16

4.1K 345 0
                                    

"Kau... Anggap aku sebagai kawan? Tak lebih dari itu?"

"Apa yang kau expect ni? Kita cuma kawan. Tak lebih."

"Kau... Langsung tak ada perasaan sikit pun dekat aku?"

"Sekali lagi aku ulang, tak ada."

"HAHAHAHAHA... Kau yakin ke? Kau yakin ke tak ada!"

"Aku cakap tak ada, tak adalah! Kau tak faham bahasa ke! Arghhh!!"

Kringg kringg...

Zameera membuka matanya perlahan-lahan. Matanya merenung memandang siling untuk seketika lalu tangannya meraba ke meja di sebelah. Telefon yang masih lagi berdering itu di ambil dan skrin telefon di pandang sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello," sapa Zameera.

"Tolong aku... Meera..." jawab Radzif di dalam panggilan. Zameera berkerut kening lalu terus bangun dari baringnya.

"Kau apahal ni?" soal Zameera pelik.

"Tolong... Datang bilik aku..." ujar Radzif sebelum panggilan ditamatkan. Zameera memandang skrin telefon dengan dahi yang berkerut. Telefonnya di campak ke tepi lalu Zameera turun dari katil. Tuala yang tersangkut itu di ambil dan di bawa ke bilik air.

-----------------------------------------------------------------

Loceng bilik Radzif ditekan beberapa kali. Tidak cukup dengan itu, pintu bilik Radzif pula diketuk.

"Oi Zay, aku datang ni." ujar Zameera. Telefon dikeluarkan lalu nombor Radzif didail. Baru sahaja Zameera ingin melekapkan telefon pintar ke telinga, pintu bilik dibuka dari dalam. Wajah Radzif yang pucat itu menghiasi mata Zameera.

"Apahal kau ni?" soal Zameera tanpa nada. Radzif mengeluh kecil lalu terus berjalan menuju ke katilnya kembali dengan langkah yang lemah longlai.

Zameera hanya memerhatikan tingkah laku Radzif. Mana mungkin dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik Radzif. Takut ada yang kena kahwin dengan si Radzif ni. Memang tak lah.

"Kita check out pukul berapa?" soal Radzif. Zameera memandang jam tangannya seketika.

"Sekejap lagi, pukul 10." balas Zameera. Radzif mengangguk lemah lalu terus baring ke atas katil. Zameera mengangkat keningnya sedikit.

"Kau nak suruh aku tolong apa ni?" soal Zameera. Radzif tidak memandang Zameera. Matanya tertutup rapat.

Zameera melepaskan keluhan berat. Baru sahaja ingin menutup pintu bilik Radzif, Radzif bersuara.

"Tolong kemaskan baju aku. Aku tak larat." ujar Radzif. Zameera memejamkan matanya sesaat lalu mengeluh perlahan. Mata menoleh memerhatikan sekeliling sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik Radzif. Pintu dibiarkan tidak tertutup rapat. Beg baju Radzif di tarik lalu baju-bajunya di simpan.

"Baru sikit dah demam." gumam Zameera dalam hati. Sedang Zameera asyik mengemas pakaian Radzif, tiba-tiba Radzif bersuara.

"Mama...,"

Zameera menoleh memandang Radzif yang sedang baring di atas katil. Matanya tertutup rapat dan dahinya berkerut. Zameera menggeleng perlahan lalu menyambung kembali mengemas baju Radzif.

-----------------------------------------------------------------

"Sir, our mission failed." jelas anak buahnya di dalam panggilan. Dia terus mematikan panggilan. Matanya tajam memerhatikan anak-anak buahnya yang sedang khusyuk berlatih. Bunga mawar hitam di atas meja itu di perhatikan.

Tok tok tok...

"Sir, she's here." jelas pembantunya. Bibirnya menguntum senyuman sinis.

"Let her in." balasnya. Pembantunya mengangguk kecil lalu keluar kembali dari bilik itu. Selang beberapa saat, muncul figura beberapa orang lelaki serta seorang wanita. Wanita itu ditolak kasar masuk ke dalam bilik itu.

"Auchh... Sakitlah!" marah Lina. Lelaki yang menolaknya itu dijeling tajam. Matanya meliar memerhatikan seluruh bilik ini kemudian matanya tertancap pada figura seorang lelaki yang sedang berdiri membelakanginya.

"Siapa kau ni! Sedap-sedap je tarik aku masuk sini!" tengking Lina.

Lelaki tersebut berkerut kening sedikit lalu telinganya di usap lembut.

"B*tch, you're being too loud." ujarnya. Lina terkedu dan terkejut.

"W-what did you just called me?" soal Lina separuh menjerit. Lelaki itu melepaskan keluhan berat. Badan dipusing menghadap Lina. Wajah Lina yang tadi merah menahan marah terus reda. Terkedu memandang wajah lelaki dihadapannya ini.

"Boleh tak kau senyap sikit? Memekak." ujar lelaki itu. Lina yang sedang kaku di hadapannya itu didekati. Pakaian Lina ditilik dari atas hingga bawah.

'Heh... Not my type.' getusnya.

"Nama kau... Lina right?" soalnya. Lina mengangguk laju. Dia terus tersenyum. Senyuman yang sukar ditafsirkan oleh Lina. Lina berkerut dahi.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now