45

3.5K 274 12
                                    

Radzif membuka matanya perlahan-lahan. Mukanya sedikit berkerut kerana menahan sakit dan denyutan di belakang kepalanya.

Matanya meliar memandang sekeliling.

Radzif cuba menggerakkan kedua tangannya namun gagal kerana kedua tangan dan kakinya diikat kuat.

"A-apa... apa benda ni?" gumamnya perlahan. Dia kembali memandang sekeliling.

Kini dia berada di sebuah bilik kosong. Terdapat dua orang berdiri di pintu, sebuah meja dan screen projector dihadapannya.

Radzif cuba membuka ikatan di tangan dan kakinya namun tidak berjaya.

"Hoi! Aku dekat mana ni! Lepaskan aku!" panggil Radzif kepada dua orang lelaki yang berdiri di pintu. Namun panggilannya dihiraukan oleh mereka berdua. Radzif berdecit kecil.

Tangannya masih berusaha cuba untuk membuka ikatan itu.

Namun perbuatannya terhenti apabila screen projector itu tiba-tiba menyala. Radzif terus memandang ke arah cahaya screen projector tersebut.

"Radzif Zayden," ujar orang yang sedang membelakangi Radzif di dalam skrin tersebut.

"Heh..., aku dah pernah pesan dekat kau. Jangan masuk campur. Tapi kau degil," sambung orang itu lagi.

Secara automatik, Radzif terimbas kembali saat dia mendapat panggilan misteri pada 1 bulan yang lalu. (Chapter 21)

"Apa kau nak dari aku?" soal Radzif bengang. Rahangnya mula bergerak-gerak.

"Hahahaha... sekali kau dah masuk campur, kau takkan mudah keluar. Now, you're in my trap." balas orang itu. Perlahan-lahan dia memusingkan kerusinya memandang Radzif.

"Kau..., kau yang bunuh ayah Zameera kan!" soal Radzif geram. Mike tersenyum sinis.

"Apa kau nak ha! Lepaskan aku!" arah Radzif dengan suara yang sudah naik seoktaf. Mike terus tertawa.

"Hahahaha... aku tak mahu apa-apa dari kau. Aku cuma nak main satu permainan sahaja." jelas Mike. Radzif mendengus kasar.

"Kau memang gila!" jerkah Radzif. Mike hanya tersenyum sumbing.

"Ya. Memang betul, aku gila. Aku gilakan Zameera. Kau! muncul dan hancurkan segalanya. Kau hancurkan rancangan aku untuk miliki Zameera! Aku takkan biarkan kau hidup dengan aman," tengking Mike.

"Kau berdua, buatlah apa yang kau berdua nak buat. Selamat tinggal Radzif, akan aku sampaikan salam pada Zameera." ujar Mike lalu dia terus mematikan taliannya. Radzif menggenggam tangannya kuat.

"Kau..., arghh!!" Radzif teriak kesakitan apabila tangannya ditoreh dengan pisau tajam.

Tidak cukup dengan itu, wajahnya ditumbuk berkali-kali sehingga meninggalkan kesan lebam serta luka di pipi dan bibirnya. Hidungnya sudah mengalirkan darah pekat.

Radzif memejam matanya rapat apabila tangannya sekali lagi ditoreh.

"Arghh!!!"

-----------------------------------------------------------------

Lucifer menendang kasar daun pintu itu. Setiap orang yang berada di depannya itu ditembak dan sasarannya semua tepat.

Mereka semua berlindung di sebalik dinding-dinding dan berbalas tembakan.

"Reice! Now!" arah Zameera lalu dia membalas tembakan. Hampir sahaja peluru terkena dia namun dia sempat mengelak.

"20 floor. He's on the rooftop." jelas Reice.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now