18

4.1K 353 2
                                    

Zameera mendail nombor Mike. Telefon ditekapkan ke telinga kanan. Dia menunggu seketika sebelum panggilan di jawab.

"Hello," jawab Mike di dalam panggilan.

"Ha hello, kau dekat mana ni? Apahal tak angkat call aku?" soal Zameera.

"Sorry la, kau tahu tak? Budak aku excident do. Aku taktahu la macam mana boleh excident." Adu Mike. Zameera berkerut kening.

"Excident? Bila?" soal Zameera.

"Semalam do. Aku tak tahu la apa kes. Ni baru nak siasat," jelas Mike. Zameera memincing matanya.

"Aku gerak dulu la diorang dah panggil ciao." sambung Mike lalu panggilan di tamatkan. Zameera merenung telefonnya sejenak. Log panggilan yang di buat tadi di pandang.

Ting...

Notification yang masuk itu dibaca. Zameera memejamkan matanya sesaat sebelum dia melepaskan keluhan berat.

-----------------------------------------------------------------

"Ha Meera, Zay ada dekat atas. Pergilah naik." jelas Cik Ita. Zameera hanya mengangguk lemah. Langkah diatur lemah menaiki anak tangga satu persatu. Sesekali dia mengeluh kecil.

"Haih... Tak pasal pasal aku kena jaga. Baru sikit dah demam. Over betul la." omelnya sendiri. Pintu bilik Radzif di ketuk perlahan lalu dibuka. Sosok tubuh Radzif yang berselibung dengan selimut itu dipandang Zameera. Terbit rasa kasihan pada Radzif.

Zameera melangkah mendekati birai katil. Wajah Radzif yang masih diulit mimpi itu ditenung seketika.

Radzif membuka matanya perlahan-lahan dek kerana sinar matahari yang memancar tepat pada matanya. Wajah Zameera menghiasi mata Radzif.

"Kau... buat apa dekat sini?" dengan lemah Radzif bertanya. Tubuh digagahkan jua bangun dari baringnya. Masih cuba untuk menunjukkan bahawa dirinya kuat walhal kepalanya terasa begitu pusing. Zameera mengangkat kening kanannya.

"Kau boleh tanya apa aku buat dekat sini?" jawab Zameera tanpa nada. Radzif berkerut dahi lalu air liurnya di telan kelat.

"Kau tak pergi kerja, aku nak kerja apa?" soal Zameera. Radzif mencebik kecil lalu tubuh dibaringkan kembali ke atas katil. Mata dipejam.

Zameera hanya memerhatikan gerak geri Radzif. Sesekali matanya meliar ke seluruh bilik Radzif. Matanya tertancap pada sebingkai gambar yang tergantung di tepi meja solek. Kaki melangkah mendekati bingkai gambar tersebut. Setiap wajah di bingkai tersebut diperhati satu persatu.

Matanya ralit memerhatikan wajah-wajah tersebut sebelum pandangan dialihkan ke luar koridor. Rak buku bersebelahan dengan koridor didekati. Setiap buku yang tersusun di rak buku itu disentuh lalu sebuah buku berjudul 'Hidup Seorang Mafia' ditarik keluar.

Buku itu kelihatan masih baru dan belum disentuh. Zameera memandang Radzif sekilas lalu sinopsis buku itu dibaca. Selesai membaca sinopsis buku itu, Zameera menyimpan kembali buku tersebut ke dalam rak buku.

Kaki melangkah mendekati birai katil. Wajah Radzif yang tenang itu ditenung dengan mata yang tajam.

Perlahan-lahan tangannya menyeluk belakang baju. Shotgun yang sentiasa berada di situ di tarik keluar. Hujung pistol diacu ke kepala Radzif lalu jarinya perlahan-lahan menekan picu pistol tersebut.

BANG!!

"ARGHH!!" Radzif membuka matanya luas. Nafasnya tercungap-cungap. Matanya terkebil memandang siling bilik.

"Apahal kau ni?" soal Zameera tanpa nada. Radzif pantas menoleh memandang Zameera. Zameera yang sedang elok duduk di atas kerusi sambil bersilang kaki itu dipandang.

Radzif memandang Zameera lalu meraba-raba wajahnya. Zameera memandang Radzif pelik.

Radzif menarik nafas lega apabila tiada kesan tembakan mahupun kesan darah diwajahnya.

"T-tak ada... Apa..." jawab Radzif gagap. Zameera hanya menggulingkan anak matanya ke atas lalu menggeleng kecil. Radzif masih lagi dalam keadaan terkejut dan kaku. Wajah diraup lalu kakinya melangkah menuruni katil.

"Kau nak pergi mana?" soal Zameera tanpa menoleh. Radzif yang baru sahaja beberapa langkah dari katil itu terhenti. Kepala ditoleh memandang Zameera. Tingkah laku Zameera diperhati.

Zameera terus mengangkat kepalanya memandang Radzif apabila tiada respon dari Radzif.

"Kau ni dah kenapa? Pandang aku tak puas hati." soal Zameera lagi. Radzif mengeluh kecil lalu menggeleng perlahan.

"Aku nak mandi la. Kenapa? Nak ikut?" balas Radzif lalu kaki disambung ke bilik air. Mendengar balasan dari Radzif membuatkan Zameera terkedu. Matanya terkebil-kebil.

"Cepatlah! Kata nak ikut!" jerit Radzif di dalam bilik air. Mata Zameera meluas sedikit.

"Kepala otak kau!" balas Zameera lalu dia terus melangkah keluar dari bilik Radzif. Gelak Radzif yang sayup-sayup kedengaran itu membuatkan Zameera mengetap bibir.


Takkan la hero mati awal agak-agak la hahahah

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now