari. Nuh merupakan sepupu kepada ayah Dhia iaitu Faris.

Pintu tadika dibuka. Kanak-kanak tadika keluar dengan ceria. Dhia yang ternampak Nuh terus berlari ke arahnya.

"Uncle Iyan!"

Nuh terus mendukung Dhia. Dahi kanak-kanak perempuan itu dikucup pantas.

"So, how school? Okay? Dhia jadi good girl ke naughty girl?"

Dhia mengangguk laju.

"Mestilah Dhia jadi good girl!"

Dhia berkata dengan riak yang ceria.

"Good! Kalau macam tu, lepas ni uncle bawa Dhia pergi makan aiskrim."

"Yeay!"

Dhia menjerit kesenangan. Namun, Nuh masih lagi tidak berganjak dari tempat dia berdiri dan memerhatikan pintu tadika itu. Dhia sedar akan tingkah pakciknya itu menegur.

"Uncle Iyan tunggu siapa?"

Nuh melutut di hadapan Dhia. 

"Erm, uncle tak nampak pun Teacher Hana. Mana dia?"

"Oh. Teacher Hana tak datang hari ni. Teacher cuti."

Nuh mengerutkan dahinya.

"Cuti? Kenapa?"

"Teacher Hana cakap teacher tak sihat. Oh ya! Uncle Iyan tahu tak? Bibir Teacher Hana lebam. Teacher Hana cakap dia jatuh semalam. Kesian Dhia tengok teacher."

Nuh terkedu. Bibir lebam sebab jatuh? Takkanlah.

"Okaylah kalau macamtu. Kita pergi beli aiskrim."

"Jom!"

Mereka berdua menuju ke pusat beli-belah untuk mendapatkan aiskrim kegemaran Dhia.

***

Hana menunggu Arin di hadapan pusat beli-belah. Arin memberitahu bahawa dia habis sedikit lewat hari ini. Hana pun hanya menunggu Arin. Hana menghabiskan masa di kedai aiskrim untuk kali kedua. Lagi pula, Arin memang tahu dia akan selalu duduk melepak dekat sini. Sedang Hana makan aiskrim dengan menunduk, satu suara kecil menjerit memanggil namanya.

"Teacher Hana!"

Hana mengangkat wajah dan melihat si pemanggil. Tubuh kecil itu berlari ke arah Hana dan memeluknya.

Belum sempat dia mahu membuka bicara, ada seseorang yang menarik bahu Dhia dari belakang. Lelaki itu melutut sebelah kaki dan memandang Dhia.

"Dhia! Kenapa lepas tangan Uncle Iyan macam tu? Kalau ada apa-apa jadi macam mana?"

Mata Nuh menunjukkan bahawa dia benar-benar risau akan Dhia. Haihlah Encik Nuh ni. Prihatin betul!

"Maaf, uncle. Dhia seronok nampak Teacher Hana dekat sini."

Dapat Hana dengar suara Dhia semakin mengendur. Ketika itu, mata Nuh memandang Hana sebelum kembali memandang Dhia.

"Okay. Uncle maafkan Dhia. Tapi lain kali, jangan buat macam tu. Boleh?"

Dhia menganggukkan kepalanya. Nuh meletakkan tangannya di atas kepala Dhia dan mengusap perlahan.

"Good girl."

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now