13

4.6K 382 12
                                    

Zameera membuka peti ais. Fresh orange dikeluarkan lalu dituang ke gelas kosong. Gelas yang berisi air fresh orange itu diteguk perlahan. Roti bakar yang di sapu Nutella itu digigit kecil.

Jam tangan di pandang sekilas lalu Zameera membasuh kembali cawan dan pinggan yang digunakannya tadi. Langkah diatur ke ruang tamu. Helmet di ambil bersama beg baju lalu Zameera melangkah ke pintu keluar. Kasut but hitam disarung lalu Zameera melangkah menuju ke lif.

Butang lif di tekan lalu pintu lif terbuka secara automatik. Zameera melangkah masuk ke dalam perut lif. Jam tangan di pandang sekali lagi. Sampai di lobi, Zameera terus keluar dari perut lif menuju ke superbike nya. Kunci motor di keluarkan lalu di masukkan ke tempat kunci. (??)

Baru sahaja Zameera ingin memulas motornya, dia merasakan seperti sedang diperhatikan oleh seseorang. Zameera menoleh memandang ke belakang namun tiada apa. Zameera mengeluh perlahan lalu terus memandu meninggalkan perkarangan tempat parkir tersebut.

-----------------------------------------------------------------

Radzif menggosok belakang tengkuknya perlahan. Radzif mengeluh kecil.

"Aduh... Time time macam ni la kau nak sakit. Haih..." omel Radzif seorang diri sambil menggosok belakang tengkuknya. Radzif terus bangun dari duduknya menuju ke almari. Beg baju di tarik lalu pintu almari dibuka. Baju untuk satu malam di keluarkan lalu disimpan kemas di dalam beg baju. Radzif terus mencapai tuala lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.

Zameera yang baru sahaja sampai di hadapan pintu rumah Radzif terus menekan loceng rumah. Pintu pagar terus terbuka secara automatik. Zameera memandu motornya masuk ke dalam garaj rumah. Superbike nya di parkir elok di bawah garaj. Zameera terus masuk ke dalam rumah. Sosok tubuh Cik Ita menghiasi matanya.

"Selamat pagi Meera. Radzif dekat atas, Meera pergilah panggil dia. Cik Ita nak siapkan sarapan." ujar Cik Ita. Zameera mengeluh perlahan lalu mengangguk kecil. Cik Ita tersenyum nipis lalu terus berjalan masuk ke dapur.

Zameera memandang tingkat atas sejenak.

"Nak naik ke tak nak? Macam mana kalau dia tak bangun lagi? Lambat sampai sana nanti. Haih bodoh la." getus Zameera lalu terus melangkah menaiki anak tangga satu persatu.

"Sheet... Aku mana tahu bilik dia. Macam mana ni...?" gumam Zameera. Setiap pintu bilik di tingkat ini diperhatikan satu persatu. Terdapat 3 pintu bilik dan semuanya tertutup rapat. Mahu tidak mahu, Zameera harus membuka pintu bilik ini satu persatu. Zameera mula melakukan niatnya.

Pintu bilik di sebelah kanan di buka tanpa diketuk dahulu. Zameera mana reti ketuk pintu. Namun bilik itu kosong. Zameera berjalan ke bilik sebelah kiri pula. Sama seperti bilik tadi. Kosong juga. Kini bilik terakhir. Zameera melangkah tanpa ragu-ragu lalu terus membuka pintu bilik itu tanpa mengetuk dahulu.

Sama seperti bilik sebelumnya, kosong juga. Zameera mengeluh.

"Buat apalah banyak banyak bilik ni kalau takde orang duduk. Haih..." omel Zameera lalu terus melangkah menaiki tingkat atas iaitu tingkat 3.

Setiap pintu bilik diperhatikan. Tingkat ini mempunyai 2 bilik sahaja. Zameera yakin antara dua bilik ini, pasti salah satunya bilik milik Radzif. Zameera membuka pintu sebelah kanan sebab orang bilang belah kanan lebih afdal.

Radzif yang baru sahaja selesai mandi itu terus keluar dari bilik air. Radzif hanya mengenangkan tuala dipinggangnya. Radzif membelek rambutnya yang basah itu di hadapan cermin. Radzif terus mencapai kemeja putih yang sudah digosok oleh Cik Ita lalu seluar slack hitam disarung. Baju kemeja dimasukkan sebelum butang seluar di butangkan lalu seluar di zip. Butang baju kemeja tidak dibutang sepenuhnya. Radzif mencapai tali pinggang kulit berwarna hitam itu lalu dililitkan di sekeliling pinggang.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now