3

6.1K 487 6
                                    

Zameera melangkah masuk ke dalam apartment nya. Helmet dibuka lalu di letakkan di atas meja. Zameera melabuhkan punggung di atas sofa lalu kaki dilunjurkan di atas meja. Nafas dihela berat.
Perlahan lahan bibirnya menguntum senyuman kecil.

Bahagia.

Itu sahaja yang Zameera rasakan ketika ini. Walaupun hanya mampu melihat dari jauh, itu sudah memadai.

Sosok tubuh adiknya berlegar kembali ke dalam kotak fikiran. Alhamdulillah, adiknya membesar dengan sihat. Dia tidak membuat pilihan yang salah.

Tak sangka, lelaki sekejam Zeke pegang pada janjinya. Zameera melepaskan keluhan lega.

Zzzz....

Smartphone Zameera bergetar buat seketika. Zameera terus mengeluarkan smartphone nya dari dalam kocek seluar. Zameera membaca mesej dari Mike di notification.
Zameera terus membuka mesej Mike.

Mike😒

Oi!

Apa oi oi?
Aku ada nama

Oh okay okay sorry
Hai zameera cantik

😒
Apa kau nak?

Nak bagitahu ni haa
Aku dah jumpa kerja untuk kau
Nak ke tak?

Ha nanti bagi detail
And jangan lupa siasat dia
Aku nak tahu semua latar belakang dia

Ha okay okay nanti aku bagi
*Location*
Esok datang dekat situ
3pm
SHARP

K

Zameera terus mencampak telefonnya ke tepi. Kepala didongakkan memandang siling. Wajah adiknya berlegar kembali di dalam fikiran. Zameera tersenyum kecil.

Rindunya dia kepada keluarganya. Lebih lebih lagi kepada ibu dan ayahnya. Apalah khabar mereka. Berharap yang Zameer menjaga kedua orang tuanya dengan baik.

Zameera melepaskan keluhan berat. Zameera terus bangun dari duduknya menuju ke bilik tidur bagi membersihkan dirinya.

-----------------------------------------------------------------

Radzif melepaskan keluhannya kasar. Stress betul dengan kerja office yang menimbun ini. Tidak pernah habis. Radzif menyandarkan tubuhnya ke kerusi sambil memejamkan mata bagi menghilangkan rasa penat.

Tiba tiba telefonnya berdering. Radzif mengeluh kecil.

Dengan malas, Radzif mencapai telefonnya di atas meja. Nama yang tertera di skrin telefon membuatkan Radzif melepaskan keluhan lagi. Kali ini lebih berat. Mahu tidak mahu, panggilan itu dijawab jua.

"Hello," jawab Radzif malas.

"Hi sayang...," jawab orang di sana. Radzif menjulingkan anak matanya ke atas.

"U nak apa call i ni?" soal Radzif acuh tidak acuh.

"Alah kenapa? U tak suka ke i call?" soal orang di sana. Radzif mengeluh kecil.

"No bukan macam tu, I busy." jelas Radzif.

"Oh u busy ehh sorry kacau. I just wanna say that i miss u. Ingat nak ajak u shopping tapi u busy. So tak jadi la." jelas orang di sana. Radzif mengurut dahi pelipisnya kecil. Perlahan lahan matanya dibuka kembali.

"U nak ajak i shopping?" soal Radzif lagi.

"Yeah... but you're busy so tak jadi la." jelas orang di sana. Radzif tersenyum sinis.Muncul sudah idea nakalnya.

"Ehh taklah i dah tak busy dah. Untuk u semua boleh." jelas Radzif pula.

"Yeke sayang! U dah tak busy? So u boleh teman i shopping la ni?" soal orang di sana. Makin melebar senyuman Radzif.

"Ye. U pergi siap-siap, kejap lagi i sampai." jelas Radzif.

"Alright sayang! I siap dulu bye love you!" balas orang disana. Panggilan ditamatkan.

"Lantaklah habis duit pun janji aku boleh blah dari sini," omel Radzif perlahan. Meja dikemaskan sedikit lalu Radzif terus bangun dari duduknya. Blazer di sarungkan ke badan. Langkah terus diatur ke pintu keluar. Meja PA diketuk dua kali.
Wanita bertudung itu terus memandang ke arah Radzif.

"Saya nak keluar. Saya tak masuk office balik, ada hal." tipu Radzif.

"Ermm tapi kejap lagi Dato' nak datang jumpa-"

"Suruh papa datang hari lain." celah Radzif lalu terus melangkah keluar dari situ. Wanita itu terkebil-kebil lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kepala digeleng perlahan serta keluhan dilepaskan.

Beberapa puluh minit kemudian, meja wanita itu diketuk kembali. Wanita itu terus mengangkat kepala memandang wajah orang yang mengetuk mejanya.

Terbuntang mata wanita itu. Lantas wanita itu berdiri dari duduknya.

"D-Dato'..." tegur wanita itu gugup. Dato' Razif memandang wajah wanita itu kosong.

"Zay ada?" soal Dato' Razif. Wanita itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pandangan ditundukkan.

"Hey saya tanya ni Zay ada tak?" soal Dato' Razif lagi. Wanita itu terus memandang wajah Dato' Razif kembali.

"Ermm... Encik Radzif... t-takde.." balas wanita itu perlahan. Dato' Razif melepaskan keluhan kecil. Buat hal lagi anaknya ini.

"Awak tak bagitahu dia ke saya nak datang?" soal Dato' Razif dingin. Wanita itu menggigit bibir bawahnya.

"D-dah.." balas wanita itu. Sekali lagi Dato' Razif melepaskan keluhan. Tak pernah berubah anaknya ini. Dia harus melakukan sesuatu.

"Takpelah kalau macam tu." balas Dato' Razif lalu terus melangkah keluar dari situ.

Wanita itu melepaskan keluhan berat. Kepala digeleng berkali-kali sambil duduk kembali di atas kerusi. Tak pasal-pasal dia kena marah.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now