Bab 3

1.7K 227 7
                                    

Votelah duluuuu;)

Hana keluar dari bangunan tadika itu dan melihat kanak-kanak yang masih ramai. Jam ditangan dilihat. Tepat lima setengah petang. Tidak hairanlah jika masih ramai yang belum pulang.

Hana duduk di hadapan tadika menemani kanak-kanak yang masih belum pulang. Walaupun hari ini hari pertama dia berkerja, Hana menawarkan diri untuk duduk bersama kanak-kanak. Yang lain sudah pulang dulu. Ketika Hana sedang menunggu untuk ibu bapa mengambil anak-anak mereka, Hana perasan akan Dhia yang duduk di hadapan pintu tadika. Hana dapat lihat kanak-kanak sudah semakin surut sehinggalah hanya Dhia yang masih menunggu. Ketika itu, Hana mendekatinya.

"Dhia selalu ke balik sorang?

Dhia diam dan tidak menjawab pertanyaan Hana.

"Dhia memang tak nak bercakap dengan teacher eh? Muka teacher macam monster ke?"

Sebaik sahaja Hana selesai berbicara, Hana dapat lihat lesung pipit terukir di pipi gebu milik Dhia. Dia senyum.

"Kenapa teacher nak cakap dengan Dhia? Kenapa teacher baik dengan Dhia?"

Hana mengusap kepala si kecil itu yang berbalut dengan tudung sarung berwarna putih itu.

"Dhia kan anak murid teacher. Mestilah teacher nak berbaik dengan Dhia."

Hana rasa Dhia sudah boleh menerima dirinya.

"Terima kasih, teacher."

Hanya itu yang Dhia ucap. Hana dapat rasakan bahawa anak muridnya yang satu ini mempunyai masalah. Namun, masalah apa yang dia fikirkan di saat umurnya masih kecil begini? Umur enam tahun seharusnya dia bebas bermain tanpa masalah. Tetapi, Dhia seperti kanak-kanak yang bermasalah.

"Dhia!"

Ketika itu, ada seorang wanita menegur mereka. Dhia bangun dari tempat duduknya dan membawa begnya menuju ke arah wanita itu. Hana mengambil peluang ini untuk mengenali wanita itu.

"Assalamualaikum, puan ni ibu Dhia ya?"

Wanita itu memandang Hana.

"Waalaikumusalam. Eh, taklah. Saya ni bibik saja. Puan busy. Sebab tu saya yang ambil Dhia. Awak ni cikgu baru Dhia ke?"

"Ya, saya. Saya cikgu baru Dhia."

"Oh, okaylah kalau macam tu. Terima kasihlah sebab tunggu Dhia, teacher..."

Kata-katanya terhenti dan ibu jarinya dihalakan kepada Hana.

"Teacher Hana."

"Okay. Teacher Hana. Terima kasih."

"Sama-sama."

Hana memandang Dhia.

"Bye Dhia. Assalamualaikum."

"Bye, teacher. Waalaikumusalam."

Mereka berlalu masuk ke dalam kereta. Selepas memastikan Dhia masuk ke dalam kereta, Hana mengatur langkah menuju ke kedai Arin. Dapat Hana lihat Arin berdiri di kaunter makanan. Dia duduk di meja berdekatan.

"Hana! Kau nak makan?"

"Boleh juga. Ada apa lagi?"

"Nasi minyak je. Nak?"

Hana berjalan mendekati Arin. Pinggan nasi itu Arin berikan kepada Hana. Lauk ayam masak merah diambil dan diletakkan di dalam pinggan. Selepas siap mengambil makanan, Arin membancuh air untuk Hana.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kedai makan milik Arin. Pemilik kedai makan ini merupakan jiran Arin. Kerana itulah Arin bekerja di sini. Arin mula berkerja di kedai makan ini sebaik sahaja tamat SPM.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now