46

3.5K 285 41
                                    

Radzif menarik nafasnya dengan payah. Dia terasa bagaikan nyawanya dihujung tanduk. Tubuhnya, terasa perit dan berbisa. Kepalanya berpinar. Penglihatannya semakin kabur.

Tubuh Radzif menjadi lemah longlai. Sebutir suara pun tidak mampu dikeluarkan dari mulutnya.

Tumbukkan terakhir diberikan kepada Radzif membuatkan Radzif terus terjatuh ke atas lantai.

"Ergh!" desah Radzif kecil apabila tubuhnya melekap jatuh ke atas lantai. Mukanya berkerut menahan sakit.

Peluh yang disaluti darah itu mengalir di kepalanya. Radzif menelan air liurnya dengan payah.

Bam!!

Kedengaran seperti pintu dirempuh kuat.

Bang! Bang!

Kedengaran dua das tembakan dilepaskan. Dua orang lelaki itu terus terjatuh di atas lantai.

"Zay!"

Radzif terdengar seperti namanya dilaung oleh seseorang. Penglihatannya semakin kabur. Samar-samar sahaja dia mendengar suara orang itu.

"Zay! Buka mata kau! Jangan pengsan!" kedengaran suara orang itu berkata lagi. Orang yang berada di depannya itu dipandang.

Dia cuba mengecam wajah orang ini namun tidak berjaya kerana matanya semakin kabur dan hampir tertutup.

"Zay! Jangan tutup mata!"

Radzif sedaya upaya untuk tidak menutup matanya. Namun matanya semakin memberat.

"M-Meera..." gumam Radzif perlahan lalu perlahan-lahan matanya tertutup dan pandangannya menjadi gelap.

-----------------------------------------------------------------

Zameera melangkah mendekati sebuah pintu. Mike yang sedang berdiri menghadap ke luar tingkap di sebalik dinding transparent itu dipandang tajam.

Pintu automatik itu terus terbuka di saat Zameera berdiri di hadapan pintu itu. Zameera melangkah masuk perlahan-lahan.

Mike menoleh kecil lalu dia terus tersenyum sinis. Tubuh dipusing menghadap Zameera.

"Zameera!" sapa Mike teruja. Tangan didepakan. Zameera hanya beriak dingin.

"Sayang juga kau pada anak buah kau ya?" soal Mike seraya mendekati Zameera. Wine anggur di tangannya itu dihirup kecil sebelum diletakkan di atas meja bersebelahan dengan Zameera.

"I miss you," ujar Mike lalu pipi Zameera diusap perlahan. Zameera terus menjauhkan dirinya dari Mike. Mike tersenyum nakal lalu dia menjilat bibirnya. Kening kanan diangkat.

"Why Meera? You don't miss me?" soal Mike lalu dia mendekati Zameera. Zameera terus menarik pistol dibelakang tubuhnya lalu diacukan ke arah Mike. Mike terus berhenti melangkah.

"Freeze! Or I'll shoot you!" jerkah Zameera. Mike terus tertawa.

"Hahahaha... you sounds like a copse." jelas Mike. Zameera mengeluh perlahan.

"Chill dear. Aku tak guna senjata pun. Kita lawan by hand. Deal?" cadang Mike. Zameera memandang Mike tajam.

Perlahan-lahan, dia meletakkan pistolnya di atas lantai lalu disepak ke tepi. Zameera berdiri semula. Mike tersenyum senang.

"That's my girl." ujar Mike seraya tersenyum nakal. Zameera menarik zip jacket leather nya ke bawah lalu dicabut dari tubuhnya dan dilempar ke tepi.
Mike menggigit bawah bibirnya kecil lalu tubuh Zameera dipandang penuh nafsu.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now