40

3.6K 331 7
                                    

Tok tok tok...!

"Meera! Are you awake?" laung Narnia dari luar. Zameera terus mencelikkan matanya.

"Yeah! I'm awake already!" balas Zameera kuat lalu dia mengeluh perlahan. Badannya sedikit lenguh akibat dia tertidur secara meniarap.

"Arghh...! Haih...," Zameera menggeliat kuat lalu dia terus bangun dari baringnya. Telefon di tepi meja itu di capai. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.

Zameera meletakkan telefonnya kembali lalu dia terus turun dari katil. Langkah diatur menuju ke bilik air.

Seusai dia mandi, dia menyarung t-shirt hitam berlengan pendek dengan seluar jeans hitam. Jacket leather hitam disarung ke tubuhnya.

Dia menyarung kasut but hitamnya lalu diikat ketat. Di sini, sudah menjadi kebiasaan bagi orang barat mengenakan kasut atau selipar di dalam rumah.

Zameera mengikat rambutnya ketat gaya ponytail. Dia mencalit sedikit pelembap bibir di bibirnya lalu bibir dikemam kecil.

Apabila dia sudah memastikan semuanya sempurna, Zameera terus melangkah keluar dari biliknya. Ruang makan dituju.

Zeke yang sudah berada di kerusi utama itu dipandang seketika. Zameera menarik nafasnya lalu di hembus perlahan.

Terasa janggal selepas sahaja dia dimaklumkan oleh Zeke semalam bahawa Zeke ialah ayah kandungnya.

Zameera melangkah perlahan lalu dia terus melabuhkan punggungnya bersahaja.

Dia cuba berlagak seperti biasa. Seorang anak buah, yang bersarapan bersama-sama dengan ketuanya.

"Good morning Zeke," sapa Zameera perlahan dan tiada nada. Zeke yang sedang enak menjamu selera itu menoleh sekilas.

"Good morning daughter," balas Zeke. Zameera memejamkan matanya sesaat.

Berderau telinganya rasa apabila mendengar Zeke memanggilnya 'daughter'. Hilang sedikit selera makannya.

Suasana ketika ini sungguh sunyi. Sudah menjadi adat bagi mereka, ketika makan jangan ada yang bersuara melainkan ianya dimulakan oleh Zeke.

Di dalam mansion ini, Zeke lah segala-galanya. Apa yang berlaku, semuanya perlu dimaklumkan oleh Zeke.

Kerana Zeke, ialah ketua dan orang paling penting di dalam ZR It Mafia.

"Meera, lepas ni jumpa aku." pesan Zeke senada kemudian dia terus beredar dari meja makan. Zameera hanya mendiamkan diri. Pemergian Zeke dipandang melalui ekor mata.

Zameera menyambung menjamu seleranya kembali. Tahulah dia apa yang dimaksudkan oleh Zeke.

Pasti Zeke mahu menyatakan strateginya bagi berdepan dengan musuh utama mereka.

Musuh yang berselindung di sebalik cahaya.

Cahaya yang di bina,

oleh mereka sendiri.

-----------------------------------------------------------------

Radzif melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Wajahnya ketat dan tidak bermaya.

"Bos," tegur PA nya sebaik sahaja Radzif melangkah masuk ke dalam bilik.

"Hari ni, bos ada appointment dengan syarikat-,"

"Cancel semua appointment hari ni. Saya tak ada mood nak jumpa orang hari ni." celah Radzif. Wanita bertudung itu terkebil-kebil memandang Radzif.

"T-tapi... appointment ni penting untuk-," wanita itu terus terdiam apabila Radzif memandangnya tajam. Bibirnya dikemam kuat.

"O-okey..." ujar wanita itu perlahan lalu dia terus keluar dari bilik Radzif. Radzif terus mengeluh perlahan.

Sudah dua hari berlalu sejak Zameera pulang ke Italy, dia seolah-olah hilang upaya untuk menjalani hidupnya seperti biasa.

Bagai ada satu perasaan menghalangnya untuk menjalani harinya dengan tenang dan sempurna. Namun, dia tidak dapat mengenal pasti perasaan yang menghalangnya itu.

Radzif meraup wajahnya perlahan.

Bayang Zameera, suara Zameera, wajah Zameera, sentiasa berlegar-legar di dalam fikirannya. Last seen Zameera dipandang.

Pukul 4 pagi.

Mungkin di sana pagi baru melabuhkan tirainya. Di sini sudah tengahari.

Radzif melempar telefonnya perlahan ke atas meja. Pandangan dibuang ke luar. Dia mengeluh perlahan.

'Is she okay?' getus Radzif.

-----------------------------------------------------------------

Zameera menumpukan perhatiannya terhadap rancangan dan strategi Zeke. Segala aturan dan perancangan Zeke, disematkan ke dalam otak dan mindanya.

"Faham?" soal Zeke. Zameera mengangguk dengan yakin.

"Good." balas Zeke. Wine anggur dihirup kecil. Zameera hanya memerhatikan pergerakan Zeke.

"Now, aku nak kau pergi ke mansion 3. Check apa yang kurang dekat sana dan arahkan mereka semua untuk bersedia. Bila-bila masa sahaja dia akan datang menyerang." jelas Zeke satu-persatu dan tegas.

Zameera hanya mengangguk perlahan. Langkah terus diatur ke pintu keluar.

"Meera," panggil Zeke. Zameera menoleh memandang Zeke.

"Aku, nak cakap sesuatu," jeda Zeke. Zameera perlahan-lahan melangkah mendekati Zeke kembali. Punggung dilabuh berhadapan dengan Zeke. Perhatian ditumpukan kepada Zeke.

"Aku takut, aku tak sempat luahkan semua ni pada kau dan ibu kau," Zeke berjeda.

"Aku, nak minta maaf,"

"Aku dah libatkan kau, aku hancurkan masa depan kau. Aku gelapkan masa depan kau. Aku, ajar kau membunuh. Aku isi kehidupan kau dengan sisi gelap. Menyeramkan. Hina. Jijik. Aku minta maaf," Zeke mengetap bibirnya kuat. Dia tertunduk. Dapat Zameera lihat, air mata Zeke menitik jatuh ke atas lantai.

"Aku, aku...," gugup Zeke. Zameera terus mengalihkan pandangannya ke arah berlainan.

Pertama kali,

dia melihat lelaki ini,

lelaki kejam ini,

menitiskan air matanya,

dengan hanya satu perkataan iaitu,

Maaf.

Dapat Zameera rasakan, Zeke benar-benar kesal atas apa yang telah dia lakukan selama ini.

"Aku, buat hidup kau sengsara. Terseksa. Ini semua salah aku. Jika aku tidak lakukan semua ini ketika dahulu, pasti kau takkan terlibat dengan semua ini." sambung Zeke. Zameera mengeluh perlahan.

Situasi apakah ini?

Apa yang dia perlu buat?

Reaksi apa yang dia perlu tunjuk?

"Ehem..., k-kau, tak perlu salahkan diri kau," balas Zameera beku dan janggal.

"Aku, tak pernah salahkan kau,"

'Ah apa yang kau cakap ni Meera!' getus Zameera di dalam hatinya.

"Ini semua adalah ketentuan takdir,"

'Oh wow! Kau bercakap pasal takdir pula sekarang ni. Bodoh kau Zameera.' kutuknya di dalam hati.

"Aku dah terima kehidupan aku. Sekarang ni, kita hanya perlu fokus dengan apa yang bakal berlaku." ujar Zameera tenang. Zeke mengangguk perlahan. Air matanya dilap.

"Thank God, kau sudah terima kehidupan kau," ujar Zeke lalu tiba-tiba dia mengeluarkan pistol dari belakang tubuhnya. Zameera terus terkaku.

"Kau jangan beritahu sesiapa tentang apa sahaja yang baru berlaku tadi. Jika aku dapat tahu, mati kau aku kerjakan." jelas Zeke berbaur amaran. Zameera terus tertawa kecil. Zeke perlahan-lahan tersenyum lalu mereka berdua tertawa bersama-sama.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now