19

3.9K 351 0
                                    

Radzif melilitkan tualanya dipinggang. Kedua tangan ditongkatkan ke sisi singki. Rambut yang terjuntai dan masih basah dengan air itu menitik ke dalam singki. Pili air ditenung.

Mimpi yang dialaminya sebentar tadi bermain di dalam fikiran.

Hairan.

Mimpi itu seakan benar.

Adakah ianya suatu petanda?

Tapi... petanda apa?

Matanya beralih memandang ke arah pantulan cermin. Lidah menolak dalam pipi. Kepala digeleng seketika lalu rambut yang terjuntai itu ditolak ke belakang. Kaki mula melangkah keluar dari bilik air. Sosok tubuh Zameera dicari.

Tiada.

Radzif tersenyum sumbing.

Kaki melangkah mendekati almari baju. Namun langkahnya terhenti. Rak buku dipandang seketika. Radzif menyambung langkahnya mendekati rak buku. Buku yang dibelinya kelmarin ditarik keluar dari almari.

Dia membelek buku itu lalu dibawa ke almari baju. Daun pintu almari di buka lalu buku itu disimpan di celah-celah baju. Seluar grey sweatpant di tarik keluar lalu daun pintu almari di tutup kembali.

Selesai menyarung seluarnya, tuala disangkutkan ke leher lalu kaki melangkah diatur ke pintu keluar. Kakinya laju menuruni anak tangga sambil tangannya lincah mengelap rambut yang lembap.

Zameera yang sedang berdiri tegak menghadap tingkap itu dipandang seketika lalu Radzif membuat keputusan untuk mendekati Zameera.

Radzif memandang Zameera dan luar tingkap itu silih ganti. Tangannya masih tidak berhenti mengelap rambut. Sekejap di sebelah kanan, sekejap di sebelah kiri.

"Kau tengok apa ni?" soal Radzif. Zameera menoleh memandang Radzif sekilas lalu pandangan dialihkan ke luar tingkap. Soalan Radzif dibiarkan sepi.

Radzif mencebik kecil lalu kakinya melangkah meninggalkan Zameera.

Ting tong...

Radzif yang baru sahaja beberapa langkah itu terhenti apabila loceng rumahnya berbunyi. Badan dipusingkan kembali mendekati tingkap mahu mengintai siapa yang datang mengganggunya dikala dia tiada mood hendak bertemu dengan orang.

Melihat gerangan yang menekan loceng rumahnya itu membuatkan Radzif mengeluh kasar.

Zameera menoleh memandang Radzif lalu matanya turun memandang badan Radzif. Baru dia sedar, Radzif tidak mengenakan pakaian dan hanya mengenakan seluar kelabu panjang.

Disaat Radzif mahu menoleh memandangnya, Zameera dengan pantas mengalihkan pandangannya ke luar kembali.

"Aduh... Kau tolong lah cakap dekat betina tu, aku tak nak jumpa sesiapa. Jangan cakap aku sakit, cakap aku... Aku... Ah pandai-pandai lah kau cakap!" arah Radzif lalu terus beredar masuk ke dapur. Zameera hanya memandang Radzif melalui ekor mata.

Langkah diatur ke pintu keluar lalu daun pintu dibuka. Kakinya mula mendekati pagar. Ternyata, betina yang dimaksudkan oleh Radzif itu ialah Lina. Bekas teman wanitanya. Zameera memandang Lina dengan wajah yang tiada riak.

"Eh...! Apa kau buat dekat sini hah! Mana boyfriend aku!" pekik Lina. Zameera hanya menunjukkan riak kosong.

"Zay tak nak jumpa sesiapa, dia busy." tipu Zameera. Lina terus berkerut kening. Kepalanya dipanjangkan memandang ke dalam rumah.

"Heh...! Nak tipu aku konon! Aku tak bodohlah! Mana dia! Buka pintu ni!" pekik Lina lagi. Zameera memincing mata memandang Lina.

"Apa kau pandang-pandang! Aku nak Radzif! Aku tahu dia dekat dalam!" sambung Lina lagi. Pagar digoyang-goyangkan kasar.

"Oi oi oi! Aku kata dia tak ada, tak adalah." balas Zameera tenang. Lina melepaskan pagar itu dengan kasar lalu mendengus kuat. Kaki terus melangkah kembali menuju ke keretanya. Sempat dia memandang Zameera tajam sebelum tubuhnya masuk ke dalam perut kereta. Kereta dipandu laju meninggalkan perkarangan rumah Radzif.

Zameera tertawa sinis lalu kaki melangkah masuk ke dalam rumah kembali. Radzif yang sedang bersembunyi disebalik tingkap itu dipandang sebelah mata.

"Fuh...! Berhambus juga betina tu!" ujar Radzif.

"Kau dah sihat kan?" soal Zameera. Radzif memandang Zameera sekejap lalu mengangguk laju.

Zameera tidak membalas lalu helmet yang diletakkan di atas meja itu diambil. Kunci motornya di keluarkan dari kocek seluar.

"Eh eh! Kau nak pergi mana ni?" soal Radzif. Zameera mengeluh kecil lalu badan dipusing menghadap Radzif.

"Baliklah. Kau dah sihat kan? Buat apa aku duduk sini lagi?" balas Zameera tanpa nada.

"Oh..." balas Radzif pendek.

Zameera mengangkat kening sebelahnya lalu kaki diatur ke pintu keluar. Helmet disarung lalu kasut boot hitam dipakai. Kunci motor dicucuk ke motor dan enjin motor dihidupkan. Radzif hanya memerhatikan gerak geri Zameera.

Zameera menoleh Radzif sekilas disaat pintu automatik sedang terbuka lalu Zameera terus memandu keluar dari perkarangan rumah Radzif. Radzif masih setia memerhatikan Zameera sehingga bayangnya hilang. Radzif mengeluh kecil. Pintu rumah ditutup kembali lalu kaki diatur ke biliknya. Pintu biliknya dikunci.

Almari baju ditujui nya. Buku yang diselitkan olehnya itu ditarik keluar. Kulit buku itu di belek sambil kakinya melangkah ke birai katil. Katil dipanjat lalu badan disandarkan ke kepala katil. Helaian pertama dibaca.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now