Bab 43

1.6K 168 5
                                    

Vote and komen tauuuu ;)

"Assalamualaikum."

Pintu rumah dibuka. Wajah Hafiy kelihatan disebalik pintu itu.

"Hana."

"Acik."

Hana terus memeluk tubuh Hafiy. Ini pertama kali dia memeluk abangnya ini. Hafiy hanya kaku dengan tindakan adiknya. Nuh pula hanya tersenyum.

"Acik dengan yang lain sihat?"

"Sihat, cuma ibu..."

Hafiy tidak meneruskan kata-katanya.

"Kenapa dengan ibu?"

"Ibu tak sihat sangat. Kaki ibu sakit. Ibu tak boleh berjalan sangat. Masuklah. Ibu ada dekat dalam."

Hana dan Nuh bergegas masuk ke dalam untuk bertemu dengan Puan Halimah. Dapat mereka lihat bahawa Puan Halimah ditemani Encik Malik dan Hasya. Hana dan Nuh bersalaman dengan Encik Malik terlebih dahulu sebelum mereka duduk di sebelah Puan Halimah.

"Ibu sakit apa? Kenapa tak nak pergi klinik?"

"Ibu kamu ni degil mana nak pergi klinik kalau sakit."

Encik Malik menjawab soalan Hana yang tidak berjawab oleh isterinya.

"Hrm, kalau macam tu, Hana urut kaki ibu. Ada minyak panas tak, Hasya?"

Hasya menghulurkan satu minyak urut kepada Hana. seluar disinsing kemudian Hana mula untuk mengurut kaki ibunya.

"Nuh urut kepala ibu tau."

Hana dan Nuh menjaga Puan Halimah sehingga waktu petang. Mereka mengurut Puan Halimah sehingga ibu mereka tertidur.

Selepas memastikan Puan Halimah lena dibuai mimpi, mereka berdua keluar daripada kamar itu.

"Kalau abang nak mandi, mandilah dulu. Saya nak masakkan ikan singgang untuk ibu."

"Kenapa ikan singgang?"

"Ibu tak suka bubur. Jadi, kalau ibu sakit macam ni, selalunya ibu akan makan nasi putih dengan kuah singgang tu. Lepastu, saya nak masak untuk kita makan malam."

"Ouh. Kalau macam tu, abang tolong sayang masaklah. Kejap lagi kita rehat sama-sama."

Hana tersenyum apabila Nuh menawarkan diri untuk membantu dirinya. Itulah sikap Nuh yang paling Hana puji. Sikap toleransi dan bekerjasama itu sangat kuat di dalam diri suaminya.

Sedang mereka berdua menyediakan masakan untuk makan malam, Encik Malik masuk ke dalam dapur.

"Anak dengan menantu ayah ni masak apa? Sedap sangat bau ni."

"Masak kari kepala ikan dengan ikan singgang, ayah."

Nuh yang baru sahaja memasukkan kacang bendi di dalam kari itu menjawab persoalan Encik Malik dengan senyuman.

"Sedap bau. Erm, Hana. ayah nak cakap sikit boleh?"

Api diperlahankan dan Hana memandang ayahnya.

"Cakap apa ayah?"

Nuh yang sedar dia tidak boleh mendengar perbualan ayah dan anak ini terus keluar daripada dapur. Encik Malik mula membuka bicara.

"Hana tak marahkan ayah lagi?"

"Ayah, Hana tak pernah marahkan ayah. apa yang jadi ni, Hana anggap ujian yang Allah beri supaya Hana lebih kuat. Ayah jangan risau. Hana tak marahkan ayah, ibu dan abang adik. hana sayangkan semua orang."

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now