Bab 35

1.4K 135 0
                                    

Vote and komen tau ;)

"Abang. Esok nak ambil saya pukul berapa?"

Soalan Hana membuatkan Nuh mengigit bibir. Dahi ditepuk perlahan. Lupa akan isterinya yang masih berada di Johor.

"Sayang...abang sebenarnya dah ada dekat Kuantan ni."

Terbeliak mata Hana mendengar perkara itu.

"Kenapa pula balik tak tunggu saya? Sampai hati abang..."

Mata Hana mula berkaca-kaca. Suaranya juga bergetar menahan tangis.

"Sayang, abang bukannya tak nak bagitahu tapi abang betul-betul lupa. Kerja abang dekat sini banyak tertangguh. Abang..."

"Dahlah. Saya tak nak dengar. Saya balik dengan Arin esok. Bye."

Panggilan terus dimatikan. Hana rasa sangat geram dengan tindakan suaminya. Kut ye pun ada kerja dekat Kuantan, bagilah tahu dia dulu. Sudahlah Nuh tidak menghubunginya selama lima hari. Jika Hana tidak menghubunginya, sampai ke sudah Hana hanya menunggu suaminya esok.

Nuh mula berasa kesal. Tahu dirinya salah kerana langsung tidak memberitahu Hana tentang keberadaannya. Lagi parah, sudah seminggu Nuh berada di Kuantan tanpa pengetahuan Hana kerana pengurusan hotel yang masih bermasalah dan memerlukan pantuan rapi.

"Aduh! Macam mana ni? Salah aku juga. Hrm..."

Nuh mendail nombor telefon Noah.

"Hello, abang Yan."

***

Hana membawa diri ke taman universiti. Dia melemparkan pandangannya ke arah tasik bagi menenangkan hati yang tengah panas dan sedih disebabkan perbuatan Nuh.

"Selalu macam tu. Alasan dia sebab banyak kerja. Dia lupa ke yang dia dah ada isteri? Tak bolehlah nak hidup macam orang bujang lagi."

Hana mengeluh kuat. Haihlah! Nak marah lebih-lebih pun suami kesayangan. Ketika itu, telefon Hana berdering dan skrin menunjukkan nombor yang tidak Hana kenali.

"Hello?"

"Hello. Ini Puan Nufa Hana ke?"

Hana mengerutkan dahinya apabila mendengar suara seperti hello kitty di corong telefon itu.

"Ni siapa ya? Macam mana dapat nombor ni?"

"Erm, saya ni delivery man untuk menghantar pesanan puan. Pesanan ini khas daripada orang yang puan sayang."

Hana semakin rimas apabila mendengar suara Hello Kitty yang dibuat-buat itu.

"Jangan main-mainlah. Saya takde masa nak dengar lawak awak ni."

Belum sempat Hana mahu mematikan panggilan telefon itu, Hana melihat abang iparnya sedang berdiri di hadapan.

"Ini pesanan puan."

Noah berkata sebegitu dengan suara Hello Kitty yang dibuat-buat itu. Kemudian, dia menghulurkan satu kotak yang dibalut cantik kepada Hana.

"Abang Yan?"

Noah duduk di sebelah Hana.

"Yalah. Siapa lagi? Sampai hati Hana tak simpan nombor Abang Yan kan?"

Hana hanya tertawa kecil.

"Kenapa Abang Yan tak cakap tu abang? Takdelah kena marah free tadi."

"Abang Yan nak hantar ni je. Ambiklah."

Kotak tadi dihulurkan. Hana hanya mengambil kotak itu.

"Apa ni? Beratnya."

"Nanti buka and tengok sendiri. Hana gaduh dengan Iyan ye?"

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now