32

3.5K 302 13
                                    

Zameera menuruni anak tangga. Pagi-pagi lagi dia sudah dengar bunyi dentam-dentum di dapur. Tak lain tak bukan, pasti ibunya Puan Zahidah.

"Ibu? Busy nya Meera tengok. Pagi-pagi lagi dah kecoh." tegur Zameera sambil menyandarkan badannya ke dinding.

"Oh bising ke?" soal Puan Zahidah sambil tangannya sibuk membasuh kuali yang digunanya sebentar tadi.

"Tak ada la bising mana tapi, bolehlah." jelas Zameera seraya tersengih. Puan Zahidah tertawa kecil seraya menggeleng.

"Morning ibu, akak." sapa Zameer tiba-tiba. Zameera membalas sapaan Zameer. Mereka berdua terus melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Kamu kerja hari ni Zam?" soal Puan Zahidah kepada Zameer. Zameer menoleh sekilas saat dia menghirup kopi panas. Cawan diletakkan di atas meja perlahan-lahan.

"Kerja ibu. Zam cuti satu hari je." ujar Zameer. Puan Zahidah mengangguk perlahan.

"Kau kerja apa kak sekarang?" soal Zameer kepada Zameera. Zameera yang sedang asyik mengunyah nasi goreng itu terhenti.

"Aku... Nanti kau tahu lah." jawab Zameera lalu menyambung kunyahannya. Zameer berkerut kening seketika lalu dia mengangkat bahunya sendiri.

Puan Zahidah hanya memerhati gelagat kedua anaknya. Dalam hati, syukur dipanjatkan kepada Tuhan. Mereka sudah mula serasi dan mungkin satu hari nanti, keluarga ini akan menjadi sebuah keluarga yang bahagia.

-----------------------------------------------------------------

Radzif berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Dato' Razif yang baru sahaja selesai bersarapan itu memandang anaknya pelik.

"Kamu ni dah kenapa Zay? Peninglah Papa tengok kamu ulang-alik sana-sini. Daripada tadi lagi Papa perhati kamu ni." soal Dato' Razif. Radzif menggosok belakang tengkuknya perlahan lalu melabuhkan punggung di atas sofa.

"Zay tunggu Meera la. Lambat betul dia masuk hari ni. Ke dia tak datang lagi pa?" soal Radzif kepada Dato' Razif. Dato' Razif hanya berkerut kening sebagai jawapan.

"Manalah Papa tahu. Dia tak ada mesej Papa pun. Zay try la call dia." ujar Dato' Razif. Radzif terus mendail nombor Zameera. Setelah hampir 5 kali dia mendail, Zameera masih tidak mengangkat panggilannya. Radzif melepaskan keluhan berat.

Namun dalam beberapa minit, Radzif dan Dato' Razif terdengar bunyi deruman enjin motor memasuki perkarangan rumahnya.

Radzif terus menuju ke pintu keluar dengan wajah ketatnya sambil berpeluk tubuh memandang Zameera yang sedang memarkirkan motornya.

Zameera mendekati Radzif dengan wajah selamba.

Radzif memandang Zameera tajam dengan wajah bengis.

"Apa tengok-tengok? Dah lambat ni cepatlah." jelas Zameera. Radzif memincing matanya lalu melangkah satu tapak ke hadapan merapati Zameera. Zameera cuba menjauhkan wajahnya dari wajah Radzif.

"Aku yang lambat ke... Kau?" bisik Radzif perlahan lalu matanya turun ke bawah. Zameera terus menyilangkan kedua tangannya ke dada. Radzif tersenyum nakal.

"Nak tutup apa? Aku dah nampak dah. Baju kau tu jarang. Nampak bentuk." ujar Radzif lalu terus berjalan meninggalkan Zameera memasuki ke dalam kereta.

Mata Zameera terbuntang lalu dia memandang bahagian dadanya.

"Uish... Such a naughty-naughty la." gumam Zameera perlahan lalu dia mengzipkan jaket kulitnya ke atas. Zameera terus memasuki ke dalam perut kereta lalu terus memandu keluar meninggalkan perkarangan rumah.

-----------------------------------------------------------------

Zameera hanya menyibukkan diri dengan telefon pintarnya. Namun dia bukan saja-saja. Dia sedang sibuk mengemaskini data-data yang di curi dari markas Mike.

Sejak-sejak dia dianiaya, dia menganggap Mike itu bukan sebagai sahabatnya lagi. Kini dia menganggap Mike sebagai musuhnya.

"Dah jom." ajak Radzif tiba-tiba. Zameera terus menoleh memandang Radzif pelik.

"Pergi mana?" soal Zameera. Radzif mengeluh perlahan seraya menggulingkan anak matanya ke atas.

"Lunch la. Dah pukul 12 dah." jelas Radzif. Zameera terus mengangguk faham dan bangun dari duduknya. Mereka berdua melangkah menuju ke lif. Sampai sahaja di lobi, mereka berdua terus melangkah ke pintu keluar. Namun baru separuh jalan, ada seseorang melaung nama Radzif. Radzif dan Zameera terus menoleh.

"Kau nak pergi mana ni Zay? Lunch eh? Aku-" terhenti kata Zameer apabila melihat Zameera di belakang Radzif. Terbuntang sedikit matanya.

Zameera membuat isyarat mata untuk tidak menegurnya. Radzif memandang Zameer pelik.

"Kau ni dah kenapa? Nampak hantu ke?" soal Radzif lalu menoleh memandang Zameera. Zameera hanya beriak biasa. Radzif memandang Zameer kembali.

"Eh! Ehehe... Aku nak bagitahu aku nak ikut kau lunch je. Tiba-tiba ternampak burung tengah sweet-sweet pulak." ujar Zameer. Radzif terus menoleh memandang belakang.

"Tak ada pun?" soal Radzif kepada Zameer.

"Oh tak ada eh? Burung bawah kut. Dah jomlah." ujar Zameer lalu terus berjalan meninggalkan Zameera dan Radzif.

Radzif terus memandang 'bawah' nya lalu dia memandang Zameer yang sudah jauh ke hadapan. Kepala digelengkan lalu dia terus mengikuti langkah Zameer.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now