9

4.8K 433 1
                                    

Zameera memarkirkan superbike di hadapan bangunan. Matanya meliar mecari sosok tubuh seseorang. Zameera mengeluh perlahan.

"Haih... mana pula kau ni tadi bising sangat." omel Zameera. Dia terus turun dari motornya. Helmet ditanggalkan lalu Zameera melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.

Langkah diatur ke pintu lif. Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke dalam lif, tiba-tiba tubuhnya dilanggar oleh seseorang.

"Eh sorry sorry saya tak sengaja," pinta orang yang melanggarnya itu. Zameera hanya mengangguk kecil tanpa menoleh lalu dia terus melangkah masuk ke dalam perut lif. Pintu lif automatik tertutup.

"Perh... sombong gila perempuan tu. Dia ingat dia orang besar ke?" omel Zameer seorang diri sambil menggeleng kecil. Langkah disambung menuju ke destinasi yang ingin dituju.

Setelah sampai ke tingkat 8, Zameera terus keluar dari perut lif menuju ke pejabat Radzif. Pintu Radzif yang masih tertutup rapat itu dibuka dengan kasar tanpa diketuk terlebih dahulu.

Radzif yang sedang elok bersandar di kerusinya sambil kaki disilangkan di atas meja itu memandang wajah Zameera.

"Dah tak reti nak ketuk pintu dulu ke?" soal Radzif dingin. Zameera mengeluh perlahan lalu pintu yang sudah terbuka itu diketuk dua kali.

"Dah ketuk. Tunggu apa lagi?" soal Zameera tanpa riak. Radzif mengguling anak matanya lalu dia terus bangun dari duduknya. Kot yang disangkut di kerusi itu di pakai. Radzif melangkah keluar meninggalkan Zameera di belakang. Zameera menutup pintu pejabat Radzif kembali dan membuntuti langkah Radzif.

Sampai sahaja di lobi, mereka berdua keluar dari perut lif. Baru sahaja Radzif ingin melangkah keluar dari lobi, tiba-tiba namanya dilaung oleh seseorang. Radzif terus menoleh memandang suara itu. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman manis.

Zameera yang berada di belakangnya itu diarahkan untuk menunggu di dalam kereta. Zameera hanya menuruti.

"Eyy Zameer Rezyan!" sahut Radzif. Zameera yang baru sahaja jarak 2 meter dari Radzif itu terus berhenti melangkah. Tubuhnya kaku apabila mendengar nama yang disebut oleh Radzif sebentar tadi.

"Kau nak pergi mana ni?" soal Zameer. Tangan Radzif disambut baik.

"Aduh kau ni bengap juga ek? Sekarang kan lunch hour mestilah pergi makan." balas Radzif. Zameer terus tertawa kecil.

"Jomlah makan sekali dengan aku." pelawa Radzif. Zameera yang mendengar kata-kata Radzif itu terus terkedu.

"Ha jomlah aku pun tak lunch lagi ni." balas Zameer pula.

'Ha mampus aku mampus.' getus Zameera.

"Oi!" jerit Radzif. Zameera menoleh sedikit. Dia sedaya upaya menyorok wajahnya daripada Zameer.

"Ha... ehem ehemm... ha." Zameera berdehem seketika untuk mengubah suaranya sedikit garau.

"Kau tercegat lagi dekat situ kenapa? Aku suruh tunggu dalam kereta kan?" soal Radzif tegas. Zameera terus mengatur langkah menuju ke tempat parkir kereta.

"Siapa tu?" soal Zameer kepada Radzif.

"Tu? Perempuan tu?" soalan dibalas dengan soalan. Zameer hanya mengangguk.

"Ohh... bodyguard aku, Zameera nama dia." jelas Radzif. Zameer mengangguk faham.

Sepanjang perjalanannya menuju ke tempat parkir kereta, Zameera tidak berhenti memikirkan cara untuk tidak menunjukkan wajahnya kepada Zameer.

Dia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan keluarganya setelah 11 tahun menghilangkan diri. Pasti ahli keluarganya menganggap dirinya sudah mati kerana sepanjang 11 tahun dia ditahan di Itali, tidak ada sebarang berita pun sampai kepadanya. Ibu dan ayah tidak berusaha mencarinya sehingga jumpa. Mungkin itu sebabnya mengapa mereka seakan-akan bahagia tanpa dirinya disisi.

Namun itu sudah memadai. Sekurang-kurangnya ahli keluarganya selamat dari segala ancaman Zeke. Kan?

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now