4

5.6K 455 4
                                    

Zameera meletakkan superbike nya di hadapan cafe. Smartphone dikeluarkan dari dalam kocek seluar. Location yang diberi Mike semalam di pandang. Alamat sudah betul. Zameera terus membuka helmetnya lalu terus turun dari superbike nya.

Kakinya melangkah masuk ke dalam cafe. Matanya meliar mencari sosok tubuh seseorang. Tiba-tiba telefonnya bergetar. Zameera terus memandang ke skrin telefon.

Mike😒

Meja 4.

Zameera terus berjalan menuju ke kaunter pembayaran.

"Excuse me, meja nombor 4?" soal Zameera kepada pekerja restoran itu. Pekerja restoran itu terus menunjukkan ke arah meja tersebut. Zameera menunduk sedikit berserta dengan senyuman kecil.

"Dato' Razif?" tegur Zameera kepada seseorang. Lelaki setengah abad itu terus menoleh memandang Zameera. Dia tersenyum nipis.

----------------------------------------------------------------

Radzif hanya bermain telefon bimbit. Suasana yang bingit itu tidak dihiraukan. Dia terlalu sibuk dengan dunianya sendiri.

"Bro!" sapa Iqram, sahabatnya. Radzif hanya mendiamkan diri tanpa membalas sapaan Iqram. Iqram berkerut dahi.

"Woi! Kau dengar tak aku panggil ni?" oleh kerana situasi yang sedikit bising itu membuatkan Iqram menjerit sedikit. Radzif masih membekukan diri. Iqram terus mengambil tempat di sebelah Radzif. Bahu Radzif ditepuk perlahan.

"Kau pahal ni?" soal Iqram prihatin. Radzif menoleh sekilas memandang Iqram lalu dia terus memandang ke arah skrin telefon semula.

"Weh kau pekak dah ke?" soal Iqram betul-betul di sebelah telinga Radzif. Radzif menjauhkan sedikit telinganya apabila Iqram mendekatkan mulutnya di telinga Radzif. Sudahlah keadaan di sini bising, boleh pulak badigol ni menjerit. Kuat pulak tu.

"Aku dengarlah!" marah Radzif sambil menggosok kecil telinganya. Iqram terus mencebik. Mulutnya terkumat-kamit mengutuk Radzif. Tak padan dengan muka dingin. Membebel macam mak nenek.

"Aku tanya kau tak jawab, aku jeritlah," jelas Iqram. Radzif menjeling tajam lalu perhatian diberikan kepada skrin telefon kembali.

"Kau okay tak ni? Stress je aku tengok." sambung Iqram. Radzif hanya melepaskan keluhan kecil.

"Entahlah, aku takde mood." balas Radzif acuh tak acuh. Iqram mengangkat kedua kening tanda tidak mengerti.

Baru sahaja Radzif ingin membuka mulut, tiba-tiba telefonnya berdering. Nama yang tertera di skrin telefon itu dipandang. Radzif melepaskan keluhan berat. Bala, bala...

Radzif menjawab panggilan tersebut.

"Hello," jawab Radzif.

"I want to meet you right now." jelas Dato' Razif tegas. Radzif terus berkerut kening. Pelik pula nadanya.

"Why? Zay busy pa." tipu Radzif.

"Zay jangan nak tipu papa. I'll give you 30 minutes, kalau Zay tak sampai juga, jangan harap gelaran CEO akan turun pada Zay." jelas Dato' Razif lalu panggilan ditamatkan. Radzif terus memandang skrin telefon dengan mata yang terkebil kebil.

"What the fu..." carut Radzif dengan wajah tidak percaya. Iqram memandang Radzif dengan wajah berkerut kening seribu.

"Pehal kau ni?" soal Iqram. Radzif terus menoleh memandang Iqram.

"Papa aku ugut aku bro! Dia kata kalau aku tak-" Radzif terdiam sejenak. Iqram mengangkat kedua keningnya. Menunggu penjelasan Radzif.

Radzif terus memandang ke arah jam tangannya. Dengan kelam kabut, Radzif terus mencapai kunci kereta dan terus bangun dari duduknya menuju ke pintu keluar. Iqram jelas terkejut dengan tindakan Radzif yang kelihatan kelam kabut.

"Woi woi!! Kau tak bagitahu lagi!" jerit Iqram. Radzif hanya mengangkat tangan tanpa menoleh ke arah Iqram. Iqram menggeleng perlahan. Air di atas meja dicapai dan diminum.

[C] Bodyguard's GirlΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα