24

3.6K 302 16
                                    

Zameera memandu menuju ke rumah ibu. Hampir seminggu jugalah dia tidak menziarahi rumah ibunya. Walaupun hanya mampu melihat dari jauh, namun memastikan ibu dan Zameer selamat sudah memadai.

Lambat laun, pasti Zameera akan bertemu dengan mereka. Hanya masa yang akan menentukan segalanya.

Rumah ibunya di pandang dari jauh.

Syukur.

Ibu dan Zameer selamat. Biarlah dia yang dikejar. Biarlah dia yang dihukum namun janganlah ibu dan Zameer diseksa. Tidak kuat jiwa dan raganya jika ibu dan Zameer diseksa oleh musuhnya.

Jika bukan kerana dirinya yang memegang status sebagai seorang 'Mafia', pasti sudah lama dia akan bersua muka dengan ibu dan Zameer.

Rindu,

Tidak mampu dijelaskan lagi bagaimana perasaan rindu yang dihadapi oleh Zameera. Zameera terus memandu menuju ke rumahnya. Sampai satu masa nanti, dia akan bersua muka dengan mereka.

-----------------------------------------------------------------

Sampai sahaja di rumah, Zameera meletakkan helmetnya di atas meja makan lalu kaki terus diatur ke biliknya. Rehat yang cukup dia perlukan hari ini.

Penat.

Penat jaga Radzif si bodoh itu.

Pelbagai ragam.

Menyusahkan.

Mengalahkan kanak-kanak kecil.

Kaki melangkah masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, Zameera memakai baju tidurnya lalu terus menghempaskan tubuhnya di atas katil.

Ah, nikmat!

Telefon pintar yang berada di tepi itu dicapai. Notification dibaca. Tidak ada yang menarik.

Zameera terus membuka mesej dia dan Mike tempoh hari yang lalu.

Pelik.

Mike tidak mencari mahupun menelefonnya. Zameera mula menaipkan pesanan. One tick.

Zameera mengeluh kecil.

Tidak dapat dinafikan lagi, memang Mike sudah berubah. Tidak lagi seperti dulu. Adakah dia terlalu busy?

Business mengalami masalah?

Inflasi atau deflasi?

Muflis?

Tidak mungkin. Jika betul pun, pasti dirinya akan dimaklumkan.

Ini tidak.

Mike menghilangkan diri. Zameera meletakkan kembali telefon pintarnya ke atas meja.

Tidak mengapa lah, esok dia pergi ke markas Mike. Pasti Mike ada disitu. Zameera terus memejamkan matanya lalu terlelap dalam beberapa minit.

-----------------------------------------------------------------

"Yes sir?" tegur anak buahnya sebaik sahaja di dalam bilik.

Mike memandang sekilas.

"Listen carefully," Mike berjeda. Anak buahnya sedia menanti sambungan Mike.

"Esok, aku nak kau dan dua orang lagi, kejar dia. Jangan bagi dia datang sini. Aku ada hal. And one more thing, attack dia. By using your strength. Lawan dia habis-habisan. Aku nak dia. Faham?" jelas Mike panjang lebar.

Anak buahnya tersenyum kecil seraya mengangguk. Serang dia. Bukan sesuatu perkara yang mudah. Hanya orang yang tertentu sahaja mampu mengalahkan 'dia'.

Mike terus menghalau anak buahnya keluar kembali. Mawar hitam di hujung mejanya itu dicapai dan dihidu.

"Kenapa kau bakar bunga yang aku bagi? Bunga ni, special untuk kau." omel Mike seorang diri. Senyuman sinis terukir dibibirnya. Namun tiba-tiba dia mencampak mawar hitam itu ke bawah. Pistol dikeluarkan dari laci dan mawar hitam itu ditembak beberapa kali.

"Merde!" carut Mike. Badannya naik turun menahan marah.

"Kau memang bodoh! Tak pernah nampak aku selama ni. Aku yang jaga kau, aku yang tolong kau, aku yang care pasal kau, tapi kau tak pernah nampak! Kau tak pernah hargai! Kau memang bodoh! Bodoh Zameera bodoh!!" hambur Mike pada mawar hitam yang sudah hancur. Namun seketika, dia terdiam sejenak.

Pistol disimpan kembali ke dalam laci. Mawar hitam yang sudah hancur itu dipandang sepi sebelum dia memanggil cleaner masuk ke dalam biliknya bagi membersihkan kesan tembakan dan mawar hitam itu.

[C] Bodyguard's GirlМесто, где живут истории. Откройте их для себя