33

3.6K 301 24
                                    

Oleh kerana permintaan Zameer, Zameera duduk satu meja dengan mereka. Radzif hanya ikutkan sahaja kehendak Zameer.

Mereka bertiga hanya berbual kosong sahaja. Tapi kali ini, Zameera lebih banyak berbual dengan Zameer. Radzif hanya mampu memerhati.

Sesekali Radzif berkerut dahi.

Keakraban Zameera dan Zameer sangat mencurigakan. Tidak ada rasa janggal dan malu. Bagai adik-beradik. Radzif menggigit kecil bawah bibirnya.

"Ehem! Hem..." Radzif berdehem membuatkan Zameer dan Zameera menoleh memandang Radzif.

"Korang ni... Ada apa-apa ke?" soal Radzif kepada mereka berdua. Zameera dan Zameer memandang sesama sendiri.

"Apa... Apa?" soal Zameer tidak mengerti.

Radzif memincing mata memandang mereka berdua. Kemudian Radzif menggeleng.

"Tak ada apalah." ujar Radzif. Zameera hanya mengangkat kening kanannya tanda tidak mengerti. Zameera dan Zameer memandang sesama sendiri lalu mereka terus sambung berbual bagai tiada apa berlaku. Radzif terkedu.

'Aih... Centu je?' getus Radzif dalam hati. Sepanjang mereka berada di restoran itu, Zameera hanya berbual dengan Zameer sahaja. Radzif bagaikan tunggul. Hanya memerhatikan mereka berdua berbual dan bergurau senda.

Radzif menikam wajah Zameer tajam di saat Zameer sedang leka bergelak-tawa lalu tangan Zameer naik menepuk lengan Zameera. Dan respon Zameera mengejutkan Radzif.

Zameera hanya tergelak.

Radzif memandang mereka berdua dengan riak muka tidak puas hati. Makanan dihadapannya dikuis menggunakan sudu namun matanya tidak lekang memandang Zameera dan Zameer yang dari tadi tidak henti bergurau.

Tidak cukup di restoran, Zameera dan Zameer masih bergelak tawa sepanjang perjalanan pulang ke pejabat kembali.

Radzif hanya mendiamkan diri.

"Eh Zay, kau okey tak ni? Senyap je." tegur Zameer tiba-tiba. Zameera yang sedang memandu itu mengerling memandang Radzif di belakang menggunakan cermin pandang belakang kereta. Radzif dan Zameera bertentang mata buat seketika lalu Radzif memandang Zameer.

"Aku? Okey je kenapa?" soal Radzif kembali. Zameer hanya mengangguk perlahan tanda faham. Lalu mereka bertiga hanyut di dalam diri mereka sendiri.

'Memang lepas ni aku takkan ajak kau lunch lagi la Zam.' getus Radzif di dalam hati. Tangannya digenggam kuat.

-----------------------------------------------------------------

Mereka bertiga terus keluar dari perut kereta masuk ke dalam bangunan. Zameer sempat berjabat tangan dengan Radzif dan berbisik kepada Zameera untuk menunggunya di rumah nanti. Zameera hanya mengangguk faham.

Radzif dan Zameera terus memasuki ke dalam perut lif.

Saat di dalam lif, Radzif bersuara.

"Kau dengan Zameer tu ada apa-apa ke?" soal Radzif tanpa menoleh Zameera di belakang. Hanya pantulan cermin lif sahaja membantunya memandang Zameera.

"Tak." pendek sahaja Zameera membalas. Radzif mengeluh perlahan.

"Kenapa kau tak layan aku macam mana kau layan Zameer?" soal Radzif tiba-tiba. Zameera berkerut kening.

Namun di saat Zameera ingin menjawab, pintu terbuka secara automatik. Radzif terus keluar dari perut lif meninggalkan Zameera di belakang. Zameera turut mengikuti langkah Radzif.

Sampai sahaja di pejabat Radzif, Zameera bersuara.

"Apa maksud kau tadi?" soal Zameera. Radzif mencabut butang blazer nya lalu di buka dan disangkut di belakang kerusi. Radzif melabuhkan punggung di atas kerusi. Kertas kerja yang ada di atas mejanya itu dibuka dan dia melakukan tugasnya. Soalan Zameera tadi dibiarkan berterbangan.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now