42

3.4K 295 22
                                    

Zameera memandang bandar yang sesak dengan kenderaan itu sepi. Keadaan bandar yang penuh kenderaan itu bagai mencerminkan dirinya ketika ini.

Serabut,

buntu.

Dia tidak mampu berfikir dengan baik sebaik sahaja dia pulang dari makam Zeke.

Oleh kerana main mansion telah dibom, dia terpaksa menetap di mansion 2 yang terletak tidak jauh dari mansion 3 dan mansion 4.

Cuma mansion 2 terletak di tengah-tengah bandar dan lebih tersembunyi.

Sedang dia asyik memandang suasana bandar yang bingit dan sesak, tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar.

Dapat dia dengar, tombol pintu dipusing lalu pintu dibuka dari luar. Zameera tiada minat mahu memandang siapa yang datang bertemu dengannya.

"Miss," tegur Lucifer. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati Zameera.

"We need you, to lead us." pendek Lucifer berkata. Zameera mengeluh perlahan.

"If anything happen to me, I want you to take over ZR It Mafia." pesan Zeke dua hari yang lalu berlegar-legar di dalam fikirannya.

Zameera menoleh memandang Lucifer perlahan-lahan. Lucifer memandang Zameera penuh dengan harapan. Zameera terus mengalihkan pandangannya ke luar kembali.

"Fine, tell them to get ready." balas Zameera perlahan. Lucifer terus mengangguk laju lalu dia terus meninggalkan Zameera di dalam bilik tersebut.

'Aku buat semua ni, demi menuntut kematian ayah dan kau, Zeke.' getus Zameera lalu dia mencabut blazer hitam dari tubuhnya. Langkah diatur ke bilik pakaian.

Zameera membuka almari baju lalu jacket leather di bawa keluar dan dilemparkan ke kerusi. Langkah diatur menuju ke bilik senjata.

Shotgun dan beberapa pistol di bawa keluar. Zameera mengambil beg bimbit besar yang tergantung di dinding itu lalu diletakkan di atas meja. Klip beg tersebut dibuka.

Perlahan-lahan bibirnya tersenyum sumbing.

Senjata kegemarannya, rifle.

Rifle itu dikeluarkan lalu diperiksa. Setelah memastikan senjata itu baik-baik sahaja, Zameera meletakkan kembali rifle itu ke dalam beg bimbit lalu di klip.

Zameera terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Wajahnya dibasuh dengan air lalu diraup perlahan.

Tattoo di tangannya itu dipandang seketika.

Perlahan-lahan dia menyentuh tattoo rasmi yang dibuat sewaktu dia berumur 17 tahun.

Dimana setiap ahli anggota rasmi ZR It Mafia wajib memiliki tattoo rasmi ini.

Mike juga memiliki tattoo ini.

Zameera memejamkan matanya sesaat lalu dia mengeluh kecil.

"Tak habis-habis dengan Mike." omelnya perlahan. Langkah terus diatur keluar dari bilik air tersebut. Jacket leather disarung ke badannya lalu 2 shotgun disangkutkan di belakang seluarnya.

Pisau kecil disimpan disebalik kasut but nya.

Beg bimbit itu dibawa keluar dari bilik. Zameera melangkah masuk ke dalam perut lif.

Sampai sahaja di tempat berkumpul, terdapat berpuluh orang yang merupakan ahli anggota ZR It Mafia. Beg bimbit itu dihulurkan kepada Lucifer.

Zameera berdiri di tempat berucap.

"Good afternoon," sapa Zameera. Wajahnya ketat dan serius. Setiap orang yang berada di depannya dipandang tajam.

"Today, we lost someone who are really important on our team. Our enemies, started to attacked us by killed our leader, Zeke Razious," Zameera berjeda.
(Hari ini, kita telah kehilangan seseorang yang paling penting di dalam kumpulan kita. Musuh kita, mula menyerang kita dengan membunuh ketua kita, Zeke Razious,)

"Which is, my father." sambung Zameera.
(Iaitu, ayah aku.)

"So, as you guys know, Mike. He is the leader of Maxurious Mafia. He's the one, who killed my father," setiap ahli anggota mula berpandangan sesama sendiri. Ada juga yang mula berbisik kecil.
(Jadi, seperti yang kamu semua tahu, Mike. Dia ialah ketua Maxurious Mafia. Dialah, yang telah membunuh ayah aku,)

"And, the reason why I ask all of you to get ready because, today we gonna attack our real enemy. The one, who are always hiding behind the darkness."
(Dan, sebab mengapa aku menyuruh kamu semua untuk bersiap sedia kerana, hari ini kita akan menyerang musuh sebenar kita. Musuh, yang sering bersembunyi di sebalik kegelapan.)

"Our mission is, to get Mike. And bring him to me," jelas Zameera panjang lebar.
(Misi kita ialah, untuk dapatkan Mike. Dan bawa dia kepada aku.)

"Show to them, who is ZR It Mafia." sambung Zameera lalu dia terus melangkah turun dari situ.
(Tunjukkan kepada mereka, siapa sebenarnya ZR It Mafia.)

Zameera telah membahagikan mereka semua ke beberapa kumpulan. Terdapat 8 kumpulan dan setiap kumpulan itu memiliki 8 ke 13 orang.

Di dalam satu kumpulan itu, telah dipecahkan lagi kepada 3 bahagian. Di mana, setiap bahagian itu merupakan kelebihan masing-masing dalam satu kumpulan.

Mereka semua sudah mengatur strategi dan rancangan mereka sendiri kerana di dalam ZR It Mafia, mereka dilatih untuk menggunakan akal dan kekuatan mereka sendiri dalam mengatur strategi.

Tepat jam 12 malam, mereka semua sudah mula bergerak ke tempat musuh.

"Meera!" panggil Narnia di saat Zameera ingin menerobos masuk ke dalam perut kereta. Zameera terus menoleh memandang Narnia.

"Yes?" soal Zameera. Narnia terus menggenggam tangan Zameera kuat dan erat.

"Promise me, please take care of yourself." pesan Narnia. Zameera tersenyum kecil.

"I will. Don't worry." balas Zameera lalu dia melepaskan tangan Narnia. Zameera terus masuk ke dalam perut kereta dan kereta itu terus memandu keluar meninggalkan perkarangan mansion 2.

Nafas ditarik dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan. Zameera membuang pandangan ke luar.

"3, 2, 1, boom." gumam Zameera lalu mansion 2 itu terus meletup. Zameera tersenyum sinis.

"Sorry Mike." ujar Zameera seraya tersenyum sinis. iPad dibuka lalu rakaman cctv yang masih berfungsi di mansion 2 itu dipandang. Mayat Narnia yang hanya tinggal kepala itu dipandang Zameera.

"Thank you for taking good care of me." ujar Zameera lalu iPad itu dimatikan.

Hari ini, dia akan menuntut keadilan atas kematian ayah dan Zeke.

Tidak kira dengan apa cara sekalipun.

Hutang darah,

dibalas darah.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now