38

3.4K 297 4
                                    

Sepanjang malam perjalanannya dari Malaysia ke Italy, sebelah petang baru dia sampai ke destinasi utama. Zameera menarik bagasinya menuju ke pintu keluar.

Bagasinya terus diberi kepada pembantunya.

"Welcome home, Miss." sapa pembantunya, Lucifer. Zameera hanya mengangguk perlahan lalu terus membolos masuk ke dalam perut kereta.

"Do you wanna go anywhere?" soal Lucifer. Zameera membuang pandangan ke luar.

"No, go to Zeke mansion." balas Zameera tanpa nada. Lucifer mengangguk faham lalu terus memandu meninggalkan perkarangan lapangan terbang.

Saat sampai di mansion Zeke, dia disambut baik oleh Narnia. Wanita tua yang ditugaskan oleh Zeke untuk menjaganya sepanjang dia di Italy selama 11 tahun dahulu. Meera sudah menganggap wanita tua ini seperti ibunya sendiri kerana sikapnya yang penyayang dan lemah lembut. Meera terus mengucup lembut tangan wanita tua itu.

"Welcome home Meera. What's wrong with your face?" soal Narnia risau. Meera tersenyum kecil.

"Nothing Narnia. I'm okay don't worry." balas Zameera tenang. Narnia mengangguk perlahan.

"Kenapa Meera balik awal? You said next year, don't you?" soal Narnia dengan sedikit pelat. Zameera hanya tersenyum nipis.

"Zeke ada? I want to meet him." jelas Zameera.

"Yeah he's here. Meera rehat dulu, malam nanti Meera jumpa dia ya? Nanti I inform to Zeke." ujar Narnia. Zameera mengangguk perlahan tanda mengerti.

Langkah terus diatur masuk ke dalam. Biliknya dituju. Segala memorinya di sini kembali bertandang di dalam kotak fikiran. Tidak lupa juga memorinya bersama Mike. Zameera terus memejamkan matanya sesaat.

Dia perlu move on. Sampai bila dia harus dihimpit dengan kisah silam. Semuanya sudah berubah. Dia harus lupakan semua ini dan dia perlu fikirkan tentang keselamatan keluarganya di Malaysia.

Zameera menolak daun pintu biliknya. Perlahan-lahan dia tersenyum. Langkah diatur mendekati birai katil. Cadar katil diusap lembut.

Sisi bilik diperhati.

Sedikit pun tidak berubah sewaktu dia meninggalkan bilik ini. Narnia benar-benar menjaga biliknya dengan teliti. Langkah diatur ke koridor.

Pemandangan laut yang luas terbentang dan angin sepoi-sepoi menyapa dirinya itu sedikit sebanyak melegakannya. Rasa penat yang bertandang mula beransur pergi.

Laut biru dan bunyi ombak menghempas tebing itu membuatkan diri Zameera berasa tenang. Segala masalah yang dia alami, dapat dilupakan sementara waktu.

Matanya ralit memerhatikan laut biru tersebut. Namun pemandangannya terganggu apabila dua orang pasangan remaja sedang asyik berkejar-kejaran di tepi tebing.

Zameera memerhatikan gerak-geri pasangan remaja tersebut. Senyuman di wajah mereka membuatkan Zameera turut tersenyum.

Andai sahaja dia memiliki memori remajanya seperti mereka. Namun, memori remajanya dipenuhi dengan hukuman dan cacian.

Pasangan remaja tersebut mengingatkan Zameera kepada Mike.

8 years ago...

"Mike! Kau bagi balik batu tu! Penat aku kutip!" marah Zameera. Mike yang sedang asyik meneliti batu yang di warnakan oleh Zameera itu terus menoleh.

"Ni? Batu ni? Batu je pun. Yang kau kisah sangat pasal batu ni kenapa?" soal Mike. Zameera terus mendekati Mike.

"Aku nak bagi dekat Narnia lah! Bagi balik!" arah Zameera lalu cuba mencapai batu itu dari tangan Mike namun tidak berjaya kerana Mike mengangkat tangannya tinggi.

[C] Bodyguard's GirlDonde viven las historias. Descúbrelo ahora