14

4.3K 372 1
                                    

"Cepat la sikit aduh lambat betul lah kau ni." ujar Radzif kepada Zameera yang baru sahaja selesai menyarung kasutnya. Zameera memandang Radzif sekilas lalu menjeling sebelum pandangan dialihkan kembali memandang kasutnya.

"Nah," Radzif mencampak kunci kereta kepada Zameera dan Zameera menyambut dengan cekap.

"Macam biasa, kau drive." jelas Radzif. Zameera memincing matanya sedikit sebelum cermin mata hitam yang tersangkut di kolar jaket kulit hitam itu di ambil dan di pakai.

Beg baju dia dan Radzif di angkat lalu disimpan di dalam bonet kereta. Zameera mengambil tempat bersebelahan dengan Radzif iaitu di kerusi pemandu manakala Radzif sedang duduk santai di kerusi penumpang di sebelahnya. Zameera memandang Radzif seketika.

Radzif yang sedar akan pandangan Zameera itu terus membalas pandangan Zameera.

"Apa?" soal Radzif dengan kening kanannya dinaikkan.

"Kenapa kau duduk sini? Kenapa tak duduk belakang?" soal Zameera lalu pandangan di alihkan memandang hadapan. Handbrake kereta diturunkan lalu gear kereta diubah kepada gear D.

"Suka hati aku lah nak duduk mana pun yang kau nak sibuk sangat apahal?" balas Radzif tanpa nada. Zameera menggulingkan anak matanya ke atas lalu kereta Mercedes AMG dipandu keluar dari perkarangan rumah. Doa menaiki kenderaan di bacakan di dalam hati sebaik sahaja kereta di pandu keluar dari perkarangan rumah.

Masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka tidak lah terlalu lama. Sepanjang perjalanan mereka, mereka lebih selesa dengan hal sendiri dan tidak berbual antara satu sama lain. Namun sejak dari rumah Zameera, dia merasakan seperti diperhatikan oleh seseorang dan ada sebuah kereta yang sedang mengikuti kereta yang dipandu oleh Zameera. Radzif yang sedang tidur di sebelahnya di pandang sekilas lalu Zameera memandang cermin pandang belakang kereta. Kereta yang mengikutinya sejak dari rumah Radzif masih lagi berada di belakang.

Zameera memincing matanya sedikit lalu stereng kereta di ketuk perlahan.

"Apa kau nak ni..." getus Zameera dalam hati. Zameera mengambil lane kiri lalu memandang cermin sisi kereta memerhatikan kereta itu tadi. Kereta itu memecut laju dan memotong kereta Zameera. Zameera memerhatikan cermin kereta tersebut saat kereta mereka berselisihan. Walaupun cermin kereta itu sedikit gelap, namun Zameera masih nampak manusia yang memandu kereta itu namun sayang, wajah orang itu tidak dapat dikenal pasti. Kereta itu terus memecut laju meninggalkan Zameera di belakang. Zameera memerhatikan nombor flat kereta tersebut lalu mengeluh kecil.

-----------------------------------------------------------------

"Weh bangun dah sampai," kejut Zameera. Perlahan-lahan mata Radzif terbuka. Radzif memerhatikan keadaan sekeliling lalu tali pinggang keledar di cabut.

"Nanti kau pergi jumpa client seorang-seorang je ke? Atau aku ikut sekali?" soal Zameera sambil mencari tempat parkir kereta yang kosong. Radzif yang sedang tekun bermain telefonnya ditoleh sekilas.

"Kau nak ikut buat apa? Sibuk betul lah." balas Radzif. Zameera menggulingkan anak matanya ke atas lalu memarkirkan kereta. Handbrake kereta diturunkan dan gear kereta diubah kepada gear P.

"Pukul berapa?" soal Zameera tanpa nada. Radzif mengeluh perlahan.

"Nanti aku ketuk lah pintu bilik kau." ujar Radzif lalu terus keluar dari perut kereta. Bonet kereta di buka dan beg bajunya dikeluarkan. Zameera juga turut keluar dari perut kereta dan beg bajunya di ambil. Bonet kereta ditutup kembali lalu mereka berdua berjalan memasuki lobi hotel.

Di saat Radzif sedang menguruskan bilik hotel untuk mereka berdua, Zameera berjalan mendekati kawasan menunggu yang di sediakan. Saat matanya sedang memerhati keadaan sekeliling, dapat Zameera lihat seorang lelaki berbadan sasa sedang leka dengan telefon pintarnya. Zameera sesekali memerhatikan pergerakan lelaki tersebut. Lelaki itu nampak gaya seperti diupah oleh seseorang. Tak mungkin dia datang ke sini semata-mata hendak duduk santai sambil minum kopi di tengahari buta ini.

"Oi," tegur Radzif tiba-tiba. Zameera yang memerhatikan pergerakan lelaki itu terus menoleh memandang Radzif.

"Cepat lah, kejap lagi nak jumpa client nanti lambat papa bising." jelas Radzif lalu terus melangkah meninggalkan Zameera di belakang. Zameera berdecit kecil.

'Hak alamak, banyak bunyi betul la jantan ni.' getus Zameera lalu membuntuti langkah Radzif. Lelaki yang diperhatikan nya sebentar tadi di pandang sekilas sebelum langkahnya disambung mengikuti Radzif. Pergelangan tangan Zameera di pusing kan lalu jari-jari tangan direnggangkan.

"It's gonna be a long day..." gumam Zameera dalam hati.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now