Bab 27

1.3K 142 2
                                    

Vote and komen tauuu ;)

Program pagi ini dimulakan dengan sesi menghantar beberapa dokumen mengikut kursus masing-masing. Jadi, Hana akan terpisah lagi dengan Arin.

"Hana, cubalah kau ni buat kawan. Ni duk diam je. Takkanlah kau nak berkepit dengan aku je sepanjang dua tahun ni?"

Arin berpesan kepada sahabatnya itu. Risau juga dia tengok Hana yang masih tiada teman lain melainkan dirinya dan Hanim.

"Aku bukan tak nak tapi kau faham kan yang aku kan ada trust issue. Lagipun, aku lagi selesa berseorangan macam ni."

"Ikut kaulah asalkan kau bahagia. Nanti lepas dah submit dokumen, tunggu aku dekat lobby louge tau. Kita makan sekali."

"Okay, bos!"

Arin beransur dahulu apabila dia mendengar pelajar kursusnya disuruh untuk berbaris. Begitu juga Hana. Mereka semua dibawa ke satu dewan untuk giliran menghantar dokumen itu.

Hana duduk di barisan belakang sekali. Dia masih tidak mampu untuk mempercayai orang lain sesenang itu. Cukuplah dia ada Arin seorang sebagai sahabat dunia akhiratnya.

"Baiklah, para pelajar boleh buatlah apa yang kamu semua nak sementara menunggu giliran kamu dipanggil untuk hantar dokumen. Kalau nak keluar ke mana-mana sekalipun, bagitahu saya dahulu dan pastikan berada di dalam dewan sebelum giliran kamu tiba."

Seorang fasilitator yang bertugas itu memberitahu hal itu kepada mereka semua yang berada di dewan. Hana hanya termenung. Nak berborak, malas. Nak buat apa ni? Ketika itu, satu notifikasi masuk ke dalam telefonnya. Melihat saja nama pengirim whatsapp itu sudah cukup membuatkan Hana tersenyum lebar.

Love<3
Online

Morning sayang.
Saya dah nak bertolak ni.
Awak jaga diri!

Selepas membaca pesanan itu, cepat-cepat Hana mendail nombor Nuh.

"Awak!"

Hana terjerit kecil apabila panggilan itu dijawab.

"Yes, love bug. Kenapa call? Kata harini ada penyerahan dokumen."

"Sajalah call. Tengah tunggu turn. Bosanlah. Lagipun, turn saya lambat lagi. Tu yang call awak."

"Oh, i see. Awak dah makan?"

Hana menggelengkan kepalanya seakan-akan Nuh boleh melihat tingkahnya itu.

"Belum. Tapi lepas serah dokumen, saya pergi makan dengan Arin."

"Arin je? Kawan yang lain?"

Hana terdiam kejap.

"Saya tak bolehlah nak terima orang baru. Saya ni ada trust issue. Jadi, susahlah untuk saya nak buat kawan."

Nuh menutup but keretanya selepas meletakkan bagasi di dalamnya dan masuk ke tempat pemandu.

"Awak okay ke tu takde kawan baru lagi?"

"Saya okay je. Awak tahu kan saya take time untuk rapat dengan orang."

"Dengan saya kejap je awak okay."

Nuh saja mahu menyakat isterinya itu.

"Awak lain. Orang-orang kat sini lain. Tapi awak jangan risau. Saya akan cuba berkawan cuma bukan sekaranglah sebab awal lagi kan."

"Takpe. Take your time. Study elok-elok tau. Kenangku selalu dalam doamu."

Nuh dah mengekek sebab terlalu cringe dengan ayat yang diucapnya. Hana pun sama.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now