Bab 9

1.5K 197 11
                                    

Votelah dulu ;)

Nuh merehatkan diri terlebih dahulu di atas katil. Kemudian, tangannya menyeluk poket seluar. Sekeping not dua puluh dipandang dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir merahnya itu.

"Kenapa aku terlalu tertarik dengan dia? Apa yang aku rasa sekarang adalah perasaan yang aku tidak pernah rasa."

Nuh berhenti berbicara sendiri kerana ada satu perkataan yang bermain di fikirannya.

Cinta.

Nuh segera meraup wajahnya. Rambut pula disauk ke belakang.

"Takkanlah? Aku baru jumpa dia kut. Haihlah Iyan! Sabar. Sekurang-kurangnya sekarang kau dah berkawan dengan dia."

Nuh melipat duit itu sebelum meletakkannya di dalam dompetnya. Nuh bangun mencapai telefonnya. Satu nombor didail.

"Assalamualaikum, Bang Rahim. Rumah sewa?"

"Waalaikumusalam, Tuan Nuh. Saya dah jumpa rumah sewa yang kosong. Saya masih dalam urusan untuk menyelesaikan hal sewaan."

"Okay. Thanks. Apa-apa update saya."

"Baik, tuan."

Telefon ditutup. Tuala yang dibentangkan di atas kepala kerusi diambil dan Nuh membersihkan diri.

Nuh sememangnya tidak akan berbicara lebih daripada sepuluh patah perkataan. Namun, ketika bersama gadis itu, entah kenapa ringan sahaja mulutnya.

***

Sebaik sahaja Hana selesai membersihkan diri, dia berbaring di atas katil. Baju yang dibeli tadi berjaya disorokkan daripada pengetahuan ibu dan ayahnya. Jika mereka tahu sebenarnya Hana cuti seminggu tetapi tidak duduk di rumah, boleh mati dia!

Hana melihat kalendar di telefon pintarnya. Esok sudah genap sebulan dia bekerja di tadika itu. Maknanya, gaji pertamanya akan dapat esok. Tetapi disebabkan dirinya masih cuti, mungkin gaji sudah dimasukkan ke dalam akaun bank.

Hana terus masuk tidur selepas isyak. Dia terlalu penat. Mujur sahaja along dan aciknya belum pulang. Kalau tidak, ada saja perkara yang perlu gaduh. Angah pula asyik melepak sahaja. Balik rumah bukannya nak jumpa keluarga.

Hana tidak boleh tidur jika ada cahaya walaupun sedikit. Jadi, lampu bilik air dan lampu bilik tidur sudah ditutup sebelum Hana merangkak naik ke atas katil. Patung beruang yang besar pemberian Arin ketika hari jadinya tiga tahun lepas aku peluk. Hana tiada anak patung atau bantal lain untuk dipeluk kecuali patung kucing yang comel ini. Puan Halimah cakap membazir jika beli patung itu. Tetapi, Hasya ada banyak anak patung dan bantal peluk. Huh!

Tidur Hana sudah hampir lena sehinggalah tidurnya terganggu kerana bilik tiba-tiba terang. Hana tarik selimut yang menyelebungi seluruh badannya.

"Ye weh! Handsome gila Chanyeol! Aku suka gila!"

Suara Hasya yang sedang dalam panggilan video itu menganggu tidur Hana.

"Hasya, akak nak tidurlah. Tutup lampu tu."

Hasya tidak mengendahkan kakaknya itu dan terus bercakap. Hana sudah hilang sabar. Dia paling pantang orang kacau jika dirinya hendak tidur.

"Hasya, esok aku kerjalah."

Hana bangun dan menutup lampu. Ketika dia mahu merangkak naik, Hasya membuka lampu.

"Kau kenapa? Akak nak tidurlah!"

"Kau nak tidur kan? Tutup jelah mata tu! Sibuk tutup lampu! Pejam mata nanti gelap juga kan?"

Hasya berkata sinis.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now