Bab 15

1.5K 190 0
                                    

Votelah dulu ;)

"Cantik rumah sewa, Iyan."

Puan Sri Diyana dan Tan Sri Nazim tiba di rumah Nuh pada awal pagi. Sengajalah mahu melawat anak teruna bongsunya ini.

"Cantiklah mama sebab sebelah rumah crush Iyan."

Walaupun Nuh berkata dengan nada yang perlahan, telinga orang tuanya dapat tangkap jelas apa yang diluahkan anak mereka.

"Anak papa dah jatuh cinta dengan jiran sebelah rumah ke? Who's that lucky girl, son?"

Persoalan Tan Sri Nazim tidak berjawab sebaliknya Nuh mengukir satu senyuman.

"Nuh yang bertuah sebab dapat kenal dia, papa. She' so special to me."

Fikiran Nuh melayang kepada Hana. Setiap saat dia bersama gadis itu, tak pernah sekali pun berlalu tanpa perasaan gembira. Sejak pertama kali bertemu mata, Nuh merasakan ada sesuatu yang istimewa pada gadis yang bernama Nufa Hana itu.

"So, bila mama dan papa boleh jumpa dia?"

"Nuh dengan dia cuma kawan. Dia pun tak tahu Nuh ada simpan perasaan pada dia, mama."

Mama dan papanya duduk bersebelahan dengan Nuh.

"Semua perkara indah itu bermula daripada kawan. Mama tak paksa untuk Iyan luahkan rasa tu cuma mama dan papa nak juga kenal-kenal dengan orang yang dah berjaya ambil hati Iyan."

"Boleh, mama, papa. Nanti Iyan akan bawa Hana jumpa mama dengan papa."

Puan Sri Diyana dan Tan Sri Nazim hanya tersenyum apabila melihat wajah gembira Nuh ketika berbicara tentang gadis itu.

"So, that girl name is Hana? Cantik nama tu. Papa dengan mama tak sabar nak jumpa dia."

Nuh hanya tersenyum.

***

Fikiran Hana melayang kepada peristiwa malam kelmarin. Dalam banyak-banyak rumah kosong dalam Kuantan ni, kenapa Nuh boleh menyewa bersebelahan dengan rumahnya? Dengan rasa yang bertandang tanpa sebab ni membuatkan Hana semakin bingung. Apa yang terjadi sebenarnya ni?

"Teacher! Mikayla menangis!"

Jeritan itu mematikan lamunannya. Mujur sahaja sekarang ini waktu rehat. Hana mendekati Mikayla yang menangis tanpa mengeluarkan suara itu.

"Mikayla, kenapa ni sayang? Hrm?"

Macamlah budak tu pernah jawab soalannya. Selama ini hanya anggukkan dan gelengan sahaja sebagai jawapan. Mikayla hanya menangis tanpa mengeluarkan suara. Hana melihat ke arah luka Mikayla yang berair itu.

"Mikayla gatal ke?"

Hanya anggukkan yang diberi sebagai jawapan. Hana hanya tersenyum sebelum membawa Mikayla masuk ke dalam kelas nursery. Portable fan milik Hana dihidupkan dan dihalakan kepada luka Mikayla.

"Luka ni kena kering. Barulah Mikayla tak sakit, sayang. Sabar kejap ea. Teacher nak keringkan luka."

Mikayla mengangguk lagi. Entah faham entah tidak apa yang Hana cakap itu. Hana melihat sekeliling kelas sebelum dia sedar akan Uwais yang duduk di hujung kelas.

"Uwais. Kenapa duduk situ? Meh sini kat teacher."

Si kecil yang baru sahaja menginjak usia dua tahun itu hanya menurut dan dia duduk di hadapan Hana. Sambil Hana memegang portable fan itu, Hana berbiacara dengan Uwais.

"Uwais kenapa ni, sayang? Tak nak makan?"

Persoalan Hana tidak dijawab sebaliknya Uwais mula berbicara bahasanya. Apa entah budak ni cakap. Hana hanya tertawa dengan telatah Uwais.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now