8

4.9K 440 5
                                    

Sesekali mata Radzif memandang ke arah Zameera dan Iqram. Entah kenapa mata ni degil sangat nak pandang mereka berdua sampai tak fokus nak buat kerja. Radzif menggeleng kecil lalu dia kembali menumpukan perhatian kepada kertas kerja di atas meja.

Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya diketuk. Radzif mengeluh perlahan. Baru nak fokus ada orang kacau.

"Masuk!" jerit Radzif. Dapat Radzif dengar tombol pintu di pulas. Malas nak tengok.

"Zay," panggil Zameera. Radzif terus mengangkat kepala laju memandang wajah Zameera. Riak wajah dingin dikekalkan.

"Apa?" soal Radzif tanpa nada. Zameera terus melangkah mendekati meja Radzif.

"Aku nak balik sekejap, adahal." jelas Zameera tanpa riak. Radzif terus berkerut kening.

'Bapak santai mintak balik.' gumam Radzif.

"Hal apa?" soal Radzif. Zameera berdecit kecil.

"Sejak bila kau prihatin nak ambil peduli pasal hal aku?" soal Zameera sarkastik. Radzif mengangkat keningnya sedikit.

'Seriuslah dia perli aku?' getus Radzif. Radzif berdehem kecil.

"Aku bos kau mestilah aku kena ambil tahu. Kan?" balas Radzif pedas. Zameera memincing mata memandang Radzif.

'Anjing... he's got the point.' gumam Zameera dalam hati.

"Kau tak payah sibuk pasal hal aku." balas Zameera lalu terus beredar keluar dari bilik Radzif. Radzif terbungkam dengan tindakan Zameera.

"Woi woi aku tak bagi jawapan lagi!" jerit Radzif. Namun Zameera sudah pun melangkah jauh. Radzif mengetap giginya kuat.

"Hal apa eh? Pelik sia betina ni." omel Radzif perlahan lalu dia meneruskan tugasnya.

-----------------------------------------------------------------

"Hello, kau dekat mana ni? Mana motor aku?" soal Zameera.

"Ada dekat situ, number flat ZRIT **1" jelas Mike di dalam panggilan. Zameera terus mematikan panggilan apabila dia menjumpai motor yang dinyatakan oleh Mike.

Zameera menyarung helmet ke kepala lalu sarung tangan kulit berwarna hitam itu disarungkan. Kunci yang telah sedia ada di motor tersebut dipusingkan lalu superbike itu dihidupkan.

Lokasi yang diberikan oleh Mike dikenal pasti. Zameera terus memandu dengan laju menuju ke lokasi tersebut.

Selama 30 minit memandu, Zameera memarkirkan superbike nya di hadapan sebuah villa. Alamat villa itu dibaca. Setelah memastikan alamat villa itu tepat, Zameera terus mematikan enjin motornya. Helmet dicabut lalu diletakkan di atas motor tersebut. Pistol yang sentiasa ada di belakang seluarnya itu ditarik keluar.

Setelah memastikan pistol itu berpeluru lengkap, Zameera menyimpan kembali pistol itu kebelakang seluarnya. Zameera terus turun dari motor.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Zameera mengeluh perlahan. Telefon pintarnya dikeluarkan dari dalam kocek seluar. Skrin telefon dipandang. Zameera terus meraup mukanya.

"Apa benda ni setan?" omel Zameera apabila nama yang tertera di skrin telefon itu dipandang. Mahu tidak mahu, dia harus menjawab panggilan itu.

"Woi kau kat mana ha kau tahu tak sekarang lunch hour!" jerkah Radzif sebaik sahaja panggilan dijawab. Zameera mengetap gigi.

"Aku dah cakap kan aku ada hal? Kau tak faham bahasa ke?" soal Zameera tanpa nada walaupun dalam hati ni rasa nak tembak je orang yang lalu lalang disini.

"Itu bukan hal aku... bukan hal aku itu bukan hal aku," lagu Kaka Azraff berjudul 'Bukan Hal Aku' itu di nyanyikan oleh Radzif.

"Ada aku kisah ke? Tak kan? Cepat!" sambung Radzif lalu terus mematikan panggilan. Zameera menarik nafas dengan penuh tata tertib lalu dilepaskan dengan tatasusila ha bedal.

"Ya tuhan, apa salahku?" omel Zameera lalu terus memanjat kembali (seriuslah memanjat?) motornya. Tidak lupa juga helmet disarung. Enjin motor dihidupkan. Zameera memandang villa itu sekilas

"Reminder for today Zameera, never do your job while you're working." omel Zameera lalu terus memandu laju meninggalkan perkarangan villa tersebut.

Sebaik sahaja Zameera beredar, ada sepasang mata memerhatikan dia disebalik tingkap.

Telefon pintar ditarik keluar dari poket seluar lalu nombor seseorang didail.

"Sorry Sir, dia tak jadi masuk." jelasnya lalu panggilan ditamatkan. Telefon pintar disimpan kembali ke dalam poket seluar.

Perlahan-lahan, bibirnya tersenyum sinis.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now