Bab 39

1.5K 144 5
                                    

Vote and komen tau ;)

"Angah, aku rasa kau tak payah libatkan Hana lagi dalam masalah kau tu."

Hafiy mula menegur sikap abangnya itu. Baginya, Hadif sudah melampaui batas.

"Apa maksud kau?"

"Aku tahu kenapa kau marah sangat bila Hana tak layan kawan-kawan kau dengan baik. Sebab kalau tak, gaji kau akan jadi milik Badrul sebagai ganti kau tak penuhi permintaan dia. Kan?"

"Habistu, apa kena mengena dengan Hana?"

Hafiy mengenggam penumbuknya. Angah ni tak faham ke sengaja buat-buat tak faham?

"Angah, kau nak jual adik kau sendiri sebabkan duit. Kau ni manusia ke syaitan?"

Suara Hafiy meninggi apabila mengatakan hal itu. Setelah apa yang dia dengar ketika pertelingkahan itu berlaku, Hafiy cukup marah. Walaupun Hafiy turut melayan Hana dengan teruk, tidak pernah terfikir di benaknya untuk menjual adik sendiri untuk duit.

"Siapa cakap dia adik aku? Dia bukan adik aku! Dia tu anak kepada perampas yang tak guna tu."

"Kau bercakap guna otak boleh tak? Ibu dah susukan Hana. Memang dia bukan adik kandung kau tapi Hana tetap mahram kau. Dia anak ayah. Kau jangan bodoh sangatlah, angah."

Hadif naik hairan dengan kenyataan Hafiy.

"Kau tahu yang Hana tu bukan lahir daripada rahim ibu?"

"Ya, aku tahu dan sebab tu aku tak sanggup nak layan Hana teruk lagi. Dia tak bersalah. Walau apa pun salah ibu kandung Hana, tak sepatutnya kita layan dia macam tu. Selama ni, kita semua layan dia teruk sebab ibu dan ayah pun layan dia teruk. Cukuplah, angah. Hana dah ada suami pun. Takkan kau nak gadaikan maruah adik kau sendiri?"

Ketika perbalahan Encik Malik dan Puan Halimah di dapur, Hafiy terdengar segalanya tentang kebenaran Hana. Adik perempuannya itu bukan dilahirkan dari rahim Puan Halimah tetapi daripada rahim perempuan yang digelar perampas itu. Namun, apa yang pasti, Hana itu anak daripada benih Encik Malik. Kebenaran tentang ibu kandung Hana masih belum dikenal pasti. Sejak mengetahui perkara itu, Hafiy berasa sangat bersalah kerana melayan Hana sebegitu teruk sedangkan Hana banyak berkorban untuk keluarga.

Hadif tersenyum sinis sendiri kemudian ketawa kejap dengan apa yang Hafiy katakan.

"Kenapa baru sekarang kau nak halang aku? Kenapa bukan tiga tahun lepas?"

Hafiy jadi buntu dengan kenyataan Hadif.

"Maksud kau?"

"Tiga tahun lepas. Apa yang jadi pada adik yang kau baru nak sayang tu? Kau pun tak tahu kan? Jadi, jangan nak sibuk hal aku!"

Hadif terus masuk ke dalam rumah membiarkan Hafiy terpinga-pinga.

***

"Sayang..."

Hana memandang ke arah suara itu.

"Hrm?"

Nuh memalingkan tubuh isterinya itu menghadapnya.

"Abang, saya nak masaklah."

Kerja memasak Hana tergendala kerana Nuh yang tiba-tiba masuk ke dapur. Tanpa diduga, Nuh mencium kedua-dua belah mata isterinya. Perkara itu membuatkan Hana kaku seperti patung. Selepas beberapa ketika, Nuh menjauhkan bibirnya.

"Ubat, supaya mata tu tak bengkak."

Hana hanya tersenyum melihat wajah Nuh yang jelas merisaukan dirinya.

"Kenapa? Muka saya menakutkan ke kalau mata saya bengkak? Macam panda eh?"

Hana tergelak kecil dengan gurauannya itu tapi lain pula yang jadi.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now