17

4.1K 339 23
                                    

"Zay, aku dah ada dekat bawah ni. Mana kau?" soal Zameera di dalam panggilan.

"Hm... Kejap la..." balas Radzif. Zameera berdecit kecil lalu panggilan ditamatkan. Matanya meliar memerhatikan sekeliling lobi. Cuba mengenal pasti jika masih ada orang cuba untuk mengikuti mereka. Zameera memandang skrin telefonnya kembali.

Mesej terakhir dia dan Mike pada 2 hari yang lalu di buka. Zameera mula menaipkan pesanan. One tick. Zameera terus menekan punat call. Selang beberapa minit, panggilan nya tidak dijawab. Zameera cuba mendail lagi, namun masih sama. Akhirnya Zameera berputus asa. Mesej di hantar sebelum dia menyimpan kembali telefon pintarnya ke dalam kocek seluar.

Kelibat Radzif yang baru sahaja keluar dari perut lif itu dipandang. Sakit pula mata tengok muka pucat Radzif itu.

"Aku dah pulangkan kunci bilik." jelas Radzif. Zameera mengangguk kecil lalu Radzif terus melangkah keluar dari lobi diikuti dengan Zameera.

"Kau dah makan ubat ke?" soal Zameera. Radzif hanya mengangguk tanpa menoleh. Tidak bermaya dia rasakan saat ini. Hendak mengeluarkan suara pun tidak larat.

Beg ditinggalkan lalu Radzif terus masuk ke dalam perut kereta. Zameera tercengang sedikit. Kepala digelengkan lalu beg baju Radzif dan dia disimpan di dalam bonet kereta. Setelah selesai, Zameera masuk ke dalam perut kereta. Handbrake kereta diturunkan lalu Zameera terus memandu keluar meninggalkan perkarangan bangunan hotel tersebut.

-----------------------------------------------------------------

Telefon di atas meja itu dipandang sepi. Setelah telefonnya henti berdering, barulah dia mengambil telefon pintarnya itu. Mesej yang dihantar oleh Zameera dibaca di notification.

"Pandai pula kau cari aku ya? Ingatkan dah tak ingat aku." ujarnya lalu tertawa sinis.

"You ni gila ke cakap seorang-seorang?" soal Lina. Wajah Lina dipandang sekilas lalu pandangan di alih ke telefon pintarnya kembali.

"Please, what do you want? I ada kerja lain tahu tak?" soal Lina lagi.

"Kerja atau date?" soalnya. Lina terkedu.

"It's none of your business." balas Lina. Dia tersenyum sinis.

"Aku tahu semua tentang kau. Aku tahu kau siapa. Aku tahu kau duduk mana. Jadi jangan sesekali kau cuba untuk menipu aku," jelasnya. Lina menelan air liurnya kesat. Pandangan ditundukkan.

"Aku ada kerja untuk kau." sambungnya lagi. Lina terus memandang wajah lelaki itu.

"K-kerja...?" soal Lina.

"Aku tahu, kau cuba untuk dapat Radzif Zayden balik kan?" soalnya. Mata Lina membulat.

"M-macam mana... Kau tahu?" soal Lina tidak percaya. Lelaki itu hanya tersenyum sumbing.

"Aku nak kau, bekerjasama dengan aku. Kau dapat Radzif, aku dapat Zameera. Boleh?" jelasnya. Lina berkerut kening.

"Zameera...?" soal Lina. Dia memejamkan matanya sesaat.

"Ohhh, Zameera! Bodyguard Radzif." ujar Lina. Dia menggaru dahinya sendiri.

"Boleh ke?" soal lelaki itu lagi. Lina menggigit bawah bibirnya. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman sinis.

"Yes." balas Lina. Lelaki itu turut tersenyum. Segala rancangan yang dirancang sejak umurnya 13 tahun, akhirnya berjalan dengan lancar.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now