12

4.8K 403 1
                                    

"Kau dah buat apa yang aku suruh?" soal Mike.

"Dah, diorang dengar kata. Saya pasti dia akan jumpa diorang. Cepat atau lambat." jawab orang di dalam panggilan tersebut. Mike mengangguk faham.

Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Mike terdiam sejenak.

"Teruskan rancangan. Apa apa bagitahu aku." pesan Mike lalu panggilan ditamatkan. Langkah mula diatur ke pintu rumah. Tombol pintu dipusing lalu Mike menarik daun pintu. Wajah Zameera menghiasi pandangannya.

"Eh... Kau...?" Mike berjeda. Zameera tidak banyak bicara terus melangkah masuk ke dalam rumah. Mike tercengang.

"Kau dah dapat apa yang aku nak?" soal Zameera seraya melabuhkan punggung di atas sofa dengan selamba. Mike menggeleng kecil lalu terus menutup pintu kembali.

"Aku dapat tapi tak banyak la." jelas Mike seraya mendekati Zameera yang sedang santai duduk di atas sofa.

"Apa?" soal Zameera. Mike terus mengambil tempat bersebelahan dengan Zameera.

"Apa yang aku dapat, Zameer dengan Zay ni dah kawan lama. Mungkin kawan kolej. Itu aku tak pasti. Diorang ambil course yang sama, kira Zay senior Zameer." jelas Mike. Zameera mengangguk faham.

"Tak ada benda menarik pasal diorang? Just friends?" soal Zameera lagi. Mike mengangguk. Zameera terus bangun dari duduknya menuju ke dapur. Gelas kosong dicapai lalu fresh orange dituang ke dalam gelas kosong itu sebelum meneguk. Mike hanya memerhatikan tingkah laku Zameera.

"Kalau ada apa-apa, bagitahu aku." ujar Zameera lalu terus melangkah keluar dari rumah Mike. Mike mengeluh perlahan.

Langkah diatur ke koridor. Pandangan dibuang ke luar tingkap.

"Cepat atau lambat..." omel Mike sebelum tersenyum sinis.

-----------------------------------------------------------------

Sedang Radzif leka menekan papan kekunci, telefonnya berdering. Radzif memandang sekilas lalu telefon pintar di capai. Skrin telefon digesek lalu ditekapkan ke telinga kanan.

"Hello," sapa Radzif.

"Hello, Zay dekat mana tu?" soal Dato' Razif di dalam panggilan.

"Office la, kenapa?" ujar Radzif.

"Papa call ni sebab papa nak Zay pergi Melaka esok. Jumpa client." jelas Dato' Razif. Radzif mengeluh perlahan.

"Hmm... yela-yela Zay pergi. Stay sana ke?" soal Radzif.

"Yes. One night." jawab Dato' Razif. Radzif mengurut dahi pelipisnya perlahan.

"Hm yela. Ada apa apa lagi?" soal Radzif pasrah. Dato' Razif berjeda.

"Jangan lupa bawa Meera." pesan Dato' Razif. Radzif terus berkerut dahi.

"Lah apahal pula? Dia takde kena mengena kan? Buat semak je." jelas Radzif.

"She's your bodyguard Zay. She have to go with you." jawab Dato' Razif. Radzif mendengus perlahan.

"She's useless la pa..." balas Radzif.

"No she's not. No more excuses. Go with her tomorrow." pesan Dato' Razif lalu panggilan ditamatkan. Radzif terus mencampak telefonnya ke atas meja. Dahinya diurut perlahan.

"Haih... serabutlah!" keluh Radzif. Tiba-tiba pintunya diketuk. Radzif berdecit kecil.

"Masuk!" jerit Radzif. Matanya terpejam rapat. Tidak kuasa ingin memandang wajah orang yang mengetuk pintunya itu.

Tiba-tiba ada sepasang tangan melingkar ke bahunya. Radzif terus membuka mata lalu menoleh memandang orang yang menyentuhnya. Serta merta Radzif bangun dari duduknya.

"Lina? You buat apa dekat sini?" soal Radzif pelik. Wanita bernama 'Lina' itu hanya tersenyum sumbing.

"Surprise! Rindu i tak?" soal Lina. Radzif menjeling Lina tajam. Lina mencebik bibir lalu melangkah mendekati Radzif. Lengan Radzif dipeluk lembut.

"Ala... You still marahkan i?" soal Lina manja. Radzif menarik lengannya kasar.

"You nak apa datang sini? Jangan kacau i boleh tak?" soal Radzif geram. Lina berpeluk tubuh.

"I'm sorry la. I bukannya sengaja nak tinggalkan you. I know, deep in your heart, you're still love me. Right?" ujar Lina. Radzif tertawa sinis.

"Jangan mengarut la. You better get out now. I'm busy." arah Radzif. Lina terus memaut tangan Radzif kembali.

"Ala... Please I'm begging you." rayu Lina. Baru sahaja Radzif ingin bersuara, pintu dibuka oleh seseorang tanpa diketuk dahulu. Mereka berdua terus menoleh memandang pintu. Wajah Zameera menghiasi mata mereka. Radzif menarik kembali tangannya dari di sentuh Lina.

"Kau taknak balik ke?" soal Zameera tanpa nada. Riak wajahnya dingin dan tenang.

"Err... Ha? Aa... Ha ya jom balik." ujar Radzif gugup. Zameera hanya beriak kosong. Radzif terus mencapai kot nya di kerusi lalu mengatur langkah ke pintu keluar. Baru dua langkah, tangan Radzif ditarik. Radzif terus menoleh memandang Lina.

"You nak pergi mana?" soal Lina. Radzif melepaskan keluhan berat.

"Let me go." ujar Radzif lalu terus menarik tangannya dengan kasar. Lina mendengus kecil. Wajah Zameera dipandang tajam. Zameera hanya memandang tanpa riak.

"Kau tak nak keluar ke?" soal Zameera dingin. Lina memincing mata memandang Zameera lalu kaki melangkah mendekati Zameera.

"Loser!" ujar Lina lalu terus melangkah keluar meninggalkan Zameera. Zameera mengangkat kening kanannya lalu tertawa kecil. Pintu ditutup kembali lalu Zameera melangkah menuju ke lif. Sampai sahaja di lobi, sosok tubuh Radzif dicari.

Radzif yang sedang leka dengan telefon pintarnya dipandang. Zameera berjalan mendekati Radzif.

"Jom." tegur Zameera. Radzif memandang Zameera sekilas lalu terus melangkah meninggalkan Zameera. Zameera hanya membuntuti langkah Radzif sehingga ke tempat parkir.

Zameera mengambil di bahagian pemandu manakala Radzif mengambil tempat di tempat duduk belakang. Zameera mula memandu meninggalkan perkarangan bangunan tersebut.

"Weh," panggil Radzif. Zameera memandang cermin pandang belakang sekilas.

"Woi," panggil Radzif lagi. Zameera mengeluh perlahan.

"Hm..." gumam Zameera.

"Woi kau dengar tak?" soal Radzif.

"Aku dengarlah. Kau yang tak dengar." jawab Zameera tanpa nada.

"Aku panggil tu jawablah!" marah Radzif. Zameera memejamkan mata sesaat. Sesaat je kalau lama lama kereta selamat masuk gaung.

"Apa dia Radzif Zayden...?" soal Zameera.

"Esok ikut aku pergi melaka." jelas Radzif senafas. Zameera berkerut kening.

"Buat apa?" soal Zameera.

"Ikut jela tak payah banyak tanya. Tidur sana satu malam." ujar Radzif. Zameera hanya mendiamkan diri. Malas nak cakap banyak.


Fyi, for those yang confuse siapa Radzif dan Zayden, itu adalah orang yang sama ya. Ni mesti kes tak baca sinopsis ni. RADZIF ZAYDEN.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now