15

4.3K 374 8
                                    

Tok tok tok...

"Ya kejap!" ujar Radzif dari dalam bilik hotelnya. Zameera mengeluh perlahan lalu berpeluk tubuh.

"Punya lah bual ketuk pintu bilik aku, alih-alih aku yang ketuk pintu bilik dia." omel Zameera seorang diri. Setelah hampir 5 minit menunggu, akhirnya Radzif membuka pintu bilik dari dalam. Zameera hanya memerhatikan Radzif yang keluar dari biliknya.

"Dah cepat lah tunggu apa lagi?" soal Radzif lalu meninggalkan Zameera. Zameera tidak membalas lalu membuntuti langkah Radzif menuju ke perut lif. Butang lif ditekan oleh Radzif dan pintu lif secara automatik terbuka. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam perut lif. Pintu lif tertutup.

"Line clear." Langkah diatur mendekati pintu bilik Zameera. Kunci spare yang di ambil di kaunter pertanyaan secara senyap-senyap itu di tap kan untuk beberapa saat sebelum tombol pintu dipusing.

Kepala ditoleh memandang ke kiri dan ke kanan sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik Zameera. Pintu bilik di tutup kembali.

Matanya meliar memerhatikan setiap sisi bilik. Tuala yang masih basah tersidai di tepi katil itu dicapai lalu di hidu. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman sinis.

"Ahh... I miss you so much baby." gumamnya. Tuala disidaikan kembali lalu kaki melangkah mendekati almari baju. Daun pintu almari dibuka lalu setiap baju di dalam almari itu ditilik dan di sentuh satu persatu. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman sinis.

Daun pintu almari ditutup kembali lalu kaki melangkah menuju ke katil. Tubuh dihempaskan ke atas katil. Mata dipejamkan seketika.

Zzz...

Telefon pintar dikeluarkan lalu mesej di baca dari notification. Skrin telefon digesekkan ke atas lalu mesej dibuka. Pesanan ditaip dan dihantar. Senyuman misteri terukir.

"Let the game began." omelnya lalu terus bangun dari katil. Sekuntum mawar hitam diletakkan di atas katil lalu kaki melangkah keluar dari bilik Zameera. Sempat dia mengenyit mata ke arah katil tersebut lalu pintu bilik ditutup.

-----------------------------------------------------------------

"Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan syarikat kami." ujar Radzif sambil tersenyum manis. Tangan dihulur lalu disambut baik oleh client nya. Zameera yang berada di meja lain dipandang sekilas. Setelah client nya beredar, Radzif terus melangkah mendekati Zameera yang kelihatan seperti sedang berjaga-jaga. Kerusi di hadapan Zameera di tarik lalu punggung dilabuhkan.

"Kau apahal ni dah macam orang mati laki je aku tengok?" tegur Radzif sebaik sahaja duduk di hadapan Zameera. Zameera memandang Radzif sekilas lalu pandangan ditundukkan memandang air nya. Air fresh orange di sedut perlahan lalu dikacau.

"Zay," panggil Zameera. Radzif yang sedang leka menyusun kertas kerjanya hanya memandang sekilas.

"Kalau ada apa-apa jadi, aku minta tolong dengan kau, jangan banyak tanya." ujar Zameera. Radzif terus memandang Zameera dengan mata terkebil-kebil.

"Er... Ha?" soal Radzif tidak mengerti. Baru sahaja Zameera ingin membuka mulut, tiba-tiba terdengar seperti satu tembakan dilepaskan. Zameera terus menoleh laju memandang ke arah bunyi tersebut lalu memandang Radzif kembali. Wajah Radzif jelas tampak terkejut dan bingung.

"Zay, gerak jom!" jelas Zameera lalu terus berjalan keluar dari kedai tersebut. Radzif tidak banyak tanya terus mengikuti langkah Zameera. Langkah diatur menuju ke kereta mereka.

"Zay, drive." arah Zameera. Radzif hanya menuruti arahan Zameera bagai lembu dicucuk hidung. Enjin kereta dihidupkan lalu Radzif terus memandu laju meninggalkan perkarangan kedai tersebut.

"S-siapa... Kejar kita?" soal Radzif gugup.

"Jangan banyak tanya kalau kau tak nak mati," balas Zameera. Radzif menelan air liurnya dengan payah. Kereta dipandu laju.

"Masuk kiri." arah Zameera. Radzif tidak membantah dan hanya menuruti arahan Zameera. Zameera memandang cermin sisi di bahagian penumpang sebelah kanan. Mata dipincing sedikit. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman kecil. Sudah dia agak situasi ini bakal berlaku.

Zameera terus mencapai beg yang dibawa dari hotel lalu zip beg tersebut dibuka. Senyuman lebar terukir.

"Jangan berhenti selagi aku tak suruh kau berhenti." jelas Zameera. Rifle dikeluarkan dari dalam beg tersebut lalu peluru diisi. Radzif tergamam memandang Zameera.

"Pandang depan, aku tak nak mati dekat sini." ujar Zameera. Radzif terus memandang ke jalan raya. Tangannya menggeletar memegang stereng kereta.

"K-kau... Nak buat apa dengan pistol tu?" soal Radzif gugup. Zameera hanya tersenyum kecil lalu tingkap kereta dibuka. Separuh badan dikeluarkan lalu picu rifle diacukan ke arah kereta yang berada di belakangnya. Zameera menekan picu pistol dan menembak tayar kedua-dua kereta tersebut dan sasarannya tepat. Tayar kereta tersebut bocor dan kereta tersebut bertembung dengan kereta lagi satu lalu meletup. Zameera tersenyum sinis lalu badan dimasukkan kembali ke dalam kereta. Tingkap kereta dinaikkan kembali.

"Pergi hotel." arah Zameera. Radzif hanya mengangguk laju. Zameera tertawa sinis melihat respon Radzif. Rifle disimpan kembali ke dalam beg tersebut lalu di zip.

-----------------------------------------------------------------

Mereka berdua terus keluar dari perut lif menuju ke bilik masing-masing. Selepas kejadian tadi, Radzif tidak mengeluarkan sedikit pun suaranya.

Zameera memusingkan tombol pintu lalu kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup kembali dan zip jaket kulitnya di tarik ke bawah. Jaket kulit dicabut dari tubuhnya lalu di campak ke tepi.

Baru sahaja kaki ingin melangkah mendekati katil, langkahnya kaku di tepi katil. Matanya tertancap pada sekuntum mawar hitam yang berada di atas katilnya.

Zameera mendekati katilnya perlahan-lahan lalu mawar hitam tersebut di ambil. Mawar hitam itu ditilik. Matanya meliar memerhatikan biliknya.

'Who are you...?' getus Zameera lalu mawar hitam tersebut di bawa masuk ke dalam bilik air. Pemetik api di keluarkan dari kocek jaket kulitnya lalu mawar hitam tersebut dibakar dan dibiarkan di singki. Zameera hanya memerhatikan mawar hitam tersebut sehingga menjadi debu.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now