Bab 14

1.4K 189 4
                                    

Votelah dulu ;)

Tangisan itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Kadang itu sehinggakan nafasnya tidak stabil. Apa lagi salahnya? Apa lagi yang perlu dia lakukan supaya dia mendapat kasih sayang daripada orang yang dia dambakan?

"Hana, kau lepaskan semua okay? Aku ada."

Sebaik sahaja Arin memujuk Hana, semakin kuat esakkan Hana. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancur hatinya ketika ini. Dugaan ini seakan-akan terasa seperti dia mahu mengakhiri hidupnya sekarang. Sampai satu tahap, Hana berfikir bahawa tiada sesiapa yang akan menangisi pemergiannya jika dia mati.

"Kenapa aku?! Apa dosa aku sampai allah uji aku macam ni, Arin? Aku buat semuanya. Semuanya aku buat untuk puaskan hati ibu, untuk puaskan hati ayah. Tapi kenapa Allah tak dengar doa aku untuk lembutkan hati ibu dan ayah? Aku cuma nakkan kasih sayang ibu dan ayah aku. Tu je."

Luahan hati yang telah lama tersimpan itu diselang-seli dengan esakkan yang sangat kuat. Arin yang melihat keadaan sahabatnya itu terasa peritnya. Ya allah, kuatkan sahabat aku.

Tangisan Hana berhenti juga selepas lama dia menangis. Tatkala itu, Arin memalingkan tubuh Hana menghadapnya.

"Nufa Hana seorang yang kuat. Ujian yang Allah kirimkan ni bukan sebab dosa yang kau buat. Tapi sebab Allah tahu kau kuat. Allah tahu kau mampu. Allah nak bagi kau nikmat yang kekal. Sebab tu Allah uji kau, Hana."

Air mata Hana diseka.

"Hana, jangan sesekali kau salahkan takdir. Qada' dan qadar Allah tak pernah salah. Kau sepatutnya beruntung sebab Allah kabulkan doa kau untuk kau selalu kuat. Ujian yang Allah berikan ni dah buktikan yang kau dah terlalu kuat, Hana. Kekuatan kau adalah apabila kau berjaya kawal perasaan kau daripada sakitkan hati orang yang kau sayang. Kau tahan rasa marah kau supaya kau tak sakitkan hati ibu dan ayah. Kau terlalu kuat."

Hana memandang Arin dengan matanya yang masih berair.

"Bersabar tu kunci utama. Aku yakin kau akan dapat kebahagiaan yang kau idamkan."

Hana memeluk Arin erat. Tanpa Arin, pasti akidahnya akan jauh terpesong. Hana, jangan salahkan takdir.

"Terima kasih, Arin. Kalau takde kau, mesti aku terus salahkan takdir. Aku terlalu kecewa dengan diri aku sendiri, Rin."

Itulah hakikatnya. Perasaan marah dan kesal itu adalah kerana Hana menganggap dirinya adalah punca segalanya. Dia tidak mampu untuk sayang pada diri sendiri kerana orang yang dia sayang membencinya.

Arin meleraikan pelukan mereka.

"Hana, selagi aku hidup, selagi Allah izinkan aku untuk bernafas, aku akan ada dengan kau. Itu janji aku."

***

Hana dihantar pulang selepas puas memujuk hatinya yang telah dirobek untuk kesekian kalinya. Pintu rumah dibuka. Sebelum masuk ke dalam bilik, dia dapat lihat ahli keluarganya berkumpul di ruang menonton televisyen.

"Dari mana?"

Ibu bertanya sepatah.

"Dari kedai cik Ani, bu. Arin belanja makan tadi."

Tiada sahutan jawapan. Dengan itu, Hana masuk ke dalam bilik dan menukar pakaiannya. Dari pagi tadi pakai baju kurung itu. Badannya juga sudah melekit. Selepas membersihkan diri, Hana menunaikan solat isyak. Hari ini adalah hari paling lama dia keluar dari rumah. Solat pun di rumah Arin. Dia memerlukan tempoh untuk merawat hatinya yang telah dirobek untuk kesekian kalinya.

Seusai solat isyak, Hana keluar dari bilik dengan memakai tudung dan cardigan hitamnya itu.

"Nak ke mana?"

Acik yang baru pulang dari kerja itu bertanya.

"Ambil angin jap."

"Masuk awal. Nyamuk banyak kat luar."

Hana hanya tersenyum dengan pesanan abangnya itu. Dalam rumah ni, yang paling jarang cari pasal dengan dirinya adalah acik. Sekurang-kurangnya, kuranglah satu manusia yang akan menyakiti perasaannya.

Hana duduk di kerusi batu yang menghadap jiran di sebelah kanannya. Hana meregangkan badannya untuk seketika sebelum dia memandang ke langit. Rasa tenang dapat lihat bintang dan bulan pada waktu malam begini. Matanya dipejam dan membiarkan angin malam menampar lembut wajahnya.

"Allah. Terima kasih atas nikmat-Mu. Maaf sebab aku terlalu terluka, aku menyalahkan takdir."

Lama Hana dalam keadaan itu sebelum ada satu suara menegurnya.

"Hana?"

Hana melihat ke arah suara yang memanggilnya. Terbeliak matanya apabila mengetahui pemilik suara itu.

"Nuh?!"

Hampir tercabut jantungnya apabila melihat Nuh berada di rumah sebelah. Apa dia buat dekat rumah ni? Bukan rumah tu kosong ke?

Nuh berjalan menghampiri pagar yang memisahkan rumah mereka.

"Rumah awak ke ni?"

Nuh mula bertanya dengan penuh minat manakala Hana cuba untuk memproses tentang keadaan ini.

"Ya, ni rumah saya. Awak pula? Tu rumah awak ke?"

"Eh tak. Ni rumah sewa je. Saya kan kena pantau cawangan hotel kat sini. Jadi, saya sewalah rumah kat sini tapi tak sangka pula kita berjiran!"

Nuh terlalu teruja apabila mengetahui perkara tersebut. Manakan tidak, dia berjiran dengan orang yang sudah mencuri hatinya tanpa sengaja.

"Berapa lama awak akan sewa rumah ni?"

Hana mula bertanya.

"Dua bulan setengah. Kenapa?"

"Takda apa-apa. Saja tanya."

"Esok pergi kerja nak saya hantar?"

Membulat mata Hana mendengar cadangan Nuh. Gila ke? Mahu aku kena kejar tak cukup tanah dengan ibu dan ayah kalau mereka tahu aku naik kereta dengan lelaki?

"Eh, takpe. Arin ambil saya esok."

"Tapi..."

Belum sempat Nuh menghabiskan ayatnya, Hana laju memotong.

"Saya masuk dulu, Nuh. Selamat malam!"

Hana cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Risau jika dirinya berlama di situ, Nuh akan pujuk rayunya lagi. Melihat Hana berlari masuk ke dalam rumah, Nuh tersenyum sendiri. Kini, dia semakin yakin dengan dirinya!

Mama dan papa akan dapat menantu!

XXX

Keep reading💫
Dont forget to join my telegram channel!😉

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now