48

3.5K 286 13
                                    

Seusai makan tengahari, Zameera memaklumkan kepada Puan Zahidah untuk berehat seketika di biliknya. Puan Zahidah hanya mengiyakan sahaja.

Zameera terus melangkah menaiki anak tangga satu persatu. Bilik tidurnya dituju.

Langkah diatur memasuki ke dalam biliknya lalu punggung dilabuh ke tepi birai katil. Pandangan dibuang ke luar balkoni.

Keluhan berat dilepaskan.

Perlahan-lahan, bajunya disinsing ke atas. Terserlah tattoo bercorak serigala dan tertera huruf ZR di tattoo yang diukir. Bibir bawah digigit kecil.

Bagaimana reaksi ibu nanti?

Pasti ibu akan benci kepadanya.

Tapi bukan ini yang dia pinta.

Dia dipaksa.

Tattoo itu diusap perlahan.

Zameer menoleh sekilas ke dalam bilik Zameera saat dia lalu di hadapan bilik Zameera. Namun langkahnya terhenti apabila biji matanya menyapa sesuatu.

Perlahan-lahan, Zameer melangkah masuk ke dalam bilik Zameera.

"A-akak...," sapa Zameer. Zameera memandang Zameer laju lalu lengan bajunya terus diturunkan.

"K-kau...," tutur Zameer gugup. Zameera terus meletakkan jari telunjuk dibibirnya mengarahkan Zameer untuk menutup mulut. Tangan Zameer terus ditarik lalu pintu bilik ditutup rapat. Tidak lupa juga, tombol pintu dikunci.

Perlahan-lahan, tubuh Zameer ditolak duduk di atas katil.

"Kau nampak?" soal Zameera. Zameer memandang Zameera lalu ragu-ragu dia mengangguk.

Zameera terus melepaskan keluhan.

Punggung dilabuh bersebelahan dengan Zameer. Badan Zameer dipusingkan menghadapnya.

"Aku akan ceritakan dekat kau satu-persatu, tapi kau kena janji dengan aku, tutup mulut kau. Jangan bagitahu ibu. Biar aku sendiri yang bagitahu ibu." jelas Zameera. Zameer terus mengangguk faham.

Zameera menarik nafasnya dalam lalu dilepaskan perlahan.

Lengan bajunya disinsing.

Mata Zameer terus meluas memandang tidak percaya.

"Akak...!" ujar Zameer. Zameera hanya mampu terdiam.

"Lawa gila!" puji Zameer teruja. Zameera terus memandang Zameer seraya kerutan di dahi.

"K-kau..., tak marah?" soal Zameera. Zameer memandang Zameera seketika lalu tangan Zameera dipukul kuat. Zameera terus menarik tangannya jauh dari Zameer.

"Apa ni Zam! Sakitlah!" marah Zameera. Zameer hanya memandang Zameera tiada riak.

"Kau tahu kan halal haram?" soal Zameer. Perlahan-lahan, Zameera tertunduk.

Deep.

"Aku tahu," jawab Zameera perlahan.

"Explain lah. Cerita dekat aku, satu-persatu." arah Zameer. Zameera memandang Zameer sekejap lalu dia mengumpul segala kekuatan untuk menceritakan segalanya kepada Zameer.

Dari A sampai Z, Zameera ceritakan kepada Zameer. Reaksi Zameer sekejap terkejut, sekejap sedih, sekejap marah dan sekejap simpati.

"Begitulah ceritanya." jelas Zameera. Zameer menggeleng perlahan.

"Dahsyat juga jalan cerita hidup kau ni. Dah macam movie." ujar Zameer. Zameera hanya tersenyum kecil.

Tangan Zameera ditarik Zameer lalu dia meneliti tattoo tersebut. Pertama kali dia melihat dan menyentuh tattoo di depan matanya.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now