36

3.4K 297 18
                                    

Zameera melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu keluar. Alangkah terkejutnya dia melihat matahari sudah terpacak di atas kepala.

'Dah berapa lama aku dekat dalam ni?' getusnya. Zameera menggeleng kecil lalu terus melangkah ke tempat di mana dia memarkirkan motornya kelmarin.

"Oh sh*t!" carut Zameera. Dahi ditepuk perlahan.

"Mana motor aku ni? Sial la Mike ni." sambungnya lagi. Kepala ditoleh memandang kiri dan kanan lalu dia terus melangkah pergi dari situ. Dia sudah tiada masa. Apa yang paling penting ketika ini, keselamatan ahli keluarganya.

Apabila sudah sedikit jauh dari markas Mike, Zameera berhenti. Dia bercekak pinggang lalu bawah bibir digigit kecil.

"Aku nak pergi mana ni?" omelnya sendiri. Kepala digaru perlahan. Runsing otaknya ketika ini. Dia sendiri confuse, dia yang tidak dapat berfikir dengan baik ke author. *Eh baik sikit eh -_-'*

"Aku kena minta tolong orang. Nak balik jalan kaki mungkin esok baru sampai. Tak boleh tak boleh." gumamnya lagi. Zameera menyambung langkahnya. Dia harus mencari sebuah kenderaan untuk membantunya pulang ke rumah. Kemudian, dia harus cepat-cepat pulang ke Italy. Semua ini harus diselesaikan dengan cepat. Dan story ni akan tamat.

Setelah hampir beberapa puluh minit dia berjalan, akhirnya Zameera bertemu dengan sebuah kenderaan yang kebetulan lalu disitu. Syukur, Tuhan membantunya. Zameera bertindak menahan kereta itu dan dia berjaya. Apabila tingkap diturunkan, Zameera terus terkaku.

'Oh no...' getus Zameera lalu mengeluh perlahan.

-----------------------------------------------------------------

"Ada apa kau suruh aku datang ni?" soal Radzif kepada Zameer. Zameer mengetap bibirnya perlahan. Tangannya tidak henti meletup-letupkan tulang jari.

"Eh kau okey ke tak ni? Kalau ada masalah bagitahu aku, aku boleh tolong." jelas Radzif. Zameer memandang wajah Radzif lama. Cuba mencari sinar harapan. Sinar hidayah jauh sekali. Tibernya..

'Aku minta maaf kak.' getus Zameer lalu dia terus menceritakan segalanya kepada Radzif. Sudah dia menjangka, riak Radzif terkejut dan terkaku.

"Boleh kau tolong aku? Aku dah tak tahu nak minta tolong dekat siapa. Hanya kau je yang aku boleh harap. Kau seorang je kenal kakak aku. Tolong aku weh. Ibu aku risau gila." jelas Zameer panjang lebar.

Radzif menelan air liurnya kelat. Malu sungguh. Boleh dia fikir Zameer dan Zameera tu mempunyai hubungan di belakangnya. Namun wajah Zameera dan Zameer seakan-akan tidak mempunyai pertalian darah langsung. Kerana wajah Zameera lebih kepada muka berkacukan manakala wajah Zameer jelas orang melayu. Namun masih kelihatan kacak. Cuma Radzif lebih kacak.

"A-aku... tak ada masalah untuk tolong kau. Aku akan cuba sebaik mungkin. Yang lebih penting keselamatan kau dan ibu kau. Aku call Iqram sekejap. Dia akan jaga kau dengan ibu kau dekat sini. Aku akan keluar cari Meera." jelas Radzif panjang lebar. Keselamatan ibu dan adik iparnya juga penting baginya. Eh...

Zameer mengangguk faham. Keluhan lega dilepaskan.

"Terima kasih weh. Aku terhutang budi dekat kau. Terima kasih sangat-sangat." ujar Zameer. Hampir sahaja air matanya jatuh. Radzif tersenyum ikhlas.

Telefon dikeluarkan dari dalam poket seluar lalu nombor telefon Iqram didail. Telefon pintar ditekapkan ke telinga kanan.

-----------------------------------------------------------------

"Jumpa juga kau. Cepat naik." arah Radzif. Zameera menarik nafasnya dalam-dalam lalu dia terus memasuki ke dalam perut kereta. Radzif terus memandu laju menuju ke rumah Zameera.

"Kau okey ke? Tu muka kau tu, kenapa? Nak pergi klinik tak?" soal Radzif tanpa menoleh.

"Tak payah. Aku boleh ubat sendiri." balas Zameera senada. Radzif mengeluh perlahan. Tergamak orang itu memukul wanita. Dayus sungguh.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini hah? Kenapa kau masuk campur urusan aku?" soal Zameera sedikit tegas. Radzif menoleh sekilas.

"Aku, sebagai majikan yang bertanggungjawab haruslah mengambil berat tentang pekerja-pekerjanya. Aku menjalankan tanggungjawab aku je." balas Radzif selamba. Zameera memejamkan matanya sesaat. Sedaya upaya dia cuba menahan sabar melayan kerenah Radzif.

"Sekali kau dah masuk campur, kau takkan mudah keluar." ujar Zameera perlahan. Radzif berkerut kening.

"Apa?" soal Radzif. Zameera terus menggeleng perlahan.

"Nak telefon kau." pinta Zameera. Radzif memandang Zameera sekejap lalu telefon pintarnya diberi kepada Zameera.

Zameera membuka laman web tiket penerbangan lalu penerbangan ke Italy ditempah. Mujur petang ini ada penerbangan ke Italy. Jadi dia hanya perlu pulang, mengemas baju-bajunya lalu dia akan terus terbang ke Italy demi menyelesaikan segala masalah ini.

"Bawa aku ke rumah aku." arah Zameera. Radzif memandang Zameera pelik.

"Just, go." arah Zameera lagi. Radzif terus memandu laju menuju ke apartment Zameera.

-----------------------------------------------------------------

Mike melangkah menuju ke biliknya. Wajahnya beku sahaja. Apabila dia sampai ke biliknya, dia terus membuka pintu bilik itu dengan kasar. Terbuntang matanya melihat kerusi di mana dia menggari Zameera itu kosong. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Rantai besi yang berada di atas lantai itu disentuh lalu kunci yang berada tidak jauh dari situ di ambil. Urat dikepalanya sudah mula kelihatan. Tangannya mengenggam kunci itu dengan kuat.

"Sial!! Bodoh!! Arghhh!!" jerit Mike kuat lalu kerusi itu ditendang kuat. Kunci yang digenggam kuat itu dibaling. Meja kaca yang berada di tepi itu ditumbuk kuat sehingga pecah berkecai. Tangannya mula mengalirkan darah pekat. Langkah terus diatur ke komputernya. Rakaman cctv dibuka.

Mike terus tertawa sinis. Namun tertawa sinisnya itu perlahan-perlahan terhenti. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah. Mike terus mengangkat komputer itu lalu dihempaskan ke lantai. Berkecai komputernya.

"Arghhh!! Kau tak akan dapat lari dari aku! Aku akan dapatkan kau! Kau milik aku!! Hanya aku seorang!" teriak Mike lalu komputer itu dipijak dan ditendang beberapa kali. Menggigil-gigil tangannya menahan marah. Darah yang mengalir itu dibiarkan menitik ke lantai.

"Weh Ad, kau dengar tak tu?" soal Zayn kepada Adrian. Adrian memandang Zayn dengan wajah cuak. Tak sangka, mereka melepaskan anak singa dan bukan anak ayam.

"A-aku dengar... macam mana ni?" soal Adrian kepada Zayn cemas. Zayn menggigit kukunya kecil.

"A-aku tak tahu. Bukan aku yang lepaskan dia. Kau kan? Aku tak tahu aku tak tahu." balas Zayn sambil menggeleng-geleng. Adrian terus menunding kepala Zayn. Zayn mencebik kecil.

"Ish kau ni! Kau yang suruh aku-," terdiam Adrian apabila dia dan Zayn melihat sosok tubuh Mike menuruni anak tangga dengan wajah ketat dan menyeramkan. Mereka berdua terus tertunduk saat mata Mike bertemu dengan mata mereka.

"Aku nak korang semua bersedia. Kita akan pergi Italy. Kita akan serang musuh utama kita. Aku tak nak, seorang dari korang tarik diri ataupun lari. Kalau aku dapat tahu, korang tahu apa nasib korang," jelas Mike seraya tangannya menarik tie yang terikat di leher lalu dililitkan ke tempat luka akibat tumbukannya tadi.

"Faham?" sambungnya lagi lalu memandang setiap wajah-wajah yang berada di depannya dengan pandangan maut.

"Faham Sir!" balas mereka kuat. Mike terus beredar keluar meninggalkan markasnya. Adrian dan Zayn menarik nafas lega. Syukur sir mereka tidak mengesyak apa-apa.

"Patutlah awek tu kata jangan mati, sekarang aku dah faham." bisik Zayn perlahan. Adrian terus memukul belakang kepala Zayn.

"Diamlah bodoh." arah Adrian. Zayn menggosok belakang kepalanya perlahan. Mulutnya terkumat-kamit mengutuk Adrian.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now