20

4.2K 334 10
                                    

"Eee... Sial punya perempuan! Kau tunggu la nasib kau kau tunggu kau tunggu!" marah Lina sambil tangannya memukul-mukul stereng kereta. Keretanya diberhentikan ke tepi lalu telefon pintarnya dikeluarkan dari dalam beg tangan.

Nombor seseorang di dail.

"Hello," sapa Lina dengan suara mengendur.

"Hello, hey what's wrong?" soal orang itu di dalam panggilan. Lina menggulingkan anak matanya ke atas.

"Kau tanya aku kenapa? Perempuan tak guna tu lah! Sakit hati aku!" marah Lina.

"Hey dear, chill. Jangan marah-marah. Nanti hilang kecantikkan kau," Ujar nya di dalam panggilan. Lina hanya menjeling walaupun dia tahu ia tidak akan terlihat.

"Just chill. Let me doing my job." sambungnya lagi. Lina mengeluh kecil.

-----------------------------------------------------------------

Zameera memandu motornya dengan had kelajuan biasa. Dia hanya menikmati pemandangan di sekitar tasik yang sunyi tiada berpenghuni. Hilang sedikit rasa serabutnya apabila melihat keindahan ciptaan Tuhan.

Sedang dia asyik menikmati pemandangan, dapat dia rasakan yang dia diikuti oleh seseorang. Matanya mengerling memandang cermin sisi. Dua buah superbike sedang mengikutinya dari belakang. Zameera memincing matanya sedikit.

Had kelajuan ditambah. Dua buah motor itu juga turut menambah had kelajuan mereka. Zameera yang tidak menunggu lama itu terus memecut laju dan dua buah motor itu mula mengejarnya.

"Fvck!" maki Zameera lalu dia memecut selaju-lajunya cuba untuk meloloskan diri. Lorong kiri di ambil lalu Zameera membelok ke satu jalan. Jalan itu sungguh sunyi. Tiada sebuah rumah mahupun kereta lalu lalang di situ. Zameera menoleh memandang belakang. Dua buah motor itu masih mengejarnya.

Zameera membuat pusingan kecemasan lalu pistolnya ditarik keluar. Dua das tembakan dilepaskan. Kedua-dua tembakannya tidak mengena. Zameera menyimpan kembali pistolnya apabila kedua buah motor itu mendekati.

Dia membuat keputusan untuk berlawan tangan dan tidak menggunakan senjata. Namun dia masih perlu berhati-hati. Zameera mula turun dari motornya. Tongkat motor diturunkan. Helmet tidak dicabut dari kepala. Zip jacket kulitnya diturunkan separuh.

Dua buah motor itu juga melakukan perkara yang sama. Fahamlah mereka bahawa Zameera mahu berhadapan dengan mereka. Bagi mereka, Zameera hanyalah seorang wanita biasa yang meminati motor berkuasa tinggi.

Zameera hanya memerhatikan mereka silih ganti. Cuba mencari rentak. Dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri lalu salah seorang dari mereka maju ke hadapan. Zameera tersenyum sinis disebalik helmet yang menutupi kepalanya.

Kedua tangan di angkat parat bahu lalu jari digenggam kuat. Kepala ditundukkan sedikit. Matanya menikam tajam di sebalik helmet memandang dua orang lelaki itu.

Salah seorang lelaki itu memulakan langkahnya. Tangannya laju dihayun ke kepala Zameera lalu Zameera dengan pantas menunduk dan tangannya menumbuk pinggang lelaki itu dua kali.

Lelaki itu terbongkok kesakitan lalu terundur satu langkah kebelakang. Zameera mengambil peluang melutut perut lelaki itu tiga kali lalu kepala lelaki itu dilutut kuat.

Lelaki itu terus terbaring. Hidungnya mula mengalirkan darah pekat.

Lelaki lagi satu itu mendekati lelaki yang sedang terbaring lalu bahu lelaki itu digoyang perlahan.

Zameera tersenyum bangga di sebalik helmet.

Lelaki itu memandang Zameera tajam lalu dengan pantas dia mendekati Zameera. Tangannya laju dihayun ke kepala Zameera dan Zameera dengan pantas menunduk namun lelaki itu tiba-tiba mengubah rentaknya lalu kaki lelaki itu laju melutut kepala Zameera yang dilindungi dengan helmet.

Zameera terundur ke belakang. Helmetnya disentuh. Zameera mengeluh kecil kerana cermin visor helmet nya retak dan pecah.

Lelaki itu tersenyum sinis melihat cermin visor Zameera retak dan pecah.

Matanya menikam tajam memandang lelaki dihadapannya. Cermin visor itu ditarik kasar lalu dicampakkan ke tepi.

Lelaki itu menghayunkan kakinya menyepak pinggang Zameera dan Zameera melindungi pinggangnya dengan mengangkat kaki kiri parat pinggang.

Lelaki itu menyepak lagi sekali pinggang Zameera lalu Zameera dengan cekap menangkap kakinya lalu kaki kanan lelaki itu dibentes.

Lelaki itu terus jatuh terlentang. Zameera mengambil peluang menendang belakang badan lelaki itu dengan kuat beberapa kali.

Lelaki itu merengus kesakitan lalu kaki Zameera ditangkap dan ditarik. Zameera terjatuh dan terbaring di atas jalan. Lelaki itu bertindak menindih Zameera lalu kedua tangan Zameera dikunci. (But mama I'm in love with the criminal)

Zameera merenung mata lelaki itu tajam. Lelaki itu bertindak cuba untuk membuka klip helmet Zameera.

Zameera terus melutut bahagian tengah lelaki itu lalu lelaki itu terus terjatuh ke atas Zameera dan kedua tangan Zameera dilepaskan.

Zameera terus menolak lelaki itu dari atas badannya lalu berdiri tegak. Bajunya di betulkan. Debu-debu yang melekat di bajunya di tepuk. Matanya memandang lelaki yang sedang meringkuk kesakitan sambil memegang alat sulitnya.

Mata mereka bertentang lalu lelaki itu tersenyum sinis. Zameera mengangkat kening kanannya lalu menggulingkan anak matanya ke atas. Kaki diatur ke motornya kembali. Enjin dihidupkan.

Zameera menoleh memandang dua lelaki itu sekilas. Lelaki yang meringkuk kesakitan itu tadi sudah menukar posisi kedudukkannya dari baring ke duduk melunjur kaki kiri dan kaki kanan dinaikkan paras bahu. Bibirnya tidak lekang dari tersenyum nakal.

Zameera mengalih pandangannya kembali lalu terus memandu laju meninggalkan dua lelaki itu.

"Woi Zayn! Tolonglah aku! Yang kau pergi tengok minah tu apahal! Member tengah sakit boleh pula kau usha musuh. Bodoh betul!" marah Adrian. Zayn terus menoleh memandang Adrian. Dengan payah dia bangun dari duduknya.

"Alamak kau ni, setakat kena situ je dah bising. Aku lagi sakit tahu tak! Bahagian berharga aku di lutut. Kau tak kena kau bolehlah bising." balas Zayn lalu membantu Adrian berdiri. Adrian terus memukul kepala Zayn.

"Sakitlah bodoh. Patah hidung aku ni. Kau boleh sedap-sedap flirt eh. Ambil kesempatan lah kau ni." ujar Adrian. Zayn menggosok bahagian kepala yang dipukul oleh Adrian sebentar tadi.

"Ad," panggil Zayn. Adrian yang sedang berusaha menaiki motornya itu hanya menoleh memandang Zayn di sebelah.

"Kau tak rasa ke, awek tadi tu lawa? Aku musykil la. Kenapa kita kena lawan dengan perempuan tu? Tak expect weh dia boleh fight! Aku rasa aku crush dekat dialah." jelas Zayn panjang lebar sambil tersenyum kambing.

Adrian terus menyepak motor Zayn membuatkan Zayn hilang keseimbangan lalu hampir terjatuh.

"Apa kau ni!" marah Zayn. Adrian menjeling tajam.

"Bos suruh buat kerja, kau boleh cari crush. Kepala otak kau la." ujar Adrian lalu terus menghidupkan enjin motor dan memandu meninggalkan Zayn. Zayn tercengang.

"Weh! Tinggal macam tu je? Macamlah kau sakit sorang!" jerit Zayn lalu memandu laju mengejar Adrian yang sudah jauh ke hadapan.

[C] Bodyguard's GirlDonde viven las historias. Descúbrelo ahora