7

5K 471 23
                                    

Kereta diparkirkan di hadapan pintu sebuah bangunan. Radzif terus keluar meninggalkan Zameera di dalam kereta. Zameera menggeleng kecil.

Zameera terus keluar dari perut kereta dan kunci kereta di serahkan kepada security guard di situ. Zameera melangkah masuk ke dalam lobi bangunan itu. Sosok tubuh Radzif dicari.

"Kurang ajar betul! Dia tinggalkan aku?" gumam Zameera. Zameera mengeluh perlahan lalu langkah diatur ke kaunter pertanyaan.

"Excuse me?" sapa Zameera. Wanita itu terus memandang wajah Zameera. Zameera perasan yang wanita ini memandangnya atas bawah.

"Yes? What can i help you?" soal wanita itu acuh tidak acuh. Zameera menahan geram.

"Office Zay tingkat berapa?" soal Zameera. Wanita ini terus berkerut kening.

"Who's Zay?" soal wanita itu kembali. Zameera berkerut kening. Zameera terdiam seketika sebelum dia terangguk kecil.

Lupa pula orang di sini tidak memanggil nama lelaki itu 'Zay'.

"Sorry, I mean Radzif." jelas Zameera tanpa riak. Wanita itu memincing sedikit matanya ke arah Zameera.

"Who are you? Ada buat appointment dengan bos ke?" soal wanita itu lagi. Zameera mengeluh perlahan.

Sudahlah dia ni susah mahu bergaul dengan orang. Perempuan ni pula banyak soal. Stress betul lah

"Saya-"

"I nak jumpa Radzif, dia ada tak?" celah seorang wanita tiba-tiba. Zameera terus menoleh ke sebelah memandang wanita itu.

'Dahlah tak bagi salam, lepas tu main pakai terjah je. Aku nak cakap pun tergantung.' kutuk Zameera dalam hati.

Pakaian wanita ini ditilik Zameera. Seksi dan menyeksakan. Ni ke taste mamat tu?

"Saya nak jumpa Zay- no, I mean Radzif." celah Zameera. Wanita itu terus memandang Zameera.

"You ni siapa? Kenapa cari boyfriend I?" soal wanita itu. Zameera memandang wanita itu sekilas dan soalan wanita itu dibiar terbang berjauhan.

"Tingkat berapa?" soal Zameera kepada pekerja wanita itu. Baru sahaja wanita itu hendak membuka suara, ada satu suara mencelah. Zameera terus menoleh memandang suara itu.

"Apa yang lambat sangat kau naik ni!" jerkah Radzif kuat. Hampir seluruh lobi itu bergegar akibat jerkahan Radzif. Mukanya tegang sahaja. Namun Zameera sikit pun tidak gentar.

"Baby...," panggil wanita berpakaian neraka itu. Wajah Radzif yang tadi kelihatan tegang itu terus lembut bak kain kafan.

"Eh you buat apa kat sini?" soal Radzif lembut kepada wanita itu. Wanita itu terus mendekati Radzif dengan langkah catwalk tak jadi.

Zameera hanya menggulingkan anak matanya ke atas. Sakit pula matanya tengok drama murahan ni.

"I rindu you tu yang I datang." jelas wanita itu. Lengan Radzif terus dipeluk oleh wanita itu. Zameera menggaru dahinya sendiri.

"Kau tunggu apa lagi? Naiklah!" tempik Radzif lalu terus meninggalkan Zameera di belakang.

Walaupun Zameera rasa macam nak baling je kerusi dekat kepala Radzif ni, langkah diatur juga mengikuti Radzif dari belakang.

Dapat pula dia naik satu lif dengan dua pasangan tak sejoli ni. Memang menyakitkan mata sungguh. Panas je rasa dalam lif ni. Macam neraka.

Apabila sampai di tingkat 8, mereka bertiga terus keluar dari perut lif menuju ke satu bilik iaitu pejabat Radzif.

Zameera tidak mengikuti mereka. Dia terus menuju ke satu tempat menunggu di situ. Memang taklah dia nak ikut Radzif. Dalam lif tadi geli geleman je rasa.

Zameera terus mengeluarkan smartphone nya lalu dia leka dalam dunianya sendiri.

"Hai," sapa seseorang. Zameera terus mengangkat kepala memandang wajah itu. Kening dikerut sedikit.

"Nama I iqram. Pekerja baru ke?" soal Iqram ramah. Iqram terus duduk bersebelahan dengan Zameera tanpa meminta kebenaran. Zameera mengetap giginya kuat.

"Tak." balas Zameera tanpa nada. Iqram memandang penampilan Zameera dari hujung kepala sehingga la hujung kaki. Siap terteleng sekali kepala dia.

"Habis tu you ni siapa? I tak pernah nampak pun you datang sini sebelum ni." jelas Iqram. Zameera mengeluh perlahan.

'Banyak soal pulak mamat ni' getus Zameera dalam hati.

"Aku-"

"Dia bodyguard aku." celah Radzif tiba-tiba.

Kenapa?

Kenapa setiap kali aku nak bercakap mesti ada orang potong?

"Hah? Kau seriuslah?" soal Iqram tidak percaya. Matanya memandang Zameera dan Radzif silih ganti.

"Woah you gotta be kidding bruh. Takkan la perempuan secantik ni jadi bodyguard? Nonsense weh." ujar Iqram tidak percaya. Radzif mengeluh perlahan.

"Lantak kau la nak percaya ke tak. Ni kau datang sini nak apa?" soal Radzif terus terang. Malas nak soal banyak-banyak kerja berlambak dekat atas meja.

"Takde apa saja bosan. Takde kerja kan? Aku sajalah datang sini lepak," jelas Iqram santai.

"Tak tahu pula kau simpan awek." sambungnya lagi. Zameera di sebelahnya di pandang dengan senyuman nakal.

Radzif mengguling anak matanya ke atas lalu dia berpeluk tubuh. Wajah Zameera dan Iqram di pandang. Kedudukan mereka agak rapat.

"Mampus kau la nak buat apa pun. Aku ada kerja ciao." ujar Radzif lalu terus dia melangkah masuk kembali ke dalam bilik pejabatnya. Sebenarnya niat dia tadi nak jenguk Zameera sahaja. Lepas sahaja dia masuk ke dalam pejabat, Zameera tidak ada di belakang. Terus dia menghalau perempuan tadi lalu dia melangkah keluar mencari Zameera.

Tahu tahu dengan si Iqram. Panaslah juga hati ni tapi disabarkan sahaja.

Radzif terus melabuhkan punggung di atas kerusinya lalu kerja yang menimbun di atas meja dicapai lalu dia melakukan tugasnya. Sesekali matanya memandang ke arah Iqram dan Zameera di luar.

"Amboi... rancak berborak. Siap gelak tawa lagi. Dengan aku kau macam batu, dengan Iqram siap boleh minum sama-sama. Perempuan." omel Radzif seorang diri. Mata dipincing sedikit memandang ke arah mereka berdua.

Zameera yang sedang tersenyum tawar dengan lawak bodoh si Iqram itu terasa seperti di perhatikan oleh seseorang. Terus dia memandang ke arah tersebut.

Radzif yang sedang tekun membuat kerja itu dipandang. Alahai acah betul. Tahulah dah kantoi pandang senyap-senyap.

Zameera terus tersenyum. Senyuman yang sukar ditafsirkan.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now