11

4.8K 409 3
                                    

Mereka bertiga memasuki ke dalam perut kereta. Zameera mula memandu menuju ke office kembali. Suasana di dalam kereta sungguh sunyi dan janggal. Masing masing lebih selesa mendiamkan diri.

Tiba-tiba kedengaran ringtone berbunyi. Zameera memandang cermin pandang belakang kereta sekilas. Ternyata telefon pintar Zameer berbunyi. Dapat Zameera lihat wajah Zameer sedikit berubah apabila dia memandang skrin telefon tersebut. Zameer melekapkan telefon pintar ke telinganya.

Zameera memerhatikan tingkah laku Zameer sementara menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau kembali.

Wajah Zameer tegang sahaja sepanjang dia menjawab panggilan itu. Namun dia tidak bersuara. Dapat Zameera lihat urat di kepala Zameer bergerak-gerak seperti sedang menahan marah. Zameera mula tidak sedap hati.

Zameer terus menamatkan panggilan itu. Badannya naik turun menahan marah. Wajahnya juga sudah kemerahan.

Zameera memasuki perkarangan bangunan. Setelah meletakkan kereta di tempat parkir, Zameer dan Radzif terus keluar dari perut kereta. Mereka berbual seketika lalu Zameer terus beredar. Zameera membuat keputusan untuk mengikuti Zameer.

"Oi oi!" panggil Radzif. Zameera memejamkan mata sesaat lalu menoleh memandang Radzif.

"Kau nak pergi mana gila?" soal Radzif. Zameera menahan sabar.

"Keluar. Adahal." jelas Zameera lalu terus meninggalkan Radzif. Radzif tercengang.

"Weh!" panggil Radzif lagi. Namun Zameera buat pekak dan terus menaiki motornya. Helmet disarung dan Zameera terus memandu meninggalkan perkarangan bangunan tersebut.

"Aik? Mana datangnya motor tu? Tadi bukan ke dia datang dengan aku?" omel Radzif seorang diri. Kepala digelengkan lalu Radzif terus berjalan menuju ke lif.

-----------------------------------------------------------------

Zameera memarkirkan motornya jauh di hujung jalan. Matanya meliar memandang rumah ibunya dari jauh. Zameer yang baru sahaja meletakkan kereta di hadapan rumah itu di pandang. Zameer kelihatan kelam kabut keluar dari perut kereta lalu terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Terdapat sebuah kereta mewah berwarna hitam di hadapan rumah ibu. Zameera mula resah.

Apa yang berlaku?

Zameera terus turun dari superbike nya. Langkah diatur mendekati rumah ibu perlahan-lahan. Zameera meninjau ke dalam rumah.

"Panjat tembok ke ikut pintu?" soal Zameera dalam hati.

"Panjat tembok." jawabnya.

Soal sendiri jawab sendiri.

Zameera mula melangkah ke bahagian belakang rumah. Mata memandang kiri kanan sebelum memanjat masuk ke dalam rumah. Zameera terus menarik pistol dari belakang seluarnya. Zameera perlahan-lahan melangkah mendekati sisi rumah.

Langkahnya terhenti apabila dia terdengar suara seseorang. Zameera menajamkan pendengarannya.

"Sampai bila Zam?" soal seseorang.

"Aku taktahu." kedengaran suara Zameer menjawab persoalan orang itu.

"Kau tahukan bos aku dah lama nak dia?" soal orang itu lagi. Zameera berkerut kening. Siapa 'dia' yang dimaksudkan oleh orang itu?

"Aku tahu. Tapi dia dah lama hilang. Aku tak tahu dia pergi mana. Dah lama aku tak jumpa dia." jawab Zameer. Zameera cuba untuk mencuri pandang. Kelihatan ada 3 orang lelaki asing sedang berdiri di hadapan Zameer. Kelibat ibunya tidak kelihatan.

"Hilang kau cakap? Dia ada lah! Kau yang bodoh! Kau tak cari dia sampai dapat!" Lelaki itu terus menumbuk wajah Zameer sehingga Zameer terdorong ke belakang.

"Aku tak tahu! Aku tak jumpa dia!" tempik Zameer. Nafas Zameer mula naik turun menahan marah.

"Kalau aku dapat tahu kau jumpa dia, nahas kau!" ujar lelaki itu lalu terus melangkah keluar meninggalkan perkarangan rumah. Zameer hanya memerhatikan mereka sehingga mereka beredar.

"Haih..." Zameer mengeluh kecil lalu dia terus melangkah menuju ke dapur. Langkahnya terhenti apabila dia ternampak kelibat seseorang. Zameer melangkah perlahan-lahan mendekati ke sisi rumah.

Dengan pantas, Zameer menyelak langsir. Tiada sesiapa. Zameer memandang ke kiri dan kanan lalu terus menyambung langkah menuju ke dapur kembali. Peti sejuk di buka lalu paket ais di ambil. Perlahan-lahan Zameer menuam pipinya yang di tumbuk sebentar tadi. Peti sejuk di tutup semula.

Zameer menjadi kaku apabila ada satu kertas di tampal di peti sejuk. Zameer mencabut kertas tersebut lalu dibuka.

Sampai satu masa, aku akan munculkan diri. Jaga diri.

- Z -

Zameer berkerut kening apabila membaca isi kertas itu. Kepala menoleh memandang belakang rumah. Zameer terus berlari anak menuju ke luar rumah.

Sebuah superbike yang berada di hadapan rumah di pandang. Zameer memandang orang itu dan orang itu juga turut memandangnya. Belum sempat Zameer mendekatkan diri dengan lebih rapat, orang itu terus memecut laju meninggalkan perkarangan rumahnya.

"Woi!" jerit Zameer. Namun perbuatannya sia-sia. Zameer mengeluh.

"Zam?" panggil Puan Zahidah. Zameer terus menoleh memandang ibunya.

"Kenapa ni? Zam okay ke? Diorang pukul Zam?" soal Puan Zahidah bertubi-tubi. Zameer mendekati ibunya. Bahu ibunya diusap lembut.

"Tak apa ibu Zam okay. Ibu okay ke? Diorang ada kacau ibu ke?" soal Zameer. Puan Zahidah menggeleng perlahan. Wajah anaknya diusap lembut. Zameer berdecit kecil apabila tangan ibunya terkena kesan tumbukan itu.

"Ya tuhan, dah jom masuk ibu sapu ubat." ujar Puan Zahidah seraya menarik tangan Zameer. Zameer hanya menuruti.

Sedang Puan Zahidah ralit menyapu ubat di wajahnya, fikiran Zameer jauh melayang memikirkan orang tadi. Motor itu kelihatan familiar. Zameer mengeluh perlahan.

Pesanan itu dari orang itukah?

Siapakah dia?

Siapa Z?

"Zam!" sergah Puan Zahidah. Lamunan Zameer terus terhenti. Zameer memandang wajah ibunya bingung.

"Kenapa ni? Ada masalah ke?" soal Puan Zahidah. Zameer tersenyum kecil.

"Tak ada apalah ibu, Zam okay je." jawab Zameer. Puan Zahidah memincing mata memandang Zameer. Zameer tertawa kecil.

"Zam tak tipu betul!" jelas Zameer bersungguh-sungguh. Puan Zahidah mengeluh kecil. Zameer tersenyum nipis.

Biarlah hal ini hanya dia sahaja yang tahu. Dia harus siasat perkara ini. Dia yakin, orang itu pasti ada tujuan.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now