31

3.5K 301 2
                                    

"Malam ni ibu masakkan makanan kegemaran Meera. Marilah duduk makan. Meera dah lama tak makan masakan ibu kan?" ujar Puan Zahidah. Zameera mengangguk seraya tersenyum. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi.

"Zam! Mari turun makan!" laung Puan Zahidah kuat. Selang beberapa minit, sosok tubuh Zameer kelihatan.

"Eh kamu nak kemana ni Zam?" soal Puan Zahidah. Zameera terus menoleh memandang Zameer yang lengkap berpakaian segak.

"Keluar la ibu. Tak nak Zam makan dengan orang luar. Baik Zam makan dekat luar. Ha kan dah jadi pantun." balas Zameer. Zameera berkerut kening.

Apa kena dengan adiknya ini?

"Zam..., tak baik cakap macam tu. Ni kakak kamu Zam." jelas Puan Zahidah. Zameer tertawa sinis.

"Kakak? Ibu sendiri cakap kakak dah mati kan? Ni depan mata ibu ni. Apa ni? Roh kakak? Heh..." balas Zameer sambil tertawa sinis dan menggeleng.

Baru sahaja Puan Zahidah ingin membalas, Zameera menghalang. Zameera terus melangkah mendekati Zameer.

"Apa-apa? Tak puas hati? Nak gaduh?" soal Zameer bertubi-tubi. Zameera terus melepaskan tawa kecil.

Zameer berkerut kening.

"Eh kau ni dah kenapa? Gila?" soal Zameer lagi. Zameera mengurut dahi pelipisnya perlahan sambil tertawa kecil.

"Haih... Baik kau duduk sekarang." dengan sekelip mata, riak wajah Zameera bertukar dingin. Zameer terus terkedu.

"Tunggu apa lagi pergi la sana." arah Zameera dengan suara dikeraskan sedikit. Zameer terus berjalan menuju ke meja makan. Punggung terus dilabuhkan. Zameera tersenyum sinis.

"Ha duduk. Meera makan la ya. Ambil je. Lama dah kan tak makan masakan ibu?" ujar Puan Zahidah. Zameera hanya memberikan senyuman manis.

"Ibu, ayah mana?" soal Zameera tiba-tiba. Puan Zahidah yang tadi tersenyum itu terus mati senyumannya. Perlahan-lahan Puan Zahidah menunduk.

"Ibu... Ayah mana? Meera tak nampak ayah pun. Ayah kerja ya?" soal Zameera lagi. Zameer tertawa sinis. Zameera menoleh memandang Zameer.

"Heh... Mana mungkin orang dah mati pergi kerja?" selamba Zameer berkata. Zameera berkerut kening.

"Apa kau cakap ni Zam?" soal Zameera. Zameer hanya tertawa sinis seraya menggeleng.

"Apa? Betul la apa yang aku cakap. Orang dah mati mana pergi kerja." jelas Zameer. Puan Zahidah terus memukul lengan Zameer perlahan. Zameer memandang Puan Zahidah bingung.

"Ibu, apa yang Zam cakap ni? Ayah pergi kerja mati? Apa ni? Meera tak faham la ibu." soal Zameera bertubi-tubi.

"Itulah kau, sekolah sampai tingkatan 2 je mana nak faham." celah Zameer.

"Zameer Rezyan! Kenapa kurang ajar sangat ni? Jaga mulut kamu tu!" marah Puan Zahidah. Zameer terus menoleh memandang Puan Zahidah lalu terus beredar dari meja makan menuju ke tingkat atas iaitu biliknya.

Puan Zahidah melepaskan keluhan berat.

"Ibu, Meera minta maaf sebab Meera ibu dengan Zam bergaduh." ujar Zameera dengan nada serba salah. Puan Zahidah terus menoleh memandang Zameera. Senyuman manis dilemparkan kepada Zameera.

"Tak apa bukan salah Meera. Hari ni Meera tidur sini ya?" ujar Puan Zahidah. Zameera hanya membalas dengan senyuman seraya mengangguk perlahan.

-----------------------------------------------------------------

Jari Zameer tidak henti menekan papan kekunci komputer ribanya. Matanya mengerling ke arah jam dinding. Terbuntang mata Zameer apabila jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dari pukul 8:45 malam tadi dia berada di dalam bilik. Rasanya baru 1 jam dia berada di dalam bilik ini.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now