Bab 28

1.3K 154 1
                                    

Vote and komen tauuu ;)

"Tuan Nuh?!"

Kamilia, setiausaha Nuh di Kuantan itu terkejut beruk dengan kehadiran tuannya di pejabat. Bila masa tuan balik? Asal aku tak tahu?

"Kamilia, all report in my room now."

"Baik, Tuan Nuh."

Nuh berjalan masuk ke dalam ruangan pejabatnya. Selang beberapa minit, Kamilia masuk dengan dua buah fail. Fail itu dihulurkan kepada Nuh.

"Ni semua report tentang management hotel dan kafe sepanjang dua minggu ni, tuan."

Nuh membaca satu demi satu apa yang ditulis di atas kertas itu. Semuanya penuh dengan aduan dan ketidakpuasan hati pelanggan terhadap hotel itu. Apa nak jadi ni?

"Encik Taufik and Encik Hariz. I want they in my office now."

Nuh memberi arahan itu sambil mengetap giginya. Dia terlalu bengang dengan keadaan hotel dan terhadap apa yang berlaku sekarang. Kamilia dah tak senang duduk apabila Nuh bertanyakan tentang mereka berdua. Melihat Kamilia yang masih tercegat di hadapannya, Nuh mula meninggikan suara.

"I said, now!"

"Maaf, tuan. Mereka berdua cuti hari ni. Kafe hotel pun tutup hari ni."

Nuh menghela nafasnya untuk kesekian kalinya. Cuba untuk menahan kemarahannya.

"Dah berapa lama mereka cuti?"

"Dah seminggu, tuan."

"Hubungi mereka sekarang. I want to see them now."

"Baik, Tuan Nuh."

Kamilia berlalu daripada bilik itu dan menghubungi dua pekerja itu.

Sementara itu, wajah Nuh bagai belon merah yang menunggu masa saja untuk meletop. Nuh paling pantang orang yang tidak mempunyai tanggungjawab dalam menjalankan tugas. Orang sebegini seharusnya diajar walaupun orang itu adalah abang iparnya sendiri. Ini syarikat perhotelan papanya. Dia tidak mahu reputasi hotel NR Paradise cawangan di sini hancur begitu sahaja.

Sedang dia melihat segala laporan kerja yang tergendala, telefonnya berdering. Nuh menjawab panggilan itu tanpa melihat si pemanggil. Siapa pula yang cari pasal telefon bapak singa ni masa kepala dia tengah berasap?

"What?!"

Hana yang mendengar suara Nuh menengkingnya itu tersentak.

"Sorry kalau saya ganggu awak."

Nuh tersedar apabila suara Hana menyapa gegendang telinganya. Matanya dipejam sebelum menghela nafas berat.

"Saya tutup dulu."

"Eh, sayang! Wait!"

Hana tidak jadi mahu mematikan panggilannya apabila mendengar arahan Nuh.

"Sorry, saya tak berniat nak tinggikan suara saya. I pick up the call without seeing who is calling me. Sorry."

Hana tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Nuh rasa kesal kerana meninggikan suaranya sebegitu. Tahu Hana terasa dengan sikapnya sekarang.

"Sayang, saya tak sengaja. Saya minta maaf. Saya serabut dengan kerja kat sini. Janganlah diam macam ni. Say something, love bug. I miss your voice."

Hana mengeluh kejap apabila mendengar suara merayu Nuh. Sedar dirinya terlebih emosi sedangkan Nuh sudah menjelaskan alasannya tadi.

"Sorry sebab saya call awak time awak tengah kerja. Semalam saya tunggu awak call, tapi awak tak telefon saya pun. Sebab tu saya telefon awak pagi ni."

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now