30

3.6K 303 3
                                    

Radzif melepaskan keluhan berat. Pintu pejabatnya dibuka lalu kaki diatur menuju ke kerusi. Punggung dilabuhkan.

Penat sungguh walaupun kontrak dia dan Syarikat Heirs berjalan dengan lancar.

Telefon di atas meja itu dicapai. Apabila melihat nama Zameera di notifikasi, Radzif terus membuka mesej itu.

Zameera gila

Okay.

Hanya itu sahaja pesanan yang dibalas oleh Zameera. Radzif mengeluh perlahan. Telefon dicampak kembali ke atas meja. Pelipis dahi dipicit.

"Haih... Aku risau bagai nak rak tu je dia reply? Hmm..." omel Radzif seorang diri. Terus hilang mood dia hendak melakukan kerja.

Radzif terus bangun dari duduknya menuju ke pintu keluar. Namun di saat dia membuka pintu, sosok tubuh seseorang menghiasi retina matanya. Radzif terundur satu tapak ke belakang dek kerana terkejut.

Mata dipejamkan beberapa saat. Dada disentuh perlahan.

"Hai you! How are you? Lama tak jumpa you." sapa Lina ceria. Radzif menggulingkan anak matanya ke atas.

"Apa kau nak ni? Boleh tak jangan kacau aku?" soal Radzif malas. Lina mencebik bibir.

"Alah... You ni kenapa? I datang sini sebab I nak jumpa you la apa lagi? Don't you know how much I miss you?" jelas Lina panjang lebar seraya menyentuh lembut lengan Radzif. Radzif dengan pantas terus menepis tangan Lina.

"Much better if I shouldn't know it." balas Radzif lalu terus melangkah meninggalkan Lina. Lina tergamam.

"W-what! Radzif! You've changed!" teriak Lina. Namun Radzif hanya buat pekak dan menghiraukan Lina. Lina menghentakkan kakinya sambil berpeluk tubuh.

"Emm Miss?" tegur salah seorang staff. Lina terus menoleh dengan kening berkerut.

"What!" balas Lina marah.

"You can go now." halau staff itu. Lina terkejut lalu memandang staff itu atas bawah.

"I know! You don't have to ask me! I can go by myself!" tengking Lina lalu terus beredar. Sempat dia menengking mata-mata yang memerhatikan dia lalu terus keluar dari situ.

-----------------------------------------------------------------

"Mana Meera pergi selama ni? 11 tahun Meera, 11 tahun Meera hilang. Ibu dengan ayah cari Meera bagai nak gila tahu tak?" soal Puan Zahidah sambil menahan tangisan. Zameera hanya mampu tersenyum kecil.

"Meera minta maaf kalau Meera menyusahkan ibu dan ayah. Meera tak bermaksud pun nak buat semua ni." balas Zameera tenang. Puan Zahidah terus tertunduk. Air matanya tidak henti mengalir. Zameera mengusap lembut belakang badan ibunya.

"Jap, someone tak nak jelaskan dekat Zam ke? Betul ke ni akak? Zam tak percaya. Ibu, ibu jangan percaya sangat lah ibu entah-entah ni orang suruhan dia." jelas Zameer.

"Dia? Siapa?" soal Zameera kepada Zameer. Zameer memandang wajah Zameera. Persoalan Zameera dibiarkan berterbangan. Zameer terus bangun dari duduknya ingin beredar.

"Zam, kau tak percayakan aku ke?" soal Zameera. Zameer terus berhenti melangkah.

"11 tahun hilang, tiba-tiba muncul. Siapa je akan percaya?" jelas Zameer lalu terus melangkah menaiki anak tangga. Zameera mengeluh kecil.

"Meera sabar ya. Bagi Zam masa." jelas Puan Zahidah. Zameera mengangguk seraya tersenyum kecil.

"Ya Allah, rindunya ibu dekat anak sulung ibu ni." ujar Puan Zahidah lalu memegang kedua pipi Zameera. Rambut Zameera yang beralun itu diusap perlahan. Zameera tersenyum lebar sambil menikmati sentuhan ibunya. Sentuhan dan belaian yang dirinduinya selama ini.

Syukur.

Dia masih diberikan peluang kedua untuk menikmati semua ini kembali.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now