41

3.3K 311 20
                                    

Zameera perlahan-lahan berjalan ke tepi tebing. Nafas ditarik dalam-dalam bagi menghirup udara segar. Pandangan diarahkan kepada laut yang asyik menghempas tebing. Telefon pintar ditarik keluar dari dalam poket seluar.

Nombor Zameer di dail.

"Helo assalamualaikum," sapa Zameera sebaik sahaja panggilan di angkat.

"Waalaikumussalam kak! Kau okey ke? Ada apa-apa berlaku ke? Kau selamat kan?" soal Zameer betubi-tubi sebaik sahaja dia mengangkat panggilan. Zameera terus tertawa kecil.

"Aku okey je lah. Kau jangan risau, aku tahu jaga diri." jelas Zameera tenang. Dapat dia dengar Zameer mengeluh perlahan.

"Alhamdulilah kau okey. Ibu dekat sini risau sangat pasal kau kak. Aku pun." jelas Zameer. Zameera hanya mampu tersenyum kecil.

"Ibu mana? Sihat?" soal Zameera.

"Ibu okey je. Sihat alhamdulilah. Cuma tu lah, dia tak habis-habis tanya pasal kau," balas Zameer. Zameera tertawa kecil.

"Kau nak cakap dengan ibu ke? Aku panggil sekejap." ujar Zameer.

"Eh tak payah! Biarlah ibu rehat. Nanti kau sampaikan salam pada ibu. Cakap dengan dia, jaga kesihatan. Jangan risaukan pasal aku sangat. Aku okey," jelas Zameera panjang lebar. Zameer hanya mengiyakan sahaja.

"Aku dah kena pergi. Nanti aku call lagi. Bye, kirim salam pada ibu, assalamualaikum." ujar Zameera lalu panggilan terus ditamatkan. Skrin telefon dipandang seketika lalu Zameera tersenyum kecil.

Zameera terus berjalan menuju ke kereta yang telah disediakan.

"Mansion 3." arah Zameera pada Lucifer. Lucifer hanya mengangguk faham lalu dia terus memandu menuju ke tempat yang diarahkan oleh Zameera.

Sampai sahaja di mansion 3, dia disambut baik oleh Nicole. Lelaki yang ditugaskan untuk mengawal mansion 3.

"Welcome Miss," sapa Nicole ramah. Zameera hanya mengangguk perlahan. Setiap anak buah yang sedang tekun berlatih dipandang seketika.

"Is everything okay here?" soal Zameera dingin.

"Yes, everything is okay. We don't have any problem over here." jelas Nicole tenang.

"What about the weapons?" soal Zameera lalu pandangan dialihkan kepada Nicole.

"Like just what I said, everything is okay. Everything is fine." jelas Nicole. Zameera mengangguk perlahan.

"Good." balas Zameera pendek. Dia terus melangkah masuk ke dalam. Bilik senjata dituju.

Walaupun Nicole sudah menyatakan semuanya baik-baik sahaja, dia perlu melakukan pemeriksaan terhadap semua senjata agar tidak mengalami sebarang kerosakkan dan bekalan senjata mencukupi.

"Miss!" panggil Lucifer kuat. Zameera dan Nicole terus menoleh memandang Lucifer laju. Wajah Lucifer nampak cemas.

"What's wrong?" soal Zameera kepada Lucifer. Lucifer menelan air liurnya payah.

"Our main mansion... has been bombed." jelas Lucifer. Mata Zameera terus terbuntang luas. Dia terus berjalan laju melepasi Lucifer. Lucifer dan Nicole pantas mengikuti langkah Zameera.

Lucifer terus masuk ke dalam perut kereta begitu juga dengan Zameera. Sekumpulan kenderaan mengiringi mereka sepanjang perjalanan.

"How did you know?" soal Zameera kepada Lucifer.

"Narnia called me. She said someone tried to kill Zeke." jelas Lucifer. Zameera mengeluh perlahan. Detak jantungnya semakin laju. Dia menjadi semakin resah dan gelisah apabila memikirkan tentang Zeke.

Sampai sahaja di mansion utama, Zameera terus keluar dari perut kereta. Keadaan mansion ketika ini sangat teruk dan kelam-kabut. Zameera terus mencari sosok tubuh Narnia.

"Narnia!" panggil Zameera kuat. Narnia yang sedang di rawat itu terus menoleh memandang Zameera.

"Meera!" laung Narnia.

"Are you okay? Where's Zeke?" soal Zameera sebaik sahaja dia mendapatkan Narnia.

"Yes I'm okay. Zeke...," Narnia berjeda. Di saat Zameera ingin menyatakan soalan, terdapat sebuah katil yang ditolak oleh beberapa orang nurse. Zameera bertindak menahan nurse itu.

Kain putih yang meliputi tubuh itu dibuka perlahan-lahan. Terketar tangan Zameera memandang wajah di katil tersebut.

Narnia di sebelah sudah mengalirkan air matanya. Zameera mengalihkan pandangannya ke arah berlainan. Bibirnya diketap kuat kemudian dia menekup wajahnya.

Narnia bertindak memeluk tubuh Zameera. Zameera terus menghamburkan tangisannya di bahu Narnia. Tangisannya semakin lama semakin kuat. Narnia mengusap belakang tubuh Zameera perlahan.

Nurse-nurse itu terus menyambung menolak katil itu menuju ke ambulance.

Zameera memandang ambulance itu sepi sehinggalah ambulance itu beredar.

Terdapat beberapa anak buahnya terkorban dalam kemalangan ini.

Pada sebelah petang, mereka semua berkumpul di tanah perkuburan (kristian) bagi memberi penghormatan buat kali terakhir kepada Zeke.

Batu yang disimen dan dimozekkan yang terukir nama Zeke Razious itu dipandang sepi oleh berpuluh-puluh orang di mana merupakan ahli anggota ZR It Mafia.

Zeke Razious
1940-2021
R.I.P

Zameera memandang makam Zeke sepi lalu perlahan-lahan dia melutut. Bunga mawar merah yang segar diletakkan di atas makam Zeke.

"I love you, dad." gumam Zameera perlahan. Air matanya terus mengalir ke pipi.

[C] Bodyguard's GirlTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang