44

3.3K 280 10
                                    

Zameera menongkatkan kedua tangannya ke meja. Dia memandang tajam ke arah skrin komputer Reice.

"Ehem... what language Miss want me to use?" soal Reice gugup. Zameera menjeling sekilas.

"Melayu je lah." balas Zameera dingin. Reice tersengih kekok. Kepalanya digaru perlahan.

"O-okey...," balas Reice.

"Cari location Mike. Make sure, kau dapatkan sebelum esok pagi." ujar Zameera lalu dia terus melangkah pergi dari situ. Reice hanya mengangguk laju.

"Miss," sapa Nicole. Zameera mencabut jacket leather dari tubuhnya dan dilemparkan ke tepi lalu dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi. Mereka semua turut melabuhkan punggung sebaik sahaja Zameera melabuhkan punggungnya.

"So, any suggestions for our next game?" soal Zameera dingin. Yang lain hanya memandang sesama sendiri.

"Miss," panggil Nicole. Zameera terus mengalihkan pandangannya ke arah Nicole.

"Kami tiada cadangan untuk rancangan kita yang seterusnya. Kami hanya menurut sahaja segala perancangan Miss." jelas Nicole dengan pelatnya. Namun dia sudah sedikit lancar.

Zameera mengeluh perlahan. Perlahan-lahan dia bangkit dari duduknya. Tangan ditongkat ke sisi.

"Okey, kalau kau semua tiada cadangan. Mari kita ke rancangan seterusnya," Zameera berjeda untuk mendapatkan persetujuan dari mereka. Setiap 8 kumpulan, pasti akan ada seorang ketua di mana kumpulan itu dikawal oleh ketua yang telah dilantik oleh Zameera.

Terdapat 8 orang berada di meja ini. Lucifer, Nicole, Joe, Travie, Jay, Justin, Andy dan Bront.

Mereka inilah ketua dari 8 kumpulan yang telah ditetapkan oleh Zameera.

"At this time, Reice masih lagi tengah berusaha untuk mendapatkan lokasi tepat Mike. Tempat yang kita pergi tadi, itu hanyalah tempat di mana anak-anak buah Mike berehat,"

"Walaupun kita menyerang di tempat yang salah, tapi kita berjaya membunuh semua orang di situ. Secara automatik, Mike akan kekurangan anak buahnya."

"I already killed Narnia." jelas Zameera. Nicole, Jay, Travie, Andy, Justin, Joe dan Bront terus berkerut dahi manakala Lucifer hanya beriak biasa.

"W-why...?" soal Travie. Zameera tersenyum sinis.

"At first, I was really thought that Mike killed Zeke. But actually I'm wrong. She's the one who killed Zeke." jelas Zameera. Mereka semua terus berpandangan sesama sendiri.

"Miss!" panggil Reice tiba-tiba. Zameera terus menoleh memandang Reice.

"I got it." jelas Reice seraya tersenyum sinis. Zameera terus mendekati Reice. Skrin komputer dipandang. Perlahan-lahan Zameera tersenyum sumbing.

"Alright guys, let's get started." ujar Zameera lalu langkah diatur ke meja kembali. Segala perancangannya diperjelaskan satu persatu kepada 8 orang ini.

Reice turut mendekati mereka bagi menyalurkan maklumat kepada Zameera.

Tangan Zameera lincah melakar corak kumpulan mereka di skrin besar. Kelapan-lapan mereka terangguk-angguk faham.

"Okey understood? By midnight, we will assemble." jelas Zameera.

"Alright Miss." balas mereka bersama-sama. Zameera mengangguk sekali.

"Dismiss." arah Zameera. Mereka semua hanya menurut arahan Zameera dan terus beredar dari situ.

"Reice," panggil Zameera. Reice yang sedang fokus menekan papan kekuncinya itu terus menoleh.

"Yes Miss?" soal Reice. Zameera perlahan-lahan mendekati Reice.

"Mereka dah bersedia?" soal Zameera. Reice terus tersenyum lebar.

"Dah Miss. Thank God, mereka boleh diharap." ujar Reice. Zameera turut tersenyum.

"Good, teruskan." arah Zameera lalu dia terus beredar dari situ.

-----------------------------------------------------------------

Radzif berjalan menuju ke tempat parkir keretanya. Tangannya menyeluk poket seluar lalu butang lock ditekan.

Radzif membuka pintu kereta.

Di saat dia ingin masuk ke dalam perut kereta, tiba-tiba belakang kepalanya di pukul dengan objek keras membuatkan kepala Radzif terhantuk ke tepi kereta dan dia terus tidak sedarkan diri.

2 orang lelaki bertopi hitam dan memakai mask hitam itu terus mengangkat tubuh Radzif dan dibawa masuk ke dalam sebuah kereta mewah.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now