Bab 22

1.6K 188 4
                                    

Votelah duluuu ;)

Selesai mengaminkan doa, Nuh memalingkan tubuhnya ke belakang untuk bersalaman dengan isterinya. Tapi, apa yang Nuh lihat adalah Hana sedang termenung sendiri di atas kerusi. Maklumlah keadaan kakinya tidak mengizinkan lagi untuk Hana solat seperti biasa. Nuh bangun dan duduk di birai katil.

"Awak termenung apa?" Nuh mencuit sekali hidung isterinya.

Lamunan Hana mati gara-gara tingkah Nuh.

"Mana ada termenung."

Hana menundukkan wajahnya dan mengelak daripada memandang anak mata Nuh.

"Kenapa saya rasa macam awak nak mengelak daripada saya?"

Soalan jujur Nuh membuatkan Hana mati kata.

"Saya ada buat salah ke?"

Kali ini, Nuh bertanya sambil memegang tangan Hana. Ketika itu, Hana memandang suaminya.

"Maafkan saya."

"Sebab? Awak mana ada buat salah."

Tanpa amaran, Hana mengalirkan air mata. Nuh jadi terkilan dengan tingkah Hana.

"Kenapa ni? Ada sakit kat mana-mana ke, love bug?"

Nuh mengusap lembut pipi gebu itu. Hana menggelengkan kepalanya.

"Maaf sebab libatkan awak dalam semua ni. Maaf sebab awak ditakdirkan untuk kenal dengan saya. Maaf sebab awak terpaksa jadi sebahagian daripada keluarga saya ni."

"Hey, sayang. Awak cakap apa ni? Kenapa cakap macam tu? Saya tak pernah rasa menyesal pun sebab kenal dengan awak. Malah saya bersyukur sebab saya ditakdirkan untuk kenal dengan awak. Dan saya tak rasa terpaksa untuk jadikan awak isteri saya. Saya ikhlas dengan awak."

Hana yang masih bertelekung itu ditarik ke dalam dakapannya. Entah kenapa Nuh tidak betah melihat Hana seperti ini. Sepanjang perkenalan mereka, Hana adalah orang yang ceria. Adakah ini yang dilalui isterinya setiap hari? Mengalirkan air mata tanpa henti. Menangisi apa yang terjadi dan menyalahkan diri sendiri atas semua layanan teruk terhadap dirinya. Ah! Sakitnya rasa itu!

"Hana..."

Nuh meleraikan pelukan mereka. Air mata yang tersisa itu diseka.

"Mulai saat ini, saya takkan benarkan sesiapa pun naik tangan pada awak. Jentik pun saya tak benarkan. Saya akan jaga awak dengan sepenuh nyawa saya. Tu janji saya pada awak, sayang."

"Terima kasih, Nuh. Terima kasih..."

Nuh mengukir senyuman ikhlas untuk Hana.

"Sama-sama, love bug. Dah. Jom keluar makan."

Hana hanya menganggukkan kepala. Telekung dibuka dan dia mengemaskan diri untuk makan malam.

***

"Ibu, ayah. Nuh nak minta izin untuk bawa Hana balik Johor. Kami nak menetap di sana."

Persoalan itu menghentikan pergerakan semua orang yang berada di meja makan termasuk Hana yang duduk di sebelah Nuh.

"Bukan Nuh kerja dekat sini ke?"

Ayah mula bertanya.

"Memang Nuh kerja kat sini tapi untuk sementara je. Syarikat yang Nuh kerja tetap ada dekat Johor."

"Kau ada kenaikkan pangkat ke sampai boleh kerja sana sini? Kata kerja setakat pegawai hotel."

Bukan main pedas mulut ibu mengata menantu sendiri.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now