39

3.4K 319 40
                                    

Zameera terus menuju ke bilik kerja Zeke sebaik sahaja dia selesai makan malam. Sampai di hadapan bilik Zeke, Zameera mengetuk daun pintu Zeke 3 kali secara perlahan.

"Come in," laung Zeke dari dalam. Zameera menarik nafasnya dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan. Dia akan berasa sedikit gemuruh setiap kali ingin bertemu dengan Zeke.

Lelaki bertopengkan syaitan,

lelaki kejam,

lelaki tak guna.

Zameera hanya akan nampak sisi buruk sahaja pada Zeke.

Perlahan-lahan, Zameera memusingkan tombol pintu. Riak wajahnya tenang walhal di dalam hati, bagai mahu menangis.

Takut sungguh.

Wajah Zeke yang gerun itu menghiasi retina mata Zameera.

"Welcome back Zameera!" sapa Zeke teruja. Zameera hanya tersenyum sinis. Nampak kelakar bila syaitan sambut kedatangan kau.

"So, Narnia said kau nak jumpa aku. Why?" soal Zeke sebaik sahaja Zameera melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Zeke.

"Aku ada benda nak bagitahu kau," ujar Zameera tenang dan dingin. Zeke hanya mengangguk perlahan tanda memberi ruang kepada Zameera.

"Mike, he's the leader of MM Mafia." jelas Zameera pendek tanpa nada.

"I knew about that," balas Zeke. Zameera terus berkerut kening tanda tidak mengerti.

"Huh? What do you mean you knew about it?" soal Zameera pelik. Zeke terus tertawa sinis. Zameera memincing matanya kecil.

"Kau fikir, aku tak tahu apa yang berlaku dekat sana? Hm?" soal Zeke berbaur sindiran. Zameera terus mengalihkan pandangannya ke arah berlainan.

"Tentang kau, dan keluarga kau pun aku tahu. Konon! Mahu berdikari. Ternyata ada benda lain kau sembunyikan dari aku. Heh!" jerkah Zeke kuat. Zameera mengetap giginya kuat. Sedaya upaya dia cuba menguatkan diri.

"Baguslah jika Mike sudah mula tunjuk belang. Now, I want to show you this," Zeke mengeluarkan sebuah fail coklat dari dalam laci dan dilemparkan ke atas meja. Zameera memandang fail coklat tersebut.

"Open it," arah Zeke. Zameera memandang Zeke sekilas lalu dia mencapai fail coklat tersebut. Fail coklat itu terus dibuka dan sehelai kertas di keluarkan dari fail tersebut.

Zameera terus berkerut dahi seribu.

"DNA Test?" soal Zameera kepada Zeke pelik. Zeke hanya mengangkat keningnya sebelah. Zameera terus membaca setiap butir perkataan di kertas DNA tersebut.

Dikertas tersebut, tertera tarikh 23 June 2016, namanya dan nama Zeke. Dan result dari hasil DNA yang dilakukan itu 99.99%, Zameera anak Zeke. Zameera terus memandang Zeke dengan mata yang meluas. Jelas riak wajahnya terkejut dengan apa yang dia baca.

"Wait..., what is this? Can you please, explain to me?" soal Zameera. Tangannya sudah mula menggigil kecil.

Senario apakah ini?

Zeke ialah ayahnya?

Lelaki syaitan ini?

"Kau fikir, aku culik kau 11 tahun dahulu tu saja-saja ke?" soal Zeke. Zameera masih lagi dalam keadaan bingung.

"J-jadi... apa maksud semua ini?" soal Zameera meminta penjelasan. Zeke menggeleng kecil.

"Berdasarkan apa yang kau baca, you're my daughter and I'm your father. Ayah kau yang dah mati tu, hanyalah ayah tiri kau. Yang kahwin dengan mak kau, hanya untuk menutup lubang supaya tidak bocor." jelas Zeke berkias. Zameera masih lagi tidak mendapat jawapan dari apa yang dinyatakan oleh Zeke.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now