Bab 37

1.5K 145 1
                                    

Vote and comment tau ;)

"Sayang, abang nak pergi ofis kejap. Ada proposal yang abang kena check and sign. Sebelum makan tengah hari, abang balik."

Hana melihat Nuh yang sedang menjamah mee goreng itu.

"Nak ikut boleh?"

Nuh memandang Hana.

"Betul ke nak ikut? Tak menyesal? Nanti mengadu bosan."

"Alah, mana ada. Bolehlah. Please...."

Melihat wajah Hana yang sudah mengembungkan pipi itu membuatkan Nuh tidak berdaya untuk menolak. Raut wajah Hana terlalu comel!

"Okay, sayangku. Nanti tolong gosokkan baju kemeja abang."

"Yeay! Okay, cik abang sayang."

Nuh hanya tersenyum melihat telatah isterinya itu. Wajah itu tetap cuba untuk kelihatan ceria walaupun mata bulat itu jelas menunjukkan tuan empunya badan mempunyai banyak rasa sedih dan kecewa yang terpendam.

Apa salah awak sampai keluarga awak sanggup layan awak macam tu, sayang?

Nuh mula berbicara dengan dirinya. Sungguh, Nuh tidak sanggup untuk melihat isterinya menangis seperti semalam. Perkara itu sangat menyeksa jiwanya. Namun, seksa yang Nuh rasakan itu tidak setanding dengan rasa seksa yang Hana tanggung selama ini.

Hana perasan akan tingkah Nuh yang asyik merenung dirinya itu menegur.

"Abang? Kenapa tak makan mee tu?"

Lamunan Nuh mati kerana teguran Hana.

"Takdelah. Abang cuma rasa bersyukur sebab abang dapat jadikan sayang iseteri abang. Alhamdulillah jodoh kita tepat. Abang gembira sebab abang menjadi orang yang pertama tengok sayang senyum selepas sayang menangis."

Hana hanya mampu tersenyum nipis.

"Saya yang patut ucapkan terima kasih pada abang sebab abang selalu ada dengan saya. Abang selalu senangkan saya, faham saya. Saya lagilah bertuah sebab dapat suami yang penyayang macam abang."

"No one can replace you, love bug. Walaupun satu hari nanti awak ditakdirkan pergi dulu, i'll never replace my half cinderella. Only you can be my queen, my love bug and my angel ."

Hana hanya mampu tersenyum mendengar perkara itu. Sungguh dia sangat sayangkan Nuh. Hana cuma mampu berdoa agar mimpi buruk yang berlaku tiga tahun lepas tidak akan berulang sebaik sahaja kepulangan Hadif.

***

Kamilia segera berdiri apabila melihat majikannya mahu berjalan masuk ke dalam bilik kerja.

"Kamilia, the proposal and the report in my room now."

"Baik, tuan Nuh."

Pintu pejabat dibuka.

"Sayang duduk dulu dekat sofa tu. Lepas abang siap check report and sign proposal, kita balik."

"Okay, tapi abang janganlah rushing. Saya okay je tunggu abang."

Nuh tersenyum sebelum langkahnya diatur ke meja kerjanya. Komputer dibuka.

Tok! Tok!

"In."

Kamilia masuk selepas mendengar arahan itu.

"Ni report and proposal yang tuan nak."

Nuh hanya mengambil kedua-dua fail itu dan segera membuka fail proposal yang perlu diperiksa.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now