Bab 12

1.4K 189 3
                                    

Votelah dulu ;)

"Hana!"

Arin menjerit memanggil nama Hana ketika dia sedap melantak nasi kerabu. Apa kena dengan kawan aku ni? Mujur tak tercekik.

"Kenapa ni?"

"Minggu depan result keluar."

Terbutang mata Hana mendengar ayat Arin. Biar betik?!

"Siyeslah kau ni? Tak main-main?"

"Ya ampun! Kau fikir aku pandai ke main-main pasal hal-hal penting ni? Kau excited tak?"

Hana hanya mendiamkan diri. Ya allah. Rasa apa ini? Kenapa aku takut?

Melihat perubahan riak wajah Hana yang seperti orang gelisah, Arin menegur sahabatnya itu.

"Hana. Kau okay tak? Asal muka kau macam tu?"

Hana memandang Arin dengan riak yang gelisah. Badannya menggeletar hebat ketika ini. Rasa takut yang teramat menyerang dirinya. Arin yang sedar akan perubahan Hana itu memegang erat tangan sahabatnya itu.

"Hana, kenapa ni? Kau okay tak?"

"Macam mana kalau result aku teruk? Macam mana result aku buatkan ibu dan ayah lagi bencikan aku? Aku tak nak ibu dan ayah bencikan aku lagi."

Secara tiba-tiba, air mata Hana mengalir selebat-lebatnya. Arin memeluk dan mengusap belakang Hana. Dia tidak membalas sebaliknya hanya mengalirkan air mata. Mujur sahaja sekarang ni waktu rehat, jika tidak, haru!

Arin meleraikan pelukan mereka dan dia memandang Hana.

"Hana, kau fikir apa ni? Keputusan kau akan baik-baik saja. Aku tahu dan aku nampak usaha kau macam mana masa kita SPM haritu. Bukan masa tu je. Selama ni pun kau usaha nak naikkan keputusan kau cuma rezeki belum sampai kepada alamatnya. Kau janganlah negatif thinking sangat."

Hana tidak tahu sama ada perlu gembira atau tidak dengan semangat Arin tu. Yang dia tahu, dia sangat risau sekarang.

"Arin, aku kena balik tadika dulu. Waktu rehat aku dah nak habis ni."

"Are you sure kau boleh layan budak-budak dalam keadaan kau macam ni?"

Hana mengeluh sendiri. Dia juga meragui diri sendiri. Ya allah! Kenapa tak sedap hati sangat ni?

"Yes, i'm sure. Lagipun, budak-budak tu boleh buat aku lupakan masalah aku kejap."

Hana bangun daripada kedudukannya.

"Aku masuk kerja dulu."

Hana berjalan meninggalkan kedai itu dan masuk ke dalam tadika. Disebabkan jam baru sahaja menunjukkan pukul 1 petang, dia jadi yakin untuk masuk ke dalam kelas taska kerana mereka semua sedang tidur.

Seperti yang dikatakan, Hana akan rasa lebih lega apabila dia bersama budak-budak itu.

Hana melihat Dhia sedang tidur dengan lena di hujung tilam. Hana membetulkan kedudukan tidurnya sebelum dia berbaring di sebelah Dhia sambil membelai lembut pipi gebu anak kecil itu.

Wajah tenang Dhia ketika kanak-kanak kecil ini sedang tidur begitu menyamankan jiwanya yang sedang berkecamuk. Hati Hana yang tadinya gundah-gelana sekarang sudah lega. Tetapi, itu tidak bermakna dia tidak terasa sebak.

Air matanya mengalir jua. Fikiran buruknya sebentar tadi datang kembali. Hana cuba menahan dirinya daripada teresak-esak kerana tidak mahu kanak-kanak lain terganggu.

"Teacher Hana?"

Hana terkejut apabila Dhia di sebelahnya membuka mata dan memandang dirinya.

"Eh, Dhia! Kenapa terjaga ni?"

"Dhia dengar suara orang menangis. Teacher menangis ke?"

Dengan pantas, Dhia meletakkan tangan kecilnya itu di pipi gurunya.

"Basah. Teacher nangis. Kenapa ni teacher? Teacher sedih ke?"

Hana dengan segera menghapuskan sisa tangisannya dan mengukirkan senyuman palsu untuk Dhia.

"Taklah. Teacher sakit kepala sikit je. Tu yang menangis tu. Teacher tak sedih pun."

Hana mengusap kepala Dhia sebelum mengucup dahinya.

"Dhia tidurlah. Teacher temankan."

Sebelum Dhia memejamkan kembali matanya, dia sempat berkata sesuatu.

"Teacher, uncle Iyan pernah cakap dekat Dhia yang rasa sedih takkan mampu dirawat tanpa usaha diri sendiri. Kita lebih kenal diri kita dari orang lain. Jadi, kita lebih tahu apa yang membuatkan kita gembira. Jadi, kalau teacher sedih, teacher kena buat perkara yang teacher suka. Barulah senyuman bak bidadari itu boleh terukir kembali."

Hana tersenyum dengan kata-kata Dhia. Walaupun usianya baru enam tahun, dia sangat petah berkata-kata.

"Terima kasih, Dhia.

***

Petang itu, giliran Hana yang menunggu budak-budak untuk pulang. Hrm, kenapalah aku tak sedap hati sangat?

"Uncle Iyan!"

Lamunan Hana mati apabila terdengar jeritan teruja itu. Kaki kecil Dhia berlari ke arah Nuh sebelum Dhia masuk ke dalam dakapan Nuh. Ubun-ubun anak kecil itu dikucupnya.

"Dhia hari ni good girl tak?"

Laju sahaja Dhia menganggukkan kepalanya. Hana membawa beg baju dan beg sekolah Dhia untuk diberikan kepada Nuh.

"Terima kasih."

Nuh mengambil beg-beg itu daripada tangan Hana.

"Uncle, tadi Teacher Hana nangis."

Mata Hana membulat. Terciduk weh!

Nuh dah tayang muka pelik. Mesti nak tukar profesion si Nuh ni.

"Kenapa awak nangis? Siapa yang buat awak menangis? Sakit ke? Luka ke?"

Kan dah cakap. Tukar profesion kepada detektif tak berbayar.

"Saya okay cuma esok result SPM keluar. Saya berdebar. Tu je."

Sebaik saja Hana menyatakan kerisauannya, Nuh tersenyum.

"Kenapa awak perlu risau sedangkan rezeki Allah itu pasti?"

"Saya tahu rezeki Allah itu pasti cuma saya risau saya tak dapat puaskan hati orang lain."

Nuh mengukir senyuman manis lagi.

"Kehidupan kita bukan untuk memuaskan hati orang lain tetapi kehidupan ini adalah sebuah cerita yang kita perlu lakar supaya mendapat pengakhiran yang sempurna."

Hana memandang Nuh lama. Kenapa kata-kata itu tidak mampu diungkapkan oleh orang yang paling dia inginkan?

"Saya tahu saya ni hensem, tapi tak baik tau tenung anak teruna orang macam tu. Nak tilik lama-lama kenalah nikah dulu."

Hana menundukkan wajahnya apabila ditegur sebegitu. Nuh pula dah bantai gelak dulu.

"Hana, i'm sure your result will be okay. Jangan risau sangat, okay? Tak baik untuk jantung tu."

"Terima kasih atas semangat tu, Nuh. Terima kasih sebab doakan saya."

"For sure. Saya akan selalu doakan awak. Kalau macam tu, saya balik dulu."

"Okay."

Hana memandang Dhia.

"Bye, Dhia sayang."

"Bye, teacher!"

Hana melihat mereka berdua berlalu pergi. Entah apa yang membuatkan Nuh begitu yakin terhadap dirinya sedangkan keyakinan itu tidak ada untuk dirinya sendiri.

XXX

Keep reading! And dont forget to vote and comment!😁

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now