50

3.8K 280 3
                                    

"Lepas je dia call aku, aku terus trace location yang dia bagi. Itu kali terakhir aku dengar berita pasal dia," jelas Iqram. Radzif terus membuang pandangan ke luar tingkap. Bulan dan bintang yang menghiasi langit malam itu dipandang sepi.

"Aku dah cuba cari dia balik, tapi aku tak dapat. Aku tak dapat current location dia." sambung Iqram lagi. Radzif terus menoleh memandang Iqram.

"Sepanjang aku dekat sini, dia langsung tak datang tengok aku?" soal Radzif. Perlahan-lahan Iqram menggeleng. Radzif mengeluh perlahan.

"Dah lah, kau tak payah fikir sangat. Kau kena rest. Nanti aku try cari dia." ujar Iqram. Radzif memandang Iqram lalu dia mengangguk perlahan.

"Bila aku boleh discharge?" soal Radzif.

"Yed kata, next week. Kalau dia tengok blood pressure kau okey, mental kau stable, next week kau dah boleh discharge lah. Sebab kau kena buat fisioterapi. Nak activekan balik otot-otot kau yang lemah tu." jelas Iqram. Sekali lagi Radzif mengeluh perlahan.

"Alah lek ah aku ada, tak adalah kau bosan nanti." ujar Iqram. Radzif terus memandang Iqram jelek.

"Tengok muka kau lagi bosan." ujar Radzif lalu dia terus baring ke atas katil kembali. Iqram memuncung kecil.

-----------------------------------------------------------------

"Barang-barang kau semua dah ambil ke? Ada yang tertinggal lagi tak?" soal Iqram sebaik sahaja dia melangkah masuk ke wad Radzif. Radzif yang sudah menjalani fisioterapi selama seminggu itu kini sudah bersiap sedia untuk daftar keluar dari hospital.

"Dah, aku rasa dah tak ada apa lagi yang tertinggal." jelas Radzif lalu dia terus bangun dari duduknya.

"Ha kalau semua dah cukup, jomlah. Aku hantar kau balik." ujar Iqram lalu dia terus mengangkat beg baju Radzif. Radzif hanya mengangguk faham lalu mereka berdua terus menuju ke lobi hospital.

Doktor Syed yang sedang berdiri memandang ke arah mereka itu didekati.

"Kau okey kan Zay? Kalau kau ada sakit-sakit lagi, terus datang jumpa aku." pesan Doktor Syed. Radzif hanya tersenyum kecil. Tangan Doktor Syed disalam cara lelaki.

"Thanks ah tolong jaga aku, ambil berat pasal aku. Kalau kau dengan Iqram tak ada masa tu, mungkin aku dah mati." ujar Radzif sayu. Doktor Syed menepuk bahu Radzif perlahan.

"Alah tak ada apalah, kau kan member aku. Apa guna member kalau tak tolong member sendirikan?" balas Doktor Syed. Iqram disebelah hanya mengangguk setuju.

Radzif tersenyum kecil.

"Dahlah kau ni, dah sihat nak sendu-sendu pula gelilah aku." celah Iqram. Radzif terus memandang Iqram tajam.

"Jaga diri Zay, jaga makan. Ubat tu jangan lupa makan. Ikut masa yang aku suruh." bebel Doktor Syed. Maklumlah, doctor always being a doctor.

"Ya aku tahu, dahlah aku gerak dulu. Thanks again." jelas Radzif. Doktor Syed menepuk bahu Radzif seraya tersenyum.

Radzif dan Iqram terus berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Mereka berdua terus masuk ke dalam perut kereta lalu Iqram menghidupkan enjin kereta.

Radzif mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket seluar. Nombor telefon Zameera dicari lalu butang call ditekan.

"Maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan."

Radzif terus menjauhkan telefon pintarnya dari telinga. Skrin telefon dipandang.

"Kau call siapa?" soal Iqram disebelah. Radzif menoleh memandang Iqram sekilas.

"Aku call Meera. Dia tukar nombor ke Iq?" soal Radzif lalu nombor Zameera didail kembali. Masih sama.

"Aku tak sure lah. Maybe ya." balas Iqram yang sedang memandu. Radzif terus mengeluh perlahan. Telefon dimatikan lalu pandangan terus dibuang ke luar tingkap. Jari-jemarinya tidak henti mengetuk dan memutarkan telefon pintarnya.

'Mana kau pergi Meera?'

-----------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum Pa," sapa Radzif sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dato' Razif yang sedang asyik menumpukan perhatiannya terhadap skrin komputer ribanya itu terus menoleh memandang Radzif.

"Waalaikumussalam Zay, macam mana? Sihat dah ke?" soal Dato' Razif. Radzif terus mengucup tangan Dato' Razif lembut lalu dia melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan dengan Dato' Razif.

"Alhamdulilah, dah okey sikit. Kesan luka dengan lebam dah makin hilang. Cuma tu lah, Zay dah ada parut baru." ujar Radzif sambil dia mengusap lembut kesan torehan ditangannya. Kesan torehan itu dipandang sepi.

"Tak apalah, nanti lama-lama hilang lah tu." balas Dato' Razif. Radzif hanya tersenyum hambar.

"Pa," panggil Radzif. Dato' Razif terus memandang ke arah Radzif.

"Zay rasa, Zay nak start fokus dekat kerjaya Zay." jelas Radzif. Dato Razif berkerut kecil.

"Maksud Zay?" soal Dato' Razif.

"Zay, dah ready nak take over company." jelas Radzif. Perlahan-lahan Dato' Razif tersenyum.

"Alhamdulilah kalau Zay dah ready. So esok bolehlah Zay start masuk office." ujar Dato' Razif. Radzif hanya mengangguk perlahan.

"Jadi, officially Zay jadi CEO of Razf Holdings. Congratulations Zay," puji Dato' Razif. Radzif terus tertunduk seraya tersenyum.

"Memandangkan Zay dah decide nak take over company, papa nak Zay handle satu tender ni. Boleh dikatakan, besar juga tender ni. Kita bekerjasama dengan syarikat luar negara dari Italy. Esok, papa akan suruh PA papa bagi semua detail pasal company tu." jelas Dato' Razif panjang lebar. Radzif terus mengangguk faham.

"Kalau dah tak ada apa-apa lagi, Zay naik atas dululah." jelas Radzif. Dato' Razif mengangguk kecil.

Radzif terus melangkah menaiki anak tangga satu-persatu.

Dato' Razif hanya memandang Radzif lalu telefon pintar bersebelahan dengan komputer ribanya dicapai.

Nombor telefon seseorang didail.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now