34

3.4K 285 20
                                    

Zameera memarkirkan motornya di hadapan markas Mike.

Hatinya terdetik untuk mencari ibunya di sini kerana tulisan di kad itu tadi, seperti tulisan orang yang dia kenal.

Zameera melangkah masuk ke dalam markas itu. Zameera berkerut kening.

Pelik.

Markas ini sunyi. Anak-anak buah Mike seorang pun tiada. Zameera memandang sekeliling. Lampu tangga terbuka. Pasti ada orang di atas.

Zameera mula menaiki anak tangga menuju ke bilik Mike. Di saat dia sampai di hadapan bilik Mike, tidak ada seorang pun menjaga di hadapan pintunya. Zameera menarik nafasnya dalam-dalam lalu tombol pintu dipusingkan perlahan-lahan.

Di saat daun pintu di tolak, sosok tubuh Mike sedang duduk memandang ke arah Zameera. Kaki disilangkan ke atas dan dia sedang menikmati wine merah.

Zameera menikam wajah Mike tajam.

"Hello Meera! Lama gila tak jumpa kau. Kau apa khabar?" soal Mike penuh ceria lalu dia menghirup wine itu.

"Aku baik. Mana mak aku?" soal Zameera dingin. Mike tertawa sinis.

"Relax la. Masuk dulu minum dengan aku." ujar Mike. Zameera mengeluh kecil. Langkah diatur memasuki ke dalam bilik Mike. Mike tersenyum sinis.

Baru sahaja Zameera melangkah 2 kaki ke hadapan, tiba-tiba belakang kepalanya dipukul dengan objek keras membuatkan Zameera terus terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Mike terus tertawa besar.

Langkah di atur mendekati Zameera yang tidak sedarkan diri.

"Poor you baby." ujar Mike lalu tubuh Zameera dicempung dan diletakkan di atas kerusi. Rantai besi dililitkan di tubuh dan kaki lalu dikunci. Tangan Zameera digari. Mike mengusap lembut wajah Zameera lalu dikucup pipi Zameera dengan penuh romantis.

-----------------------------------------------------------------

"Macam mana ni Zam?" soal Puan Zahidah kepada Zameer. Zameer mengetuk skrin telefon menggunakan jari telunjuknya. Bawah bibir digigit kecil.

"K-kita report polis la." cadang Puan Zahidah apabila tidak mendapat respon Zameer. Zameer terus menoleh memandang Puan Zahidah.

"Report?" soal Zameer.

"Ya report polis. Jom cepat!" arah Puan Zahidah lalu mereka berdua terus menuju ke pintu keluar. Di saat Zameer ingin mencapai kunci keretanya, telefon pintarnya bergetar. Zameer terus membaca mesej di notifikasi. Kening Zameer berkerut kecil.

"Ibu!" panggil Zameer. Puan Zahidah yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta itu terhenti. Matanya memandang wajah Zameer.

"Kenapa Zam? Dapat berita tentang kakak ke?" soal Puan Zahidah senafas. Zameer mendekati ibunya lalu mesej itu diberikan kepada Puan Zahidah.

Unknown message

Jangan berani-berani kau report polis. Jika tidak, kau dan ibu kau takkan jumpa kakak kau lagi.

Hampir sahaja Puan Zahidah rebah namun sempat ditahan oleh Zameer. Zameer terus membawa Puan Zahidah masuk ke dalam rumah kembali.

-----------------------------------------------------------------

Zameera membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya lampu yang menikam matanya menyukarkan dia untuk membuka dengan lebih luas. Kepalanya sedikit berdenyut dan sakit.

Setelah matanya berjaya dibuka luas, Zameera memandang sekeliling. Tidak dinafikan lagi, dia berada di bilik Mike. Keluhan dilepaskan.

'Kenapalah aku tak perasan langsung ni sebenarnya perangkap...' getus Zameera di dalam hati. Matanya turun memandang tangannya yang sedang digari dan kaki dililitkan dengan rantai besi.

'Uish advance seh guna gari. Macam mana aku nak lari ni?' soal Zameera di dalam hati. Sedaya upaya dia cuba menggerakkan kakinya namun sia-sia.

"Hello Meera! Kau baru bangun ke? Macam mana tidur tadi? Sedap tak?" soal Mike ceria sambil mendekati Zameera. Zameera memandang wajah Mike tiada perasaan.

"Aku tak tidur lah. Aku pengsan." balas Zameera selamba. Mike terus tertawa.

"Oh ye ke? Aku fikir kau tidur hahahaha." jelas Mike lalu menyambung tawanya.

"Eh Mike dah-dah lah tu gelak. Lepaskan aku. Aku nak balik rumah ni." jelas Zameera. Mike yang tadi tertawa itu terus membekukan wajahnya.

"Apa kau cakap tadi? Balik rumah? Hell no! Kau, akan ikut aku balik Italy." ujar Mike satu persatu. Zameera terus berkerut kening.

"Eh apahal pula? Aku balik Italy next year lah bodoh. Kau dah kenapa?" soal Zameera tidak puas hati. Mike mendengus kasar.

"Kenapa kau tak faham-faham lagi ha!" tengking Mike tiba-tiba. Zameera terus terkedu. Tidak pernah dia nampak Mike semarah ini.

"Okey, sini aku bagitahu kau. Kau fikir, aku ni akan jadi kuli orang tua bodoh tu sampai mati ke?" soal Mike lalu perlahan-lahan melangkah mendekati Zameera. Zameera memandang Mike tajam.

"Memang taklah aku nak jadi kuli dia. Aku akan bunuh dia bila sampai satu masa nanti dan aku, akan ambil alih ZR Mafia. Aku kena bawa kau, sebab kau orang penting dalam ZR Mafia. Dan kau!" Mike berjeda.

"Kau, akan bekerjasama dengan aku. Sama-sama kita bunuh Zeke. Amacam?" cadang Mike. Zameera memandang Mike terkebil-kebil.

"Oh...," balas Zameera pendek.

"Jadi, apa motif kau gari aku ni?" soal Zameera. Mike tertawa sinis lalu menggeleng. Perlahan-lahan Mike melutut dihadapan Zameera. Wajah Zameera yang jelita itu dipandang penuh kasih lalu pipi Zameera diusap lembut. Zameera terus menjauhkan wajahnya dari disentuh Mike.

"Apa ni Mike! Kau nak cakap-cakap je lah! Tak payah sentuh-sentuh aku." marah Zameera. Mike tersenyum nakal. Seram Zameera dibuatnya.

"Kau ni dah kenapa Mike? Tersenyum-senyum macam perogol bersiri." ujar Zameera.

"Meera, aku..." jeda Mike. Zameera berkerut kening. Baru sahaja Zameera ingin membuka mulut, Mike mencium bibir Zameera rakus. Mata Zameera terus terbuntang luas. Zameera cuba menjauhkan wajahnya namun Mike menekan belakang kepalanya membuatkan Zameera tidak mampu menjauhkan wajahnya.

Perlahan-lahan air mata bertakung di tubir mata Zameera. Setelah hampir beberapa minit, Mike akhirnya berhenti. Bibir Zameera dijilat kecil lalu Mike tersenyum nakal. *Maafkan saya bestie ;) hanya mengikut plot story sahaja :)*

"Dah lama aku tunggu saat-saat ni." ujar Mike perlahan. Zameera mengetap giginya kuat lalu kepalanya dihantukkan ke kepala Mike kuat. Mike terus terundur kebelakang.

"Kau memang tak guna! Bodoh! Aku anggap kau sebagai kawan baik lah sial! Kenapa kau buat aku macam ni!" jerit Zameera kuat. Perlahan-lahan air matanya jatuh.

Mike menyentuh kepalanya lalu terus berdiri. Wajah Zameera ditumbuk kuat. Terteleng kepala Zameera. Bibirnya sedikit pecah.

Rambut Zameera ditarik kuat memandangnya.

"Aku buat macam ni, sebab aku sayang kau! Kau yang buta! Memang tak sia-sia aku bunuh bapak kau. Kalau aku tak bunuh, mungkin aku tak akan dapat rasa bibir kau ni." jelas Mike membuatkan Zameera terkaku. Mike tersenyum sinis apabila memandang wajah Zameera yang terkedu itu.

Rambut Zameera dilepaskan kasar lalu terus meninggalkan Zameera di dalam bilik itu. Pintu bilik dikunci dari luar.

Bergetar mulut Zameera mendengar penjelasan Mike sebentar tadi.

"Kenapa... Kenapa kau buat macam ni! Apa salah ayah aku pada kau!!" jerit Zameera kuat. Mike yang berada di luar bilik itu hanya tersenyum sinis.

Zameera mengeluh perlahan apabila dia sudah puas melepaskan tangisannya. Mata dipejamkan sesaat bagi menghilangkan rasa pedih. Matanya meliar memandang sekeliling bilik lalu matanya tertancap pada satu simbol di dalam rak kaca.

Mata dipincing kecil bagi menajamkan penglihatannya. Setelah hampir 1 minit setengah memandang simbol itu, mata Zameera terus meluas.

"No way..." gumam Zameera kecil. Dia harus mencari cara untuk keluar dari sini. Dia perlu pulang ke Italy berjumpa dengan Zeke. Dia harus bongkarkan segala rahsia Mike kepada Zeke. Di saat Zameera sedaya upaya membuka gari, tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar. Zameera memandang pintu bilik itu tajam.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now